Khamis, 30 Disember 2010

MAHASISWA TOLAK THIRD FORCE





ANAK MUDA BAGUN MELAWAN !











KENYATAAN MEDIA :PENGLIBATAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) DI DALAM MCLM DAN PILIHANRAYA UMUM.


1. Mutakhir ini suara-suara ‘kuasa ketiga’ begitu lantang berkumandang dengan semakin hampirnya Pilihanraya Umum ke-13.

2. Terhebat adalah sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (ringkasnya MCLM).

3. Ada juga perkhabaran yang mendesak dan mencadang supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

4. Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berbincang dan memutuskan bahawa SMM tidak akan terlibat dengan MCLM dalam menyediakan calon dari kalangan Mahasiswa untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum.

5. SMM juga telah sepakat atas kesedaran bahawa dalam menuju sistem dua parti gabungan; untuk berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru adalah sebuah pertandingan yang merugikan perjuangan memulihkan demokrasi, hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.

6. SMM juga berpendapat bahawa keputusan secara kolektif tidak akan dapat dicapai dalam sebuah kumpulan yang tidak terikat dalam organisasi terurus. Demikian 30 calon MCLM tidak punya upaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi apatah lagi jalur fikir ekonomi.

7. SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam Pilihanraya Umum.

8. Bagi Mahasiswa, bertanding dalam Pilihanraya Umum bukanlah suatu prioriti. Apa yang lebih penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepentingan masyarakat utk kesejahteraan semua.

9. Fungsi Mahasiswa sebagai suara ketiga tidak semestinya ikut bertanding dalam Pilihanraya, malah jauh lebih penting dari sekadar menjadi legislator di Parlimen ialah untuk terus menjadi suara yang terkecuali dari politik struktur dan permainan kuasa.

10. Justeru SMM masih belum punya hasrat serta mengadakan perbincangan untuk menghantar calon untuk bersama MCLM dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Sekian, terima kaseh.

Hilman Idham
Solidariti Mahasiswa Malaysia
29 Disember 2010

5 ulasan:

Ha ha ha berkata...

Good Move...

Mahasiswa Wajib Neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana ideologi Politik supaya Keadilan Rakyat boleh diperjuangkan...

Ha ha ha

muzikri berkata...

pressure group itu lagi penting
mahasiswa,turun 1.11.11 dan 11.1.11
solidariti perlu diperkemas,mari sama2 membanting kekuatan fikrah kita!

Tanpa Nama berkata...

memang mahasiswa sepatutnye autonomus!kena hindari politik kepartian.pada pendapat personal saya,kite lihat kenapa gerakan student mati di asia tapi tidak ditempat lain.kerana bila ade crackdown "ketua2"ni jadi sasaran dan bile kena tangkap momentum yg bergerak ini akan padam dan lain akan termenung.aku rasa untuk perkasakan gerakan student secara wholistic empowerment harus datang kepada semua student,bukan sebilangan yg terpilih shaja.gerakan pelajar harus jadi totally bebas.pasal tu kite bole tgk gerakan autonomos di eropa begerak terus kerana momentum penentangan itu bergerak tanpa ade yg kontrol.hidup insereksi!

nwa berkata...

bagusss..
terbaik dari SAMM
bangang punya raja petra ngan haris ibrahim
potong stim,nk jadi hero pulak
ni real politik la bodoh,ko igt ko dh suci sgt ke RPK ngan hARIS?

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya Pakatan pun cuak juga dengan kemunculan Third Force ni. Apa tidak, selama ni kerja pembangkang senang, BANGKANG semua benda yang kerajaan BN buat. Kini dah ada orang yang BANGKANG PR.

PR takut banyak rahsia dan salah laku depa diketengahkan oleh geng Third Force. Sebab kalau BN yang cakap, orang ramai sudah tak percaya. Tapi kalau orang lain selain BN cakap, rakyat akan terbuka mata.

Dulu PR ajak geng Third Force join PR. Sanjung geng Third Force bagai nak gila. Contoh paling besar RPK. RPK dianggap macam dewa. Bila Third Force tak nak join PR, macam-macam depa kata.

Tapi itulah PR. Parti pengecut yang manipulasi pemikiran rakyat untuk sokong depa.