Selasa, 23 November 2010

JAGA JAGA DAN BERJAGA JAGA




MAT REMPIT MEMBAWA PENGUNDI



NEGERI PAKATAN TIDAK AKAN BERSAMA DALAM PRU 13 – harakh daily

Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.


MB SELANGOR : TIDAK PERLU PILIHANRAYA DUN AWAL - minsider

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

nota:
ini baru betul
gerombolan ajak main bola
kita ajak main sepak raga
gerombolan kata main pada tiga haribulan
kita kata kita main pada tujuh hari bulan
gerombolan kata main pada pukul dua belas tengah hari
kita kata maian jam lapan malam

jangan ikut ajenda gerombolan
madat telah diberi selama 5 tahun
gunakan mandat ini sepenuhnya

nota:
waspada dan berjaga-jaga
kalau nak tahu siapa sebenarnya musuh pakatan rakyat
lihat nanti – akan ada suara dalam pakatan rakyat yang
meminta untuk piliharaya dun disamakan
dengan tarikh yang diumumkan oleh gerombolan
mereka akan berhujah bermacam macam
tak cukup duit
tak ada masa
rakat tak suka selalu mengundi
dan amcam macam
semua ini untuk membantu gerombolan

mereka inilah sebenarnya musuh

tukar tiub meramalkan awal
kerana mereka telah ada bersarang dalam pkr
dan mereka telah lama bersarng dalam pas
mereka bijak bermain silap mata

lihat dan nanti !


8 ulasan:

jai berkata...

Salam bro TT.

Ayuh berpadu-padu!!!

Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

TT,

kenapa PKR dan PAS tidak hapuskan musuh2 yang bersarang dalam 2 parti ini?

tentu amat senang nak tau siapa musuh2 tu kan?


orang kampung

Tanpa Nama berkata...

bijak bijak.
kalau sarawak boleh buat pilihanraya berasing tak kan negeri pakatan tak boleh.
jika tak jadi pru13 tahun depan bererti kemenangan moral pada pakatan.
jom pakatan jangan bagi chance pada mereka.
jangan ikut sangat rentak tari bodoh mereka yang tak boleh diajar.
dulu bolehlah hanya kelantan saja dikuasai pembangkang.
sekarang ada 4 (5 kalau perak tak di hijack) takkan nak ikut cakap mereka.
kali ni misti pening kepala mereka lebih-lebih lagi spr.
mereka ingat mereka bijak tapi pakatan lagi cerdik.
tak ada undang-undang memistikan kerajaan negeri pakatan harus bubar semata-mata mengikut nafsu sarakah mereka.
pilihanraya amerika yang yahudi tu pun tak puterbelit macam malaysia.
biasanya mereka yang memerintah tetap penuh dan cukup.
kalau mereka ajak main konda kondi.
ajak mereka main rugby.
jangan mengalah.
lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

saya kecewa betul chegubard kalah.

Tanpa Nama berkata...

Trend sekarang memihak pada BN
BN akan buat PRU lebih awal

Korang tau apa sebab?
korang boleh tanya zaid, azmin, hj mus, bad, sham dan mamat2 lain dalam pkr

mereka ni kurang kasih sayang dalam pkr

Tanpa Nama berkata...

jangan kecewa...kalah menang adat pertandingan...jangan jadi seperti zaid..

mota: lama tak main rugby..

Tanpa Nama berkata...

Pemilihan PKR ni ibaratnya:

"Tukang2 rumah yang asalnya pakat nak besarkan rumah supaya nampak kukuh. Tapi bila kerja dah siap, rumah yang direpair oleh tukang2 ni bukan makin besar, tapi makin senget, makin condong, makin kecil dan mungkin roboh sehari dua ni. Sebabnya, tukang2 ni ikut kepala dia orang sendiri. Ketua tukang pulak asyik tidur bawah tangga."

Itulah ibaratnya.

Tanpa Nama berkata...

Memang logik mamat2 munafik berada sekali di dalam saf. Zaman Nabi pun ada sekali dalam saf. Nabi tahu, tapi mengapa Nabi tak hapuskan mereka2 ini. Mesti ada sebab dan hihmahnya. Wallah a'lam.

Parti 'Ali...