Jumaat, 25 Februari 2011

BERKUMPUL PETANG INI




JANGAN LUPA JAM DUA NANTI



nota:
jangan lupa petang ini
berkumpul tanda menyokong
rakyat libya yang sedang
melawan gadafy




HARI HARI AKHIR SAEKOR GADAFY




HIMPUNAN MEMBANTAH KEKEJAMAN KOLONEL GADAFY


Jumaat ini jam 2.30 petang – sesudah jumaat.
Sila berkumpul di hadapan kedutaan Libya
No : 6 Jalan Madge off Jalan U Thant
(dekat kedutaan Amerika)

Hentikan pembunuhan rakyat Libya!

Perhimpunan ini akan di ketuai oleh:
Saudara Mat Sabu
Yb Nurul Izzah
Dr. Syed Azman
Yb Tian Chua
Yb Dr. Nasir
Wakil-wakil Ngo



PAKATAN RAKYAT ANJUR BANTAHAN ANTI–GADAFFI HARI INI - mkini

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian
Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umar muktar revisited.....

Tanpa Nama berkata...

kau orang pun satu lahh..bila suka jadikan Ikon atau Idola, bila dah tak suka dialah paling jahat firaun sekali..tak ke masa gadaffi naik dulu awal 70an, ada antara nama-nama yang akan mengetuai demo tersebut, demo juga pada masa 70an tu menyokong dan sanjung gadaffi termasuk kau TT???

sewel berkata...

Masa tahun 70, Gaddafi geng baik.. Lepas dapat kuasa lupa diri..

"Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power."

Tanpa Nama berkata...

abis masa dia baik kira dia kawan lah, bila dah tak baik seranglah, napa tak nasihat dia ingatkan dia? kata bukan ahli politik sebab ahli politik je yang ada guna jadi kawan tarak guna kalu lawan....lepas tu yang ganti gadaffi nanti ok..kalau mula2 ok pas tu tak ok, serupa juga la, tak ke yang para penyokong dia semasa naik dulu turut sama2 salah memikul tanggungjawab sama2...

Tanpa Nama berkata...

Wooi 12:40

engko ni macam suka aja kat gadapi tu
sedara belah mak ko ker?

tak kan ko tak tau
dulu dia baik. baik kita sokong le

skrg dia dah hancai
tak kan dah hancai pun nak sokong jugak

ko tak baca ke fatwa yusoff qardhawi?

gadapi tu dulu tak bunuh rakyat
la ni bila dah gila kuasa, dia bunuh rakyat

kalau sedara belah mak ko pun si gadapi tu, tapi kalau dah perangai macam hantu, tak payah la nak sokong

tak kira gadapi ke sapa ke laa
kalau dah perangai tak berapa elok tu, tak payah la nak sokong

dungu berkata...

Tanpa Nama,

Sebab 2 la ko masih BIRU KARAT.. Dacing tu betul ke senget ko nampak dacing jek..

Kalau sume cam ko, Tsunami PRU 2008 xjadi la..