Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 21 Februari 2011

OLA! YANG INI BUKAN KARTON




BOB LOKMAN





KENYATAAN ZUNAR :CONTOHI BOB LOKMAN – BUANG BUDAYA TAKUT


Saya mengucapkan syabas dan mengalu-alukan penyertaan pelakon/pencipta lagu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ke dalam Pakatan Rakyat melalui PAS.

Seperti dimaklum, iklim seni dan budaya di Malaysia berada ditahap paling lekeh dalam soal hak asasi dan hak berpolitik. Karyawan dan aktivis seni sering dimomokkan tentang risiko yang akan ditanggung sekiranya menyokong atau menyertai Pakatan Rakyat.

Pelakon diugut disenarai-hitamkan oleh stesen-stesen TV, penyanyi dipulau oleh syarikat rakaman, aktivis teater pula dilarang mementaskan karya di Istana Budaya dan sebagainya.

Telah puluhan tahun momokan ini membelenggu fikiran golongan artis ia turut memandulkan
kreativiti golongan artis. Ia memerlukan seorang yang berjiwa besar untuk merentas jalan
memecahkannya dan Bob Lokman telah membuktikan.

Apa yang perlu sedari oleh golongan artis ialah tiada siapa berhak menghalang mereka untuk berpolitik.

Dengan menyertai Pakatan Rakyat Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya. Beliau akan tetap berhadapan risiko dan aparat pemerintah dan saya percaya perkiraan itu telah diteliti beliau sebelum membuat keputusan.

Saya berharap lebih ramai golongan karyawan tampil mengikut jejak langkah Bob Lokman kerana hanya dengan cara itu ia berupaya merobek budaya takut yang menghantui mereka.

Bahkan mutu seni budaya negara yang selama ini suram akan kembali subur sekiranya ia dikerjakan oleh mereka-mereka yang berfikiran bebas.

Selamat berjuang Bob Lokman. Apa yang saya harapkan, beliau akan terus giat memperkembangkan karya-karya seni dengan lebih bernutu setelah menjejak kaki ke 'daerah perjuangan'. Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat.

Zunar
03 22724045




INI BUKAN ZUNAR


nota:
di tunisia kita ada leila first lady
di mesir kita ada suzzane first lady
di malaysia kita ada bik mama fat lady
kah kah kah


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat.

begitu juga karya2 sdr zunar!

syabas bob lokman, syabas semua, pengkarya, peminat & penyokong!

gembelingkan tenaga
kentalkan semangat
tingkatkan upaya
alirkan keringat
taburkan jasa
sebarkan maklumat
cerdikkan minda
semarakkan keramat
merdekakan jiwa
perkasakan rakyat

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

Kucing Parsi berkata...

dia jumpa nik aziz ke dia join pas terus.
yang lawak tv3 ni dia tak cerita artis2 kalo buat gyni, dan yang ramai2 kat KK tu kuar dap memang kelakar siot, muka cina nama melayu, member aku antara orang kuat kat DAP KK dun LIKAS. pergh, tak pernah dgr pun orang DAP kuar dia cakap, masuk ada lah, dan dia tu AJK DAP jugak, melayu. ha ha ha.
gerombolan ni kalo tak letak dalam tong sampah abis la kita. nak tanya ni isham, kalo turun kat jalan raya ni, asyik melayu je. boleh tak bawak cina dgn india, baru syok!

Tanpa Nama berkata...

teringat aku syed kickdolfalat... Dia ni pun artis jugo. la ni apa jadi...

Tanpa Nama berkata...

wellcome to the club bob,

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT DATANG KE DAERAH SINI TUAN LOKMAN. TANAHNYA KERAS, CUACA SERING KEMARAU, MATAHARINYA TERIK MEMBAKAR. TAPI DI DAERAH INI JIWA TUAN AKAN LEBIH MERDEKA, AKAN LEBIH TENTERAM, AKAN LEBIH AMAN. SELAMAT DATANG TUAN DAN SELAMAT BERJUANG. SEMOGA ISTIQAMAH. INSYA ALLAH.

Bigfish berkata...

Alhamdulillah...aku berbesar hati sungguh bila berita bob lokman masuk pas tersebar di media. Aku tau ramai lg artis yg berminat tp disebabkan byk sgt sekatan seperti yg zunar ceritakan, sokonglah dulu senyap2, Pkatan rakyat. kita sama2 tumbangkan regim bn-umno yg korup ni.

john berkata...

FACEBOOK : Bob Lokman

Terima Kasih kpd anda yg telah menjadi rakan saya di Facebook yg telah pun penuh. Untuk yg ingin menjadi rakan selepas ini boleh terus masuk ke: MOHD HAKIM LOKMAN, dan anda dialu-alukan untuk bersama-sama mencari kebenaran Dunia & Akhirat. ALLAHUAKBAR

BOB DAPAT HIDAYAH + BOB DAPAT REZEKI LEBIH LUAS.

Tanpa Nama berkata...

Selamat datang Bob
kita akan belajar hidup di atas padang yang tidak pernah sama rata