Khamis, 3 Mac 2011

CUKONG TIPU KETUANAN MELAYU - KAH KAH KAH




PERLABUHAN KLANG DAN PM KENA TIPU


Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang
baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang
terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas
apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri
pengangkutan Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana
Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya
mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal
PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri
tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari
mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan
Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi
kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan
yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini
masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan
lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan
ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan
tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk
menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa
kebankrapan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat




4 ulasan:

suis-media berkata...

nama pun bodolah bodowi...mana ada ketua gerombalan dari mahzab umnok yang pandai???kepandaian mereka hanyalah membodek.menipu,merogol,membunoh,menogak,dan yang sewaktu dengannya.

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya:

kalau kita nak zzzzzz
tutuplah pintu rumah
nanti penipu masuk

kadang2
penipu tu bukan orang lain
anak beranak kita jugak
anak beranak bn

tapi jarang kita mengaku
anak beranak kita sebenarnya yang tipu
sebab bila kita zzzz otak kita pun ikut zzzzzz jugak

sebab itulah kalau nak zzzz jangan kat atas kerusi
bawaklah tilam bantal dalam bilik mesyuarat
jangan lupa bawak selimut sekali
kat situ boleh zzzzzZ dengan nyenyak

Tanpa Nama berkata...

Kitaorg mmg dah biasa kena tipu, kalau tak silap saya, hiway MRR2 tu pu asik repair jer...nak buat camner, terima jer ler apo yg diaorg buat...

Tanpa Nama berkata...

tak perlu risau kak jijah, tak perlu..
kami ni org2 melayu..
tak apa, tak apa kami ditipu..
kami ni org2 melayu..
kami pun, kami pun suka menipu..
kami ni org2 melayu..
dah 52tahun kami tipu india cina melayu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu supaya kami diundi selalu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu, kami tipu supaya melayu berpadu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu, kami tipu untuk duit beribu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu dari tilam ke tuala, dari mata ke bulu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu, kami tipu untuk jadi no.1..
kami ni org2 melayu..
kami kata, kami kata bagi kamu dulu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu, sebenarnya semua kami dah sapu..
kami ni org2 melayu..
kami tipu, memang kami suka tipu..
kami ni org2 melayu..
tak kesah, tak kesah kami pun ditipu..
kami ni org2 melayu..
tak perlu risau kak jijah, tak perlu..
kami ni org2 melayu..
tak apa, tak apa kami ditipu..
kami ni org2 melayu..

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY