Ahad, 24 April 2011
ORANG PAHANG DAN WARGA MALAYSIA LIHAT!
TENGOK INI DAHULU
nota:
semua ini adalah mangsa radioaktif
memang betul semua kata selamat
tetapi yang berkata selamat ini
bukan duduk di sebelah kilang nuklear
orang yang kata selamat ini telah dirasuah
oleh saudagar penjual loji kilang toksik
ikan patin akan mengajah
nyamuk akan memgajah
fikir dan fikir!
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
buat orang Pahang. aku karangkan puisi utk kalian - terimalah seadanya walaupun hambar & tak puitis
Serapah sumpahan (puaka bumi)
I
kerikil
pasir
liat
humus
gambut
aku seru diri mu
tujuh lapis bumi
tujuh lapis pawaka
tujuh lapis pawana
tujuh lapis lautan
biar sejengkal datar dikerunas orang
sembilan nyawa galang gantinya
suburlah asalku!
menegak teduh
menyubur benih
memecah tapak
hidup biar berputih tulang
jangan senteng dikandung hayat
II
Akulah jembalang hitam
Raja segala jembalang putih
Aku beraja dalam alun
Serapah, ancak, kemenyan
Jembalang angin
Jembalang tanah
Jembalang api
Jembalang air
Tunduk kalian kepada kami
Onar ditempah, celaka menimpa
III
Akulah raja segala besi
Akulah Khurasani
Besi berkilau
Aku adalah satu di dalam tujuh
Aku adalah tujuh di dalam satu
Nun di lapis bumi
Ketahuilah anak ku
Ada bijih memancar
Ada bijih sakti
Ada bijih bisa
Jangan dicabar jembalang tanah
Kelak celaka tujuh keturunan
IV
Aku generasi asal
Aku generasi sains dan teknologi
Kita wujud dalam dunia material
Mana ada jembalang
Mana ada puaka
Mana ada sumpah
Kita bertuhankan dollar
Usah dirisau hydroxonium
Usah difikir isotope
Usah bimbangkan alpha, beta mahu pun gamma
Kita bina penuras bisa
Kita hulur racun berbisa
Andai ditimpa acute leukemia
Kita ada jurutera genetik
Kita mampu buang kromosom yang catat
Kita manusia yang utuh
Lebih kuat dari jembalang ciptaan
Moyang dan buyut
Ayuh! Teruskan membijih
Teruskan
Teruskan
Demi ekonomi
Bukankah buyut pernah berpesan
Jangan hidup senteng
Bukan mudah FDI nak masuk
Bukakan kangkang bumi mu
Agar rakus ditujah kapitalis
Hasilnya melimpah membukit
Sampai 77777777 keturunan pun
Takkan habis
V
Kalian anak asal
Aku tahu asal mu
Aku tahu dampit mu
Andai serapah jadi mainan
Makanlah sumpah ku!
Bumi bersinar memancar petaka
Pawana beralun membawa santau
Air bisa penyambung nyawa
Pawaka membara membakar raga
Kusumpah 7 keturunan mu
Mati dimakan sumpah
kalu nyamok godang bosa gajah untung la. Lopeh nie korban, kito buak potong nyamok la.
Wakakakakakakakaka
Kah kah kah sebelum kau korban nyamuk, nyamuk dah korbankan kau dulu... ikan keli pun sebesar lori aku tengok dalam youtube. Yang ni baru boleh kenduri.
Catat Ulasan