Sabtu, 11 Jun 2011

SUARA BAKAL PM MALAYSIA




SOSOK YANG LAYAK JADI PM







nota:
pelik rakyat kelantan
anak raja demo kena tipoo
masih sokong juga eee pandy kutty
kah kah kah




KU LI MAHI PUTRAJAYA TUBUH SURUHANJAYA SIASAT KONSESI IPP - minsider

GUA MUSANG, 10 Jun — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) — yang membekalkan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Sejak kebelakangan ini banyak pihak juga meminta kerajaan agar mendedahkan perjanjian IPP, yang didakwa berat sebelah, kepada umum.

Pemimpin veteran ini berkata kandungan perjanjian IPP menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi, sekali gus membebankan kehidupan rakyat.

Mulai 1 Jun lalu, tarik elektrik dinaikkan purata 7.1 peratus.

“Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini hari ini.

NOTA:
inilah orangnya yang patut menjadi perdana menteri malaysia
bukan mat ngantok
bukan mat mongol
sayangnya mamat ini telah kena tipu oleh eeee
patut menang dalam pemilihan
tapi kena con

kalau mamat ini serious nak memimpin negara
turun 9 julai ini
bersama 300 ribu rakyat
dibarisan hadapan bersama mat sabu
jamin akan di nobat sebagai perdana menteri


TURUN BERSAMA RAKYAT

7 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Kalau tak pasai tengkolok salib, dier dah jadi PM tahun 87 lagi.Saat akhir pulak tu.Ditambah pulak ketuer org muder buat pusingan U disaat2 akhir juger.

Kalau tidak......ketuer molot bersiong tak dpt ler ngeluorkan siongnyer sampai haghi ni.Ketuer oghang muder pon gigit tumit ler ndak dpt duduk ataih mahligai.

Peghangai fitnah ni dimolerkan dek ketuer molot bersiong dr dulu,kini dan selamer2nyer.Kalau ndak jadi ketuer mesti pandai buat fitnah.... kalau tak pandai fitnah....jadi ku li ler.

zulkbo berkata...

salam..
mantop!!
hidup Ku Li

Tanpa Nama berkata...

sudahlah TT,
Siapapun sama saja
anuar pun ABIM juga dulu
sama ja bila masuk politik

bila kalah kata undi tak teluslah,
SPR tipulah,
bila menang tak kata SPR telus pulak? pelik tak

siapa saja PM, masalah tetap sama bila yg lain merebut kuasa dan semua nak jadi PM.

TT tak percaya pada kadaq n kadar ke? kalau dah usaha sampai nak mati tapi tak dapat..maknanya bukan masanya lagi dan ALLAH tak beri rahmat. Fullstop n cuba lagi.

kalau asyik salahkan org lain..senangnya hidup n tak payah usaha susah2 lah.

Ikhlaskan lah hatimu TT.

Tanpa Nama berkata...

Bro...TT aku setuju jika Ku Li ikut serta dlm Demo Bersih tu...tapi adakah sejarah nya beliau turun spt itu? Takde rasanya. Namun inilah peluang TRH membetulkan persefsi Rakyat Jelata. Beliau kena buat sesuatu bukan nak menjadi Perdana Menteri tetapi menyelamatkan Negara tercinta.PRU 13, apa2 boleh berlaku.Nasib Anwar belum tahu lagi, Ke Penjara seolah2 PASTI, BEBAS belum tau,TRH yang sepatutnya di ketengahkan. Come on TRH. Bersamalah demi Malaysia dan Melayu!!! Sulaiman...bekas calun 46

Tanpa Nama berkata...

Bro...TT aku setuju jika Ku Li ikut serta dlm Demo Bersih tu...tapi adakah sejarah nya beliau turun spt itu? Takde rasanya. Namun inilah peluang TRH membetulkan persefsi Rakyat Jelata. Beliau kena buat sesuatu bukan nak menjadi Perdana Menteri tetapi menyelamatkan Negara tercinta.PRU 13, apa2 boleh berlaku.Nasib Anwar belum tahu lagi, Ke Penjara seolah2 PASTI, BEBAS belum tau, bukan kah TRU yang sepatutnya di ketengahkan. Come on TRH...bersamalah demi Malaysia dan Melayu!!! Sulaiman...bekas calun 46

Tanpa Nama berkata...

ini umno versi apa daa??? nak bagi nasihat kat PM UMNO, PM UMNO tak nak dengar dan buat2 pekak saja.. UMNO nak suruh dia keluar UMNO, tak berani nak buat.. kalo menteri lain, dah lama dah juak2 UMNO suruh keluar.. ini duri dalam daging UMNO yang tak boleh nak buang dan sakit tak kebah2..

Tanpa Nama berkata...

The law dah mandul, practitioners dah impotent, apa mau siasat? This is a misplaced faith. Tu sebab mamat ni masih umnoo akur pd mahadewa for years sbg pendekar bisu. Anwar ade duduk diam ke? Like rais, he's another mly intellectual plant. Sanggup tengok milayoo papa dn rakyat kelantan kena tipu.Yes, turun la sama sabu jika benar dan ikhlas! People like u don't have the right to talk about mly right.Pegeh la