Ahad, 3 Julai 2011

KENYATAAN RESMI



PENAHANAN : HINA PARLIMEN DAN DEMOKRASI


Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael
Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan
Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut
ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan
dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan
individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan
penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan
suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen
negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak
menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan
adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan
mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan
subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan
perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan
perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang
dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat
dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh
keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan
yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan
kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj
dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan
mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan
sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

7 kezaliman (Pembesar BN.
1. Zalim dengan Tuhan.Menyembah manusia.Mahakan manusia dan makhluk tertentu.
2. Zalim dengan Fisikal Pemberian Tuhan.mengaku ketuanan yang menghampiri ketuhanan.
3. Zalim dengan Harta Karunia Tuhan.Hasil negara di libas, dikebas, di bazirkan.
4. Zalim kepada manusia lain.Menangkap orang baik.Mebiarkan orang jahat berdaulah. memukul, mengata, menjatuhkan, mempermalukan dimuka umum, menghina, memfitnah, merasuah.
5. Zalim dengan pangkat Yang diamanah.selepas rakyat undi,kerna parti, mengaku bebas.
6. Zalim dengan ilmu.juala ayat ayat ugama untuk kesengan dunia.
7. Zalim dengan ruh/perasaan.Mengaku saudara tetapi mendera.

-Haji salah.

kgpadangbalang berkata...

Bebaskan Jeyakumar!

A BN vote bank is aided by Pakatan
Friday, January 21

In Sungai Siput, Orang Asli have a bridge built for them by resource-strapped Pakatan MP Dr Jeyakumar

“The wretched must inherit the earth,” said Dr Kumar in typically socialistic, Franz Fanon-like, style.

http://www.freemalaysiakini.com/modules.ph...order=0&thold=0

Tanpa Nama berkata...

dari RANJAU UTARA

salam haji salah..

7 kezaliman tu anuar dgn DAP tak pernah buat ke?
cermin2 lah perangai pengkhianat bangsa anuar tu...dah buta kot tuan haji?
baguis sgt ke anuar sampai ambiga dan tuan2 haji berketayap sanggup nak huru harakan kl dgn demo haram?

memang cari nahaslah bila nak langgar undang2 negara sendiri..

apa nik aziz tak da jual ayat ke?
apa ang haji ckp ni? anuar tu dah 3 tahun kes asyik tunda..apa crita?
video tu apa crita?
takut ke nak membela diri hujung jul ni sampai guna kaldai2 ketayap putih kasi demo haram?
tak caya pada kada' dan kadar ke bang haji?
kalau anuar tu mulia..ALLAH takkan malukan dia sehingga begitu hina..kan ALLAH dah berjanji sesiapa yg bertakwa kpd NYA, akan dilindungi dari aib...anuar tu bertakwa ke bang aji?
ada dengar mufti dan ulama di aibkan mcm anuar kena? tkda kan..sebab ALLAH melindungi mereka.
JANGANLAH BUTA HATI KERANA TAKSUB SGT2 NAK JADIKAN ANUAR PM.
BN TAK SEMPURNA DAN ADA CACAT CELA....DAP, PAS dan ANUAR TENTULAH ADA CACAT CELA JUGA DAN KELEMAHAN..DEPA BUKAN NABI tuan aji oiiiiiiiiiiiiii.
TT lagilah...dia tu maksum ke?
mohon siarkan Isham..tq