Selasa, 27 Disember 2011

KENYATAAN RESMI








KENYATAAN AKHBAR :SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej
pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang
kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat
telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota
KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi
Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di
Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,
yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya
sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman
dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta
rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan
menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan
rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam
setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai
pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum
KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan
mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak
dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada
hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT





5 ulasan:

gengjahat berkata...

bro nnt kita turun nak pakai baju ape..pakai kaler kuning ke...

john silver berkata...

bro,
gua ingat lu la kaki bohong paling kuat sekali di malaysia. lu selalu tuduh itu umno jahat, tapi lagi jahat suka buat fitnah.

Tanpa Nama berkata...

john silver, tuduh umno jahat amende plak, dah memey umno tu jahat, memey laa ngko ni bengong

TTdeFanClubMembers berkata...

TT utk Tukar Tuib.
TT utk Tukar Topik.
TT utk Tukar Tipu.
TT utk Tuip Trompet.
TT utk Tuang Todi.
TT apa lagi ya...

Ha ha ha...,
TT sanggup TUKAR TUIB untuk $$...
TT sanggup TUKAR TOPIK untuk $$....
TT jadi TUKANG TIPU untuk $$...
TT jadi TUIP TROMPET atau "Batu Api" untuk pecahkan lagi bangsa Malaysia.
Tuang Todi tak boleh percaya.
TT "cover line" saudara DSAI untuk $$$$....

Last but not least, TT jangan jadi NATO, kami mahu saksikan TT jadi "Chef-de-Mission" pada 09/01/12 ini, No More Hiding Behind n' buktikan TT bukan NATO, dan bukan cover line DSAI untuk $$$..., dan buktikan TT boleh hidup tanpa duit hingus...

He he he

Take my Challenge n' See you "ON AIR" ya. and BE A GOOD BOY!

Lang berkata...

kalau dalam ramai2 tu ada yg buat provokasi... orang ramai tibai dia dulu cukup2 sebelum orang lain kena tibai ngan anggota beruniform... bila dah tibai mamat provokasi, selongkar poket, beg dan apa saja yang ada dibadan mahu pon ditangan... dengan cara itu boleh diketahui identiti dan dari pejabat mana siprovokasi itu datang...

jangan biarkan siprovokasi merosakkan program... belasah cukup mana2 orang yg menjadi dalang provokasi. sejarah lama sudah mengajar kita...