Rabu, 28 Disember 2011

MODAL LEBIH KUAT DARI AGAMA





LOBI PEMODAL KUAT DARI ISLAM





PERTAHAN MADRASAH:BBMS ANJUR MUNAJAT PERDANA SABTU INI - meloya

ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan untuk pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, program itu akan diadakan di madrasah berkenaan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

"Antara pengisian program adalah solat hajat, kenduri rakyat dan tazkirah mengenai kemuliaan berjihad oleh seorang penceramah yang dijemput khas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BBSMS yang dianggotai seluruh ahli jawatankuasa dan kariah madrasah itu dilancarkan Jumaat lepas dan dalam tempoh tiga hari sahaja, mereka menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan madrasah tersebut.

Mansor berkata, pada program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah itu nanti, pihaknya turut melancarkan kempen mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong usaha mempertahankan kewujudan madrasah berkenaan.







KOMENTAR TUKAR TIUB

mari kita semua memahami apa makna berita ini
kerajaan kedah dalam pimpian pakatan rakyat
pakatan rakyat kedah dipimpin oleh pas
pas sebuah parti yang mengajukan islam

jika mengajukan islam kenapa madarasah yang bersejarah diruntuh?
jika mengajukan islam kenapa tidak mempertahan bangunan islam yang kuno ini?

sesudah madarasah ini di roboh apa yang akan didirikan?
jawabnya ialah: pusat membeli belah


faham tak?
kalau tak faham melalui tanda ini
tukar tiub ingin menerangkan dengan sejelas mungkin

bila tapak madarasah 100 tahun ini di ambil
dan digantikan dengan puast membeli belah
maka saheh terbukti bahawa sistem kapitalis lebih kuat dari islam
kepentingan modal telah berjaya mengalahkan kepentingan spritual
ini hakikat
ini realpolitik
ini yang nampak jelas


justeru lobi kapitalis lebih gah
lobi kaum pemodal lebih ampoh dari lobi agamawan
inilah hakikat dalam dunia islam hari ini

mb kedah memberi contoh bahawa di mekah pun pekara yang sama berlaku
ini untuk menghalalkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pas kedah

apa berlaku ialah:
kapitalisma yang datang ke mekah atau kedah
dipangil kapitalisma lewat
ianya baru sampai

ciri dan perangai kapitalisma lewat ialah :
ganas
apa boleh jual jual
apa boleh beli



sistem ekonomi kapitalis baru sampai ke malaysia
200 tahun dahulu pekara yang sama berlaku di britain
budak kecil kena jual
ada hamba abdi
rumah gereja di musnah
emak ayah dan nenek di jual untuk dapat untung
nobel charles dicken – tale of two cities – adalah kesah ini

cuba lihat bagaimana kapitalis bergerak di china
ini juga contoh terbaik untuk memahami kapitalis lewat
susu dicampur tepong
telor tipu dijual
daging tipu dijual
kanak kanak kerja di kilang
semua ini pernah berlaku di britain 200 tahun dahulu

kalau kita lihat pembangunan di sekitar kaabah
kita akan sedar bahawa mekah juga adalah contoh
kapitlisma lewat

ini berbeza dengan kota suci baitul mukaddis
jalan yang dilalui oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih wujud
batu batu yang dijejaki oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih boleh kita temui
tidak ada bangunan tinggi yang lucah
atau jam tinngi seperti jam big ben di dirikan di baitul mukaddis
ini kerana kapitalisma telah sampai lama
kapitalisma eropah telah mengendur kerana untung telah banyak
dan kapitalisma sedar bahawa sejarah juga boleh menghasilkan keuntungan

mb kedah hanya nampak duit dari gedung membeli belah
mb kedah tidak memahami nilai sejarah
justeru madarash 100 tahun ini akan diroboh
maka terbukti bahawa kapitalisma lebih kuat dari islam




48 ulasan:

Fahmi Ismail berkata...

Ustaz Azizan tak bagi buat madrasah baru ganti dekat depa ka?? patut cari lokasi lain yang lebih kondusif la kalau nak robohkan pun..kangkong

Tanpa Nama berkata...

Alor staq kan banyak lagi kawasan leh bangunkan wat shoping kompleks.. takan kawasan mandrasah jugak nak dirembat.. patut madrasah ni dikomersilkan :D wat duit.. jual air kismis product halal dsb :D

Atau ada cerita lain? huh nanti aku risik2 orang aloq staq.. apa cerita..

Tanpa Nama berkata...

Salam,
TT., berkaitan isu madrasah seratus tahun ini, adakah TT ada membuat lawatan serta pengesahan dr kerajaan Kedah dan warga dari kwsn sekitar? Jika ada sila sertakan dengan bukti2 sahih dan sy akan menyokong TT!

Berkaitan isu2 kritikan yg lain samada mengenai BN dan konco2 mereka..ya sy memang menentang mereka sepertimana TT berkasitan si Poyo2 samada dr PAS,PKR atau DAP sy lg mahu menyertai n menghentam mrk! Tetapi berkaitan isu akidah..please TT do not make fool of urself!
-kranken_kopf-

Unknown berkata...

2012... Hari Kiamat... Lokasi Bakal Berlakunya Kiamat 21 Disember 2012 Jadi Tumpuan...

Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/isu-semasa-2012-hari-kiamat-lokasi.html

Tanpa Nama berkata...

Kalu roboh bina pekan koboi okey jugak, maksudnya kalu pekan macam kedai2 lot macam kat tepi central market tapi kalu buat gedung membeli belah macam lot 10, Yohan, KLCC etc alamak memang besor punya kapitalis tuh...

Nanti ramai budak pompuan di Kedah yg suka membeli belah, "Ala boleh la papa, mira nak pegi beli belah boleh la papa, please??

Atau silap hari bulan MB Kedah nak buat madrasah/sekolah pondok dlm gedung membeli belah... kah-kah-kah-kah...

Beruk Ketawa berkata...

Malam Nak Berzikir...Siang Nak Menipu & Nak rembat

Sila Tanggalkan Kopiah Putih Anda dan Sangkut pada Tanduk Lembu

Semua Tak Boleh Harap...Semua Nak Telan !

Tanpa Nama berkata...

Bro TT
Tolong la selidik betul2 sebelum tulis komen isu ni, jangan pakai hentam saja. Dapatkan maklumat sebenar dari pihak kerajaan Negeri Kedah dulu. Bro tau ka sapa kat belakang Barisan Bertindak tu?????

Tanpa Nama berkata...

Harap sdr hisham a.k.a t.t dapatkan penjelasan sejelasnya dari MB atau kerajaan kedah sendiri. Tolong lah jangan buat ulasan atau andaian apa yang didengar dari berita meloya atau berita hairan. Tanyalah kalau madrasah tersebut masih lagi wujud atau tidak...pergi tengok sendiri apa yang dikatakan madrasah tu...pergilah ke padang dan siasat sendiri..........

Tanpa Nama berkata...

Isu PAS atau negeri PAS bagi TT tak perlu ambil berita sahih. Walau pun dari di petik dari utusan meloya.
Fahaman sosiolis kominis mana ada kecenderungan dengan Islam. Meluat lagi ada.
Itu sebabnya kominis apabila berkuasa habis majid, tokong, kuil dibakar. Kini China dan Russia tak bakar lagi rumah ibadat sebab takut 'wang kapitalis' tak mashuk.....

JUSA C berkata...

ambil maklum. akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

Madrasah baru akan dibina yg boleh menampung 400 org jemaah berbanding sekarang. Lagipun di situ mana ada kariah nak imarahkan surau.

Tanpa Nama berkata...

TT aku rasa patut adakan tayangan amal cerita ' Capitalism: a love story'..baru ada pencerahan fikrah sket keh keh

febhi berkata...

kapitalis ni dah wujud dalm jiwa setiap orang... Tak kira berkupiah, berseban berjanggut, bertuxedo, berbowtie

dari kecik perkara berkaitan kapitalis memang sudah diajar disekolah-sekolah kebangsaan dan menengah yang berkonsep sekular. Bah kan ramai yang berprinsip sekular terdiri daripada makcik menjual aiskrim malaysia, ane kacang putih, tukang rembat duit lembu dan termasuk juga yang menjual kitab. Tolong jangn katakan TIDAK

nak kaya salah ke? berkata...

yg kat kedah tu,
bukan kapitalis lewat
tapi kapitalis liwat

yg islam kat kedah tu
bukan saja org PAS
tapi org PKR yg terlepas
org UMNO yg main lepas
dan DAP yg senyum puas

tapi kalau khir toyo ada
penyapu kasik sama azizan
madrasah ganti dgn banglo

dpt ngan nik aziz
semua halal beb,
tambah lagi anak menantu sapu

mek berkata...

tanpa nama 28 Disember 2011 6:29 PTG berkata:
"Tetapi berkaitan isu akidah..please TT do not make fool of urself!"

weh saudara/saudari, bila pulak tt cakap isu akidah.
tt cerita pasal roboh madrasaah & kapitalis.
kau ni baca ke tidak? ke tak sekolah, itu pasal baca tak paham2.

kah kah kah

anti ulama pelik berkata...

aku setuju dgn ekau tt. puak kapitalist guna agama singkat fikiran kontot utk tegakkan benang basah. masjid dimekah diroboh atas arahan yahudi kapitalis dgn naungan keluarga saud tapi mb buat contoh. pelik mb ni suruh g mengaji semula la.rumah khadjah tempat nabi tidur dah jadi library dn makam khadijah dah jadi tandas awam mb tak sedor ke? baca la lebih sikit mb oi baru boleh ngaku ulama.

Celik berkata...

kahkah lulusan azhar tak tau makna wakaf. lulusanazhar tak tau falsafah apa kapitalis apa sosialis. lulusan azhar yg bercambah mcm cendawan bawa ajaran songsang dan pandai tegak benabg basah. tak payah g azhar la oi jgn ngabiskan duit zakat je. elok duit tu beri org tua makan dari lahir ulama songsang.ulama kapitalis kahkah.kalau nabi hidup nngis dia tengok ulama versi kapitalis.

atas meja berkata...

hoi mb kedah dah habis tanah ke? susah payah yg sekangkang kera pun nak rembat. lekeh betul la mb ni. gunung jerai yg luas tu kan ada. atau ada apa apa lalu bawah meja ke? hahaha....

ahli falsafah melayu berkata...

Puak puak ni tak reti la apa tu kapitalis. pelik betul la. cakap bukan main nak haram beer haram konsert haram tu haram ni tapi nak roboh madrasah. ini macam musang bulu ayam la ni. hahaha lawak giler.hoi sebelum harm tu haram ni masuk sekolah balik belajar falsafah dan sejarah la. ini kes sejarah rasul khulafa rasyidin dan daulah osmaniyah pun tak reti reti. dulu belajar buat layang kot kahkah.

ahli falsafah melayu berkata...

ular sawa memang semua nak telan.tanah wakaf pun nak telan.ini kapitalis mazhab dan versi baru. cuba tanya konon ulama ni faham ke kapitalis tu apa dan sosialis tu apa? sah sah dia kata kuih bangkit hahaha....ini macam orang pun ada lagi.

ST berkata...

TT merapu. lu pegi laa tembak ostad azizan tu depan2, baru tau respon. lu perati dr jauh, pastu komen. pe jadahnye bro. masjid kampung wa lebih 100 tahun pon org kampung roboh, takde sape pon nak bising, ..buat masjid baru yg lebih baik. shopping kompleks tu, salah ke nak dibina di situ? bukan ke syarat shopping kompleks tu kalo nak didirikan, kena ada surau yg besar dan dpr dilihat jelas dari luar kompleks dan mudah org slat tanpa perlu masuk shopping? lu nak tembak pon agak2 laa... baca kronologi dulu, baca dulu bro fakta2...jgn ikot telunjuk pemuda umno kedah. lu melayu kan?... mcm yg lu selalu sebot, melayu malas membaca... kah kah kah

checkmate berkata...

bro tt... lu panggil saya mr.Annonynoms kasi hack dieorg punya akaun kerajaan negeri...buat mcm kat US...buat mcm kat greece...

duit tu bleh salurkan kat badan kebajikan...

xguna punya kapitalisme...

Tanpa Nama berkata...

tt..belum tgk surau tu. dia share dengan pejabat takaful.pintu berpagar.orang tidak solat situ tetapi kat masjid zahir. mai la siasat dulu..bukan mengulas dari jauh

Tanpa Nama berkata...

Apa punya statement ni:
"lobi pemodal lebih kuat dari Islam"?
Islam hanya satu agama bukan manusia. Islam menjelaskan cara-cara manusia yang jadi kuat di dunia dan akhirat tapi kalau manusia tak ambil islam tapi ambil setan...itu manusia ngoook....
kalau bagi pilihan antara air anggor dengan air kelapa...dia nak telan air anggor...itu makna dia nak mampoos....

Tanpa Nama berkata...

Pilih yang kuat je...Kalau ada yang kuat tapi pilih yang lembik...tu nama bangang....Pilih yang terbaik je...jangan pilih yang koman...
kalau modal lebih kuat dari agama...pilihlah modal...
kalau agama penyembah nabi isa lebih baik dari islam pilihlah agama kristian...
kalau agama lebih buruk dari atheis...pilihlah atheis...
moral cerita...pilihlah yang terbaik je...
ingat tu....
jangan jadi melayu yang diperbodohkan...
ingat...jangan...

kampong lad berkata...

susu dicampur tepong
telor tipu dijual
daging tipu dijual ....yg ori hanya china dolls sbb depa terlalu ramai, kalau tidak.....

Gelisah akan umm qirfa berkata...

Pak sham, sila baca kisah Umm Qirfa, kisah ini ada dlm at-tabari dan ibn ishaq, namun cuba dipadamkan oleh ahli hadis

obefiend poyo berkata...

best dowh game tu... rugi sbb ko tk pandai main game tt.. kah kah kah...

Fail Sejarah PMR berkata...

Bro...

- suruh beli harakah,korang liat.
- suruh dengar ceramah pas, korang liat.Abis macamana korang nak tau maklumat sebenar pasal madrasah nih!


- melaluipembacaan aku kat harakah, kompleks beli belah tu dah lama buat sejak zaman terdahulu, tapi tak siap2
- madrasah memang dah kena roboh pun masa nak mula buat kompleks, yang tinggal cuma sisa madrasah tu aje
- pas nak siapkan kompleks tur dan ganti madrasah dibina di kawasan luar kompleks tu jugak, tapi ramai betol yang menyalak2
- cuba korang pikir, spender lama korang dah tinggal sekerat, kita nak tukar spender baru, tak kan korang nak menyalak2
- apa sangat yang korang nak pertahankan spender sekerat korang turrrr!

Tu mengikut maklumat dari harakah yang aku baca laa...

Tanpa Nama berkata...

Che Armad oooiii..

Sedangkan nabi Muhammad yang menjadi kekasih Allah pun tak tahu tarikh kiamat, kenapa pulak kita nak kecoh2 pasal kiamat yang dijangka berlaku oleh kaum Maya???

Alaaaa...udah ler tuu!

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

tuduhan belaka2 yang kamu tulis, surau tersebut mendapat rujukan majlis fatwa negeri Kedah utk di alih kedalam kompleks pada saiz yg lebih besar dan lebih selesa dan di beri ganti rugi kifarah berjuta ringgit utk perimbangan waqaf dalam urusan majlis agama islam. Ikut la sangat dendangan ustaz Mukhriz tu..
- ingatan dari saudara seagama

ajibangsat berkata...

ni la yg paling cool thn 2011. isyam yg tak tau satu haram pasal tanah wakaf nak becakap jugak macam org ameno. coolll

ikan kekek berkata...

tak kesah la apapun pendapat korang.. key point kat entri ni adalah tak pandai menghargai nilai2 sejarah.

apapun alasan kerajaan pas kedah, roboh tetap roboh!!

apsal mesti roboh? dah tak reti menghargai barang lama ka?? mmg laa surau tu 'sunyi sepi' tapi tetap ada nilai sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Brader... serious aku suke bace artikel yg ko tulis. Mmg bukak minda. Tapi isu ni ko tak siasat habis. Ko tgh mabuk ke time ni. Hahaha. Kdg2 gaye ko mmg ngan masuk kepala dgn um no. Kdg2 ko x cool

Tanpa Nama berkata...

ya, memang surau tu berusia 100 tahun tetapi orang tak kan tahu suaru tu setua itu melihat pada senibina dia... macam senibina bangunan baru je... lainlah kalau surau tu mempunyai senibina seperti masjid kg hulu di melaka...

tapi tang kat mekah tu, saya setuju... sekarang nie, sape yang dapat duduk hotel yang dekat dengan Kaabah... dia semestinya kaya... sekalai naik haji, mesti habis berpuluh-puluh riban...

bercakap pasal menara jam pulak... ada satu menara jam kat Malaysia nie... kat simpang jalan tun razak dengan jalan ampang... nak kata menara jam pun tak boleh jugak sebab dia kontot je... oklah, alasan supaya orang dalam kereta boleh tengok jam tu tapi kalau difikirkan... masing-masing ada jam tangan, dalam kereta ada jam, kat hp pun ada jam... ada ke orang kisah pasal jam tu... membazir...

Tanpa Nama berkata...

TT dah ke tipu dgn meloya..

Tanpa Nama berkata...

Paling cool adalah AjiBangsat. Nice komen bro!

Tanpa Nama berkata...

TT, kalau engkau nak sesat, biarlah engkau sorang. engakau jangan tulis sampai orang lain pun kau heret sesat sekali. aku kenal dan tahu apa yang kau buat...

Tanpa Nama berkata...

berapa kerat yang hadir dalam solat tur...
merata rata tapi hampeh
kosong belaka time solat...
membebel tak habih...

Tanpa Nama berkata...

well 1st skali ak nk tanya, korang pernah dtg kedah or tengok madrasah tu?? ok, madrasah ni terletak di area kanchut alor setar. ak kerja kat audit firm kat kanchut, so tiap hari ak lalu kawasan madrasah tu..

bila sebut nama madrasah pegi la tanya org kedah, kalau bukan sebb isu ni diutarakan, mmg 99% tak pernah dengaq pon.. tapi bila sebut masjid zahir alor setar, masjid india pekan melayu, ak boleh jamin 90% familiar dengan masjid-masjid ni..

1) korg pernah pegi zohor kat madrasah tu? makmum tak sampai sebaris pun.
2) madrasah tu terletak lebih kurang 1km je dari masjid zahir, and lebih kurang 2km dari masjid india..
3) apa yg MB kedah nk buat, mmg shoping mall, SELAIN ITU, KRAJAAN NEGERI NAK BILA 1 SURAU LAIN DI LUAR SHOPING MALL BERKENAAN bagi menggantikan madrasah yg dirobohkan.
4) dengan adanya shoping mall yg akan menjadi tempat tumpuan rakyat dan pelancong, surau tersebut pasti akan dipenuhi dengan org islam yg ingin bersolat/ berikhtikaf.
5) apa islam melarang kita merobohkan surau yg uzur dan menggantikan dengan surau yg baru dan moden??!!
6) ada org tanya xda tempat lain ke nk develop? kawasan yg nk bila shopg mall sbelum ni ada 1 bngunan yg dah lama terbiar sejak zaman umno lagi, terletak betul2 di hadapan menara alor setar, atau dengan kata lain, terletak di center bandar alor setar.. kawasan ni mmg buruk, terbiar, jd perumahan setinggan, kawasan penagih, dll. so sampai bila nk biar mcm ni?? kenapa umno tak bangunkan dulu?? korg ignt murah ke, nk robohkan bngunan yg da siap 70%, & nk gantikan degn bngunan baru.. kerajaan barisan tak mmpu..
7) agung dah setuju dngn projek ni.
8) tanah wakaf mmg utk bina surau & kubur je ke??

ak tak tau korg cmne, tp ak sbagai rakyat negeri kedah, setuje dgn MB utk bangunkan kawasan tu, dan bangunkan surau baru menggantikan surau lama.

Tanpa Nama berkata...

Maka Terserlah la TT pun malas membaca...kahakahakh
Komen ikut suka je....kahakahkah
Halo bro lu buta perut ka...kahakhakh
Nak tembak pun tengok la sasar nye...kahakhakha
Sekali lagi....kahakhakha

Tanpa Nama berkata...

bro tukar tiub,
utk posting ni, ak cadangkan hg mai sendiri tengok madrasah ni dengan mata hg.. mai try semayang kat surau ni tengok.. silap2 hg lah imam, hg lah makmum.. apa salahnya bro nk robohkan surau lama dan gantikan dengan yg baru? please kaji betul2 projek yg nk dibangunkan ni bro.. please kaji betul2, tak pon google earth je kawasan tu.. ada bngunan yg terbengkalai sejak zaman umno lagi bro.. kalu nk harap umno, dengan rasuah korupsi depa, smpai bila tak bangun kawasan tu, dah la area center alor setaq tu.. depan menara alor setaq.

DAN YG PALING LAWAK HARAM NK MAMPUS, BOLEH PULAK KUMPUL 1000+ NK MELALAK DEPAN SURAU, TIME SEMAYANG HARAM JADAH TAK PERNAH NMPAK MUKA.. BODOS..

Tanpa Nama berkata...

huhu.. ceritanya madrasah 100 tahun..

bangunan madrasah ni betul ka 100 tahun? macam baru repair jer.. kalo 100 tahun, musti ada ciri 100 tahun.. mcm bangunan sultan abdul samad tu ka.. patut la nak pulihara..

projek2 kapitalis selepas ini..

1. kubur2 islam, boleh dibangunkan supermarket diatasnya.. caranya buat tiang kat bawah.. ko tengok tempat strategik buat TESCO Mergong sebelah kubur islam.. projek UMNGOK ni, takder pulak sapa2 boleh bising.. banyak kubur2 islam, telahpun diberi geran oleh pejabat tanah kepada sesiapa yang memohon geran.. ini tak pulak ada yang bising2.. janji masyukkk..

2. rumah2 kat kg baru , kl, rumah tradisi lama melayu/ rumah orang melayu hanya memiliki tanah saja.. boleh buat bangunan atas rumah daa.. tak perlu bayar sewa... tanah dan rumah tidak dirembat, malah dibuat bangunan atas rumah ini cukup melindungi rumah drpd panas dan hujan.. ruang udara tak ada geran bang.. amik jer...

kes ni memberikan idea yang cukup bagus bagi kapitalis membuat bisnes atas tanah2 wakaf atau tanah2 sesiapa yang tak mau pindah..

Tanpa Nama berkata...

KAPITALIS INI AKAN MEMBUNUH PERNIAGAAN PENIAGA KECIL...
KAPITALIS INI AKAN MEMBIARKAN PERTANI MENJUAL MEREKA DENGAN HARGA Y MURAH...
KAPITALIS INI AKAN MEMASTIKAN KEHIDUPAN MANUSIA MENGIKUT RENTAK DAN RAH TUJU TUJUAN MEREKA...
KLAU AD YANG BERKEBAJIKAN DARI KAPITALIS PUN HANYA UNTUK MEMNUTUP PEKONG MEREKA MEREMBAT HASIL,TANAH DAN DUIT RAKYAT...
BILA KITA DAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN MEREKA AKAN SESUKA HATI BERMAIN HARGA...
KAPITALIS AKAN MEMBELI AP SAHAJA PEMIMPIN,AGAMA,BANGSA,SEMANGAT SETIAKAWAN SESAMA MANUSIA,DAN SEBGAINYA YANG BOLEH DITUKARKAN KEPADA KEUNTUNGAN...
SEBAGAI BANYAK NEGARA YANG TELAH TERGADAI OLEH KAPITALIS INI...
UMNO PENDOKONG BESAR KAPITALIS...

joseh kapitan berkata...

Kapitalisme mmg rembat semua, Komunisme china pun dah haprak jadi hybrid. sekurang-kurangnya dalam islam isu ini diperdebatkan secara ilmiah. bukan terlalu teknikal untuk menipu macam geng kapitalisme, terlalu bersemangat tapi emosi macam komunisme. Kalau saya, saya masih percaya pada ketamadunan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah... Tapak madrasah dah 100 tahun tapi bangunan baru 4 tahun je... Jadi pejabat insuran pulak tu... Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah... Bro, Kerajaan Pas Kelantan bina cuma 1 masjid je sejak tahun 1990... Adakah ini bermaksud PAS kurang Islam jika dibandingkan dengan UMNO/BN? Kerajaan2 depa kan bina lebih banyak masjid... Lu malas membaca la bro, kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=318358851531697&set=o.197829736972253&type=1&theater