Selasa, 6 Disember 2011

PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA KITA





MAT BRONSON























MARI KITA MENGENAL MAT SABU - PEMIMPIN RAKYAT

Mengambil contoh bagaimana negara Barat seperti Sweden mencatat indeks rasuah terendah di dunia, dan bagaimana pimpinan golongan kiri menampilkan cara hidup yang sederhana, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu meluahkan kebimbangannya terhadap pemerintahan dunia Islam mutakhir ini, yang dilihat ketinggalan dalam penekanan kepada soal integriti.

Lebih dikenali dengan Mat Sabu (gambar kiri), beliau berkongsi pengamatannya bahawa pemerintahan Nabi Muhammad SAW tidak dijelmakan dalam dunia Islam pada hari ini. "Kita lihat negara-negara orang Islam secara umum, tidak dapat dijadikan modal sandaran dalam bentuk hak asasi, keadilan sosial, yang dijelmakan sebelum ini," katanya.

Secara terus-terang, beliau menyatakan bahawa Pakistan dan Arab Saudi tidak boleh dijadikan contoh keadilan sosial, melihat kepada jurang kaya-miskin yang ketara dalam masyarakat tersebut, meskipun kedua-dua negeri ini melaksanakan Hudud.

Beliau berkongsi pengamatan di depan lampu trafik sendiri, dari kereta mewah, kereta biasa, beca, sehinggalah orang yang menjunjung besi - cukup untuk memberikan gambaran sejauh manakah masalah kaya-miskin dalam masyarakat itu. Malah, Mat Sabu menambah, pendedahan harta milikan pemimpin negara Islam yang digulingkan kebelakangan ini, "tidak langsung menggambarkan keadilan sosial wujud di negara-negaranya."

klik ini seterusnya:

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12510


INI KEMPEN KITA


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alangkah indahnya dunia kalau abg mat sabu jadi PM!

FileHippo berkata...

ronasina

www.kulupsakah.blogspot.com

mosabit berkata...

AKU CADANGKAN ABG MAT BRONSON NI DILANTIK JADI MENTERI DLM NEGERI SELEPAS PRU13 NANTI.....

CARI PENJENAYAH BERLESEN SEMASA UMCO MEMERINTAH HINGGA KE LUBANG JUBO SIFOOLL...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH ....

Tanpa Nama berkata...

Ala bro tt tak perlu tengok jauh,kat negara kita ni pun dah ada contoh. Tengok pemimpin-pemimpin be end yang ada sekarang? Dari peringkat bahagian hingga ke kabinet,ada ke yang hidup susah?menyusahkan orang ada la.cakap agama berapi.tapi bab sapu duit rakyat no satu.cakap kat abang mat,satu cara je,humban je be end pru13 ni...

average joe berkata...

jurang miskin-kaya semakin ketara dan tidakboleh dinafikan ia sebenarnya bakal menjadi semakin merbahaya...
jurang miskin-kaya terbentuk akibat wujudnya pengkelasan golongan "rakyat kebanyakan" berbanding golongan "kelentong lah sistem ni??? sejak bila perlembagaan negara ada pengkelasan ala sistem kasta nih?!!

jangan biar diri anda diselubungi kelentong

jom bagi bersih semua kekotoran dan korupsi politik negara, jom humban KERA UMNgOk-BoNgok jauh2 ke laut!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

average joe berkata...

jurang miskin-kaya semakin ketara dan tidakboleh dinafikan ia sebenarnya bakal menjadi semakin merbahaya...
jurang miskin-kaya terbentuk akibat wujudnya pengkelasan golongan "rakyat kebanyakan" berbanding golongan "kelentong lah sistem ni??? sejak bila perlembagaan negara ada pengkelasan ala sistem kasta nih?!!

jangan biar diri anda diselubungi kelentong

jom bagi bersih semua kekotoran dan korupsi politik negara, jom humban KERA UMNgOk-BoNgok jauh2 ke laut!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

Tanpa Nama berkata...

Apa yg Mat Sabu tuh kata betol, Islam yg tinggal selam dengan kapal selam yang tak boleh menyelam... wakakakaaka....

Ana Abdullah berkata...

Tetamu senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Tanpa Nama berkata...

integriti? wow.. ini yang cukup susah nak cari.. pemimpin yang berintegriti agak ramai jika kita nak cari sekiranya sistem persekolahan kita dahulu memang cukup dengan integriti.. bila sistem sekolah kita semuanya sistemnya sudah rosak, camanolah nak cari integritinya laie.. yang kita akn jumpa ialah budak2 skema sajalah yang ada integriti..

aku tak pastilah camana la kalo YB-YB semua declare harta dan duit yang depa ada.. ini memang memakan masa sbb sistem kita sudah rosak teruk... kalo dalam pejabat biasanya dikelaskan sebagai P&C.. Kenapa P&C? kerana ada unsur2 penipuan.. sebab itulah P&C...

sepatutnya apa2 urusan semua orang boleh lihat dan boleh tengok, memang payah la nak buat P&C.. kalo resume pun, ramainya orang menipu resume.. yang tak menipu resume ini, aku ingat, 100 orang saja kot dibandingkan dengan 30 juta rakyat malaysia..

menipu adalah budaya kita... cukup sukar untuk dibasmi.. jika pemimpin berintegriti yang kita cari, memang ada.. tapi persennya cukup kecil..

Tanpa Nama berkata...

kawan nak tanye... memang gambar husam musa ke ngan china doll tu?

memang seikhlas hati nak tanye pendapat yang lain...

saya nampak memang cam die...

mat indera junior berkata...

Kalau mahu nyahkah BN dalam PRU13 nanti jangan sekadar ditepi pantai sahaja....NYAHKAN BN SAMPAI MASUK LAUT. SAYA BAGI PELUANG PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH 10 TAHUN....KALAU SAMA SAHAJA DENGAN BN.....DALAM LAUT JUA PAKATAN KITA NYAHKAN.

kalbun UMNO berkata...

untuk mat sabu,

Ikan keli ikan sembilan,
Gulai lemak masak merah,
Siang malam minggu dan bulan,
Tunggu ke Kelantan dtg ziarah.

Goreng ikan teknik bajau,
Boleh disimpan tahan lebih lama,
Nasihatlah si kopiah berbaju hijau,
Budaya UMNO memperniaga agama.

Jemur panas anak gelama,
Perhati sambil memakan salak,
UMNO benci tidak akan tahan lama,
Tuhan benci doa munafik ditolak.

113 berkata...

Aku setuju la Mat Bronson jd PM. Dia simple & down to earth. hikhik

Tanpa Nama berkata...

org pas yg paling ditakuti oleh BN adalah mat sabu berbanding tuan guru dll. ini kerana, mana2 saja abg mat dok jadi calon mesti kawasan tu akan extra usaha nak bagi kalah. tak caya tgk la PRU13 nnt

average joe berkata...

maaf, ralat:

jurang miskin-kaya terbentuk akibat wujudnya pengkelasan golongan "rakyat kebanyakan" berbanding
golongan kelentong puak2 yg berselindung di sebalik kelas vip yg mereka sesama mereka sahaja reka dan sensasikan!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

Tanpa Nama berkata...

besyukurlah...negara ini aman dan makmur...byk bnda prcuma yg kita dpt...org asing pun blumba2 cari rezeki kat sini

cukuplah jgn rosakkan negara ini dgn dakyah pmbangkang...

ini ayat gerombolan....