Sabtu, 24 Disember 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA




SELAMAT BERPESTA SESAMA MANUSIA

















NOTA:
kita selalu mendabik dada
bahawa kita sahaja yang betul
ajaran yang lain semua salah

kalau kita mencampuri mereka
ada juga dikalangan mereka
yang mengatakan kita juga salah

tidak ada sesiapa yang memonopoli kebenaran
kebenaran bukan milik agama
kebenaran wujud tanpa agama
kebenran wujud kerana kebenaran

agama ialah kepercayaan
ada yang percaya
ada yang tidak percaya
inilah keindahan kehidupan
terpencar pencar
dan berbagai bagai

seharusnya kita merayakan kepelbagian
seharuanya kita merayakan perbezaan
seharusnya kita merayakan rencan ratus budaya

dunia akan menjadi bosan
jika semua jalan di penuhi dengan mek dogal
dunia akan menjadi bosan
jika semua kota diselirati oleh 7/11
dunia akan jadi bosan
jika dimana mata memandang ternampak kentuki fried fuck

rayakan kehidupan ini
hidup hanya sekali
hidup ini bukan bikin filem
hidup tidak ada reshoot
hidup ini tidak ada ulang tayang

untuk sambut perayaan maulud dul rasul nabi isa ini
tukar tiub hadiahkan rubaiyat omar khayyam:

DALAM PARSI



terjemahan inggeris
:
Khayam, if you are intoxicated with wine, enjoy!
If you are seated with a lover of thine, enjoy!
In the end, the Void the whole world employ
Imagine thou art not, while waiting in line, enjoy!

terjemahan makna:
In life devote yourself to joy and love
Behold the beauty of the peaceful dove
Those who live, in the end must all perish
Live as if you are already in heavens above.

terjemahan melayu:
khayam jika air anggur itu menyoronokan kamu, nikmatilah
jika kamu bersama kekasih, nikmatilah
akhirnya dunia ini berakhir jua
nikmatilah hidup ini seolah kamu dalam syurga

rubaiyyat dari tukar tiub:
tuangkan ke cangkir itu si anggur merah
gesekan kecapi itu sampai ke pagi
aduh ! hidup ini
betapa indahnya
ianya hanya sekali




SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


kecoh sangat tentang tarikh lair nabi Isa(dalam bhasa yahudi disebut Yeshua atau Yesha, dlm bahasa bible disebut Yesus). mazhab2 dlam kristian pun berbeza pendapat tentang tarikh lahir Isa. sama macam Islam Syiah berbeza pendapat dgn Islam Sunnah tentang sunnah(perbuatan) nabi muhamad, sama macam Islam mazhab hanafi dan mazhab shafie berbeza pendapat tentang hukum hudud. memang Santa Claus takde dalam Al-quran, dalam Bible pun tak ada.

Santa Claus adalah budaya mat salleh. sama macam amalan memberi duit raya masa hari raya aidilfitri, beri duit raya tak ada dalam Al-Quran. Isa adalah nabi semua agama Samawi (Islam, Kristian, dan yahudi). Maka, kita kena iktiraf. soal tarikh lahir itu remeh temeh. takkan ucap merry krismas pd kristian pun boleh murtad??
By Non-Governmental Individual on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/24/11





32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bengong.

Tanpa Nama berkata...

kepala bana lu tt...lu jahil jangan nak menjahilkan lagi org lain..baiklu mengaku lu terang-terang free thinker..lu jgn nak ajark org islam lain jadi macam lu..dari sosialis ke islam

Tanpa Nama berkata...

sorry bro, gua tak sokong lu kali ni. berpegang pada kerpcayaan. lu ada kepercayaan lu, gua ada kepercayaan gua.

cafe' lorong berkata...

God Jul!

HAPPY CHRISTMAS, ISHAM....

Great & bountiful new year to you too........

During this festive mood, it's best to just celebrate rather than getting "some" people involved. It's harder than it seems...

Imagine someone trying to change you, to be like them. The same with you trying to open their minds and be more ...like you..

Tanpa Nama berkata...

walaupun sy berbangsa melayu tp sy mmg tak miss sambut krismas dan berkunjung ke perkampungan orang2 iban setiap tahun.tak salah kalo kita ucap merry krismas tp sy tetap tak caya ini lah hari kelahiran nabi isa sbb sy lbh percayakan fakta beranding tradisi.

Tanpa Nama berkata...

Mmg takde salahnya pun...cuma cara penyampaian ko nih mcm org tak berakal...tak melambangkan Islam sejati...kalau dah sosialis, free thinker tak perlu la nak ajar org Islam lain...janggal sgt bunyi nyer...

Tanpa Nama berkata...

Penin aku lihat org2 makihamun sesama. ini kita nak ucap selamat maulidul rasul nabi isa bukan lain. peninglah nak pikir sapa betul sapa PTUI!...hahaha!
Siapa2 ingat dia lebih tahu, sila beli tiket pegi al-roma jumpa paus benedict minum air zam2 suruh dia tukar tuib pasal kamu saja betul. Kalau tak boleh, PTUI..kamu. Apa tu..Tok Kok No Aksyen punya bangang!

Sementara itu..SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL NABI ISA...abang hisham. kalau rezeki air anggur kita nikmati besok. rubaiyat omar khayyam mesti benar tulisan dan ajarannya.

aku bukan murtad...Oii!!

Tanpa Nama berkata...

kepada semua pembaca TT, selamat menyambut maulud nabi isa

-ghani gelong

mat keropok berkata...

Anon 3.15ptg
Kau pun macam gerombolan, islam cara kau saja yang betul.

lo berkata...

free thinker/mason...

Tanpa Nama berkata...

ilmu..jika dirasakan sudah tinggi, tanpa petunjuk..mereka akan berkelahi,
mereka merasakan diri benar dan tahu, tapi semakin mereka menulis semakin kejahilan kelihatan,, yg mereka ceritakan hanyalah kisah2 dari anggapan salah sahaja tetapi di hiasai dgn rasa kebenaran..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHAHAHA...

Apakah bebal sangat ko ni rais?

Nabi isa lahir 25 dis?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA...

shah berkata...

TT- mereka yg kondem ini mcm pendeta bani israel..mereka sahaj betul dan nabi zakaria yg salah!
Gua dah tunjuk bhw perayaan krismas ni takde kaitan dgn mithras..diorang ni semua fikir hanya tahu nk murtadkan org.
Kita tak mahu sama sebagai kristian tetapi Nabi Isa milik kita dan dia masih hidup.tak salah kita nak mengembirakan hati Baginda yg hidup.
Nabi Isa adlh Nabi Allah,kekasih Allah,menyintai allah turut harus menyintai rasul..
Salam maulidur rasul isa..rasul allah!

Tanpa Nama berkata...

TT, sila tanya pada semua pembaca, zul nordin, harussani dan hasan ali : kecoh2 pasal aqikah, pasal kristianisasi tapi gembira yg amat tiap2 tahun 25dec cuti seluruh malaysia. majoriti ke penganut kristian kat malaysia nie sehingga negara mengiktiraf perayaan kristian kena cuti seluruh negara. nie asik2 semua kecoh org tu murtad, org nie tak da aqidah. TT sarankan pakai kondom, habis kena kondem. masing2 yg islam Allah dah larang zina, buat jugak, pastu pi buang anak celah tong sampah...babi yang tak nikah pun sayang anak. bila org bagi pandangan jgn la melenting mcm la kau lebih Islam berbanding org lain. belum lagi kena hujahan org yg cakap "aku tua 3tahun dari Allah".

sebab tu manusia makin tinggalkan islam. duit zakat entah ke mana, di beri pada fakir pun ciput gile. last2 bantuan dari kristian lagi besar. malu la sikit. nabi dulu xda pun kad pengenalan, xda pun status agama dalam kad, tapi zaman tu la islam paling unggul. xtindas atau hina agama lain. zaman sekaarng terutama kat malaysia yg kononnya lebih islam, mcm2 benda haram dibangkat sampaikan yg dah memang islam pun nak tinggalkan islam.

TT selalu pesan, kalau bangang jgn bagitahu orang....tu pun tak paham2.

Sudara Jawa berkata...

aramak... kalau ikut kajian ilmiah, dan bukti2 logikal ketika Nabi Isa Alaihissalaam dilahirkan... mmg tak logik 25 Disember... sbb time tu para penternak dan biri2 dia orang semua tengah kat luar... so tak lojik la musim sejuk time tu. lepas tu pulak, kalau tak silap pendengaran saya, 25 dis ni dirembat oleh Paul dari harijadi Heracles dan Mithras... dan dijadikan tarikh lahir Nabi Isa... ... So, rasa2 kot2 penulis blog buleh kaji lagi pasal benda ni sebelum buat penulisan? Bukan saya marah, just suruh buat kajian dulu. kot2 jumpa fakta2 yg lagi benar? saya sendiri pon dok lajar ni

Tanpa Nama berkata...

samdullll la luuu...macm mahaded la lu ..pndai cite agama tpi hampehhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

...wehhhh bro tt kalu tk mengaji agama jngn bagi tau dekat org,,duduk diam2....nampak sangat jahil

Tanpa Nama berkata...

...terrrrrrrserlah kejahilan lu tt..

Tanpa Nama berkata...

tt nih bukan semayang punye orang..
tak yah lah susah2 nak terang kan pada dia..
kalu semayang punye org tak tulis nye dia macam nih..

Tanpa Nama berkata...

Apa pnya banggang kadang2 pemikiran manusia..sedeh

Tanpa Nama berkata...

ko memang tak kan mengaku murtad.. tp cara kelakuan dah murtad. Tu la suh solat malas ngaji tak mau. Apa lu ingat tau smua benda lu org hebat la. Kenapa tak baca Tafsir Quran,sejarah nabi Muahamad, sejarah sahabat org2 soleh??? malas?? tak minat?? poraah Iman tu dalam hati diterjemah oleh perlakuan. Syurga itu benar neraka itu benar.

Tanpa Nama berkata...

isa mn yg ko smbut ni bro..
menghormati tu wajib.tp x lh smpai tulis selamat menyambut maulidurrasul nabi isa..
start lu tulis mcm ni..aku da x nk bc blog ko lg.ni last. sensiviti agama lain selain yuhauwidun dan nasara perlu dijaga juga.
aku x kisah klu lu tulis selamat hr natal dan lain2..tp tulisan selamat menyambut maulidurrasul nabi isa ni menunjukkan ko jahil nk mmpos psl agama tahap biawak longkang

Tanpa Nama berkata...

hah? murtad pulak? allo abang2 yang terlebih2 islam.. gua okey jer dengan saranan TT ni.. gua pun ramai member2 kristian kat seluruh dunia.. bilamana tak pernah hidup dengan makhluk lain dan asyik dengan kepompong sendiri, sampai bila pun akan jadi terlebih isylam..

gua tatau la caramana lu nak berhikmah dengan orang ramai? tu la pasal amalkan islam cara bangang pun, buatkan orang bukan islam lebih marah kepada islam, bukan orang jadi marah dengan lu ajer..

akhirnya dunia ini milik orang2 terlebih isylam dan hanya dan hanya mereka sahaja yang akan masuk syurga.. lain2 akan masuk nuraker sahaja dan hendaklah orang2 yang kekurangan islam berhenti bernapas.. jika nak terus bernapas, hendaklah berzikir dan bernasyid sahaja...

blogtakterbatas berkata...

Selamat Maulidur Rasul Nabi Isa.

Kah Kah Kah saja je nak panaskan geng2 minda sempit

aTan berkata...

Islam adalah kebenaran sama ada anda percaya ataupun tidak!

Tanpa Nama berkata...

tak apalah bro (ke pakcik? kahkah)

aku cuma harap satu je. moga nanti kau mati dalam iman dan islam

moga orang laen yang setuju pun gitu, yang tak setuju pun gitu. aku berbaik sangka je la kat kau.

air anggur tu aku assume sebagai ribena la ye?

Tanpa Nama berkata...

Chuck Norris sent Jesus a birthday card on December 25th and it wasn't Jesus’ birthday. Jesus was to scared to correct Chuck Norris and to this day December 25th is known as Jesus' birthday.

anak muda berani berkata...

nampaknya gua setakat ini 99% tulisan lu broo .. buat julung kali nya... 1% gua kali nie wa tak sokong lu .. mungkin ada makn yang tersirat dan tersurat disebalik tajuk lu tu ..tapi gua tak dapat catchup .. apa yang lu maksudkan .. sori broo ! 1% kali ini lu tak cool dan wa takj salut lu ..

Pro_Pembaharuan berkata...

Bodoh semua!

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL NABIS ISA = SELAMAT TAHUN BARU... setiap tahun baru, ia adalah hari jadi nabi isa... sekarang dah nak masuk 2012... maknanya... sudah 2012 tahun nabi isa diberanakkan oleh Maryam!

APA KEPALA BANA USTAZ2 TAK DE TAULIAH NAK CAKAP-CAKAP ORANG ATHEIS, SOSIALIS, ISLAM LEBIH DARI NABI MUHAMMAD SENDIRI NI?

Tanpa Nama berkata...

takde bukti pun 25 disember hari kelahiran nabi isa alias jesus of nazareth, kajian sejarah menunjukkan nabi isa atau jesus lahir pada musim bunga(spring), jadi kenapa 25 disember, hannukah pun yahudi sambut 25 disember sendiri mau ingatlah

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

aku musykil la TT ni dari cara dia menyampaikan rubaiyyat tu..dah menunjukkan dia ni x berpegang teguh pada islam..seolah2 dia ni atheis..freethinker..lu betul freethinker ke bro?statment hati2 bro silap2 murtad..janganb jadi munafik..atau post ni bukan ko yang buat tapi orang lain..baik cek balik ape yang ditulis

tt4tolol2 berkata...

air anggur,,seks bebas,,nak tau jugak babi berlemak kau makan tak..