Sabtu, 24 Mac 2012

SATU LAGI PENCERAHAN - YAHUDI DAN ZIONIS




KOMENTAR TUKAR TIUB

akhirnya pencerahan berjaya
akhhirnya ramai warga yang sedar
bahawa yahudi itu bangsa
bahawa judaisma itu agama

bahawa zionisma inilah
sebenarnya musuh rakyat dunia

maka warga pun tahu bahawa
nabi juga pernah berkahwin dengan wanita yahudi

ketika fakta ini ditimbulkan
oleh faris nor 4 tahun dahulu
bukan main lagi kutukan sampai

tapi nabi kahwin dengan
wanita yahudi ini adalah fakta
fakta yang ditemui
melalui hasil kajian
melalui pembacaan
melalui pencerahan

bukan hanya melopong mendengar khutubah

zionisma adalah gerakan politik
zionisma percaya bahawa palestine hak yahudi
zionisma bekerja rapat dengan kapitalsima antarabngsa
zionisma adalah sebahagian dari imperialisma

bukan semua zionis yahudi
bukan semua yahudi zionis
di kuala lumpur ini
ada zionis tempatan




PERNIAGAAN : PAS HANYA KECAM ZIONIS-harakah daily

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah kehebatan seorang ulama tuan guru haji abdul hadi awang,ulama yg disanjungi seluruh dunia,tokoh politik islam yg menjadi rujukan dunia islam skrg,teruskan menyokong kepimpinan ulama yg benar,humbankan umno yg menolak islam,bila ni bersih 3

kampong lad berkata...

soalan: 1. macam mana kita nak kenai antara zionis-yahudi dgn bukan zionis-yahudi? 2. pernahkah yahudi merampas tanah & bunuh penduduk madinah lain dizaman PEMERINTAHAN rasulullah saw? 3. halal ka atau haram ka barang2 ciptaan yahudi yg umat islam gunapakai la ni? sekiranya umat yahudi benar2 beriman, mereka telah jadi nasrani pada zaman rasul isa as & memeluk islam pada era rasulullah saw hingga sekarang. perpecahan berlaku kerana politik & kuasa. umat yahudi tidak berani 'kurang ajar' kerana rasulullah memegang kuasa pemerintah. apa dah jadi sekarang? siapa berkuasa? ISRAEL UJUD KERANA ZIONIS.

Tanpa Nama berkata...

Memang bukan semua Yahudi tu bangsat dan lahanat.. nabi kita banyak dari bangsa yahudi.. bahkan nama israel tu nama nabi bani israel.. adalah bani keturunan nabi Yaakub..

memang mereka diberi sedikit kelebihan dengan kepitaran - lihat saja banyak teknologi dibangunkan oleh bangsa yahudi.. tetapi KEBANYAKAN mereka ni lupa dan melawan tuhan dan perasan mereka manusia pilihan dan bangsa lain hanya BINATANG.. agak BANYAK nabi diturunkan dari bangsa yahudi supaya mengigatkan mereka.. tetapi telah mereka lawan sampai tahap melampau hinga ada yang dibunuh dengan kejam..

Orang MALAYU yang perasan lebih dan superb ni kalau difikirkanpon macam golongan lahanat YAHUDI ni juga.. mementingkan bangsa dari keutamaan AGAMA..mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankan oleh Islam..

Fikir-fikirkan lah.. jangan melampau nanti kita kena bala bencana..

Tanpa Nama berkata...

Bila ada bdn2 sukarela kutip derma utk Palestine, aku akan turut sama menderma. Bila org alim ulama menyarankan kita utk mendoakan pembebasan & keselamatan Palestine, aku dgn seikhlas mungkin akan berdoa kepadaNya memohon akan perkara tersebut. Tapi...aku suka pakai Levi's dan suka b'facebook. Byk org kata 2 benda ni Yahudi punya. Jd, dosa ka aku kerna tdk turut serta boikot dua benda ni?

MUFTI INTERNET berkata...

Saya nak beri pencerahan tentang isu konflik Arab-Israel. Konflik ini tdk akan berlaku jika umat Islam menurut apa yg diwahyukan oleh Allah didalam Al Quran. Sebenarnya, menurut Al Quran, tanah Palestin itu telah diberi oleh Allah kpd Bani Israil sampai hari Kiamat. Sila rujuk kpd QURAN 17:104:

Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): “TINGGALLAH KAMU DI NEGERI ITU kemudian apabila datang tempoh HARI AKHIRAT, Kami datangkan kamu dgn bercampur-aduk.

Menurut Sura Al-A'raf, tanah yg dipanggil Palestin itu adalah warisan milik Bani Israil. Jadi dunia akan lebih aman jika bangsa Arab menerima apa yg ditulis didalam Al Quran. Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Arab enggan berdamai kerana mereka ingin mempermainkan isu perkauman demi kepentingan politik mereka sama seperti kaum UMNO di Malaysia yg mempermainkan isu perkauman untuk kepentingan politik. Sila baca Sura Al-A’raf 7:137

Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) & daerah-daerah baratnya, yg Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yg baik kpd kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), & Kami telah hancurkan apa yg telah dibuat oleh Firaun & kaumnya & apa yg mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yg tinggi)

Menurut Quran Sura Yunus 10:93 tanah yg dipanggil Palestin oleh bangsa Roman itu telah diberikan kpd Bani Israil sampai hari Kiamat.
Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), & Kami mengurniakan mereka dgn benda-benda yg baik. Maka mereka tidak berselisihan setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yg nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yg mereka perselisihan itu.

Negeri yg baik itu ialah Israel yg diberikan oleh Allah kpd Bani Israil sebagai warisan sampai Kiamat. Jadi mengapakah kaum Arab berdegil tidak mahu menurut apa yg telah diwahyukan kpd mereka? Sebenarnya kaum Arab cemburukan bangsa Israil, kerana menurut Al Quran, bangsa Arab ialah bangsa yg paling munafik manakala Bani Israil paling cerdik. Sila rujuk kpd:
Quran At-Taubah 9:97:
The Arabs are the worst unbelievers and hypocrites, & are most disposed not to know the limits of what God has revealed to His Prophet.
Orang-orang A’raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, & sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas yg diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Tukar Tiub sering bertanya mengapa di negara kafir yg makan babi, rakyat & pemerintahnya jauh lebih baik daripada negara-negara Islam seperti Malaysia?

Jawapannya ada di Sura Al-Baqarah 2:62: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, & orang-orang Yahudi & orang-orang Nasrani, & orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah & (beriman kpd) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tidak baik) kepada mereka, & mereka pula tidak akan berdukacita.

Jadi menurut Al Quran, orang-orang Kristian & Yahudi sebenarnya akan mendapat pahala & masuk syurga jika mereka beriman sama seperti umat Muhammad yg beriman kepada Allah. Ini bertentangan dgn apa yg diajar oleh Tok Lebai Arab macam Harussani. Tok Lebai UMNO melarang orang Kristian di Malaysia mengguna kalimah ALLAH sedangkan Quran jelas menyatakan kaum Kristian akan dapat pahala jika mereka beriman kpd Allah. Jadi itulah sebabnya ramai anak muda sekarang tertanya-tanya mengapa negara Barat jauh lebih baik & maju drpd negara Islam.
Lebaisation sebenarnya ialah Arabization. Apa itu Arabization? Arabization ialah Munafikzation, kerana menurut Al Quran, kaum Arab ialah kaum yg paling munafik. Jadi jika kaum Melayu mahu menjadi lebih Arab drpd bangsa Arab, maka mereka akan menjadi lebih munafik & rasis.

Tanpa Nama berkata...

Fuhhh, ko ni layak jd ketua kepada mufti2 yg ada di M'sia ni. But, sorry to say these words- F*ck you!

Tanpa Nama berkata...

mufti internet? Ni satu lagi bangang yang terlepas dari gua antu....

Tanpa Nama berkata...

mufti internet...
Allah janjikan bumi palestin kpd bani israil tu bersyarat...

sbb x ikut ler mereka terpelanting x de negara....

ko jgn fahami ayat quran tu kerat2 jer.....

imalaysiapost berkata...

mufti inernet dah betul sbb rujuk quran. Allah dah kata "tidak ada satu pun dilupakan dlm kitab (quran)". Langkah yg betul oleh mufti internet. Cuma harus difaham quran itu buku yg paling complete. Utk mengetahuinya perlu belajar dari ahlinya. Tidak mungkin kita dpt memahaminya kalau baca sendiri dan tafsir sendiri.

Contohnya spt berikut: Buku Albert Enstin, buku yg tinggi mengenai fizik. Maba boleh org yg tak faham basic fizik boleh memahami buku A.Enstin tu. Kalau nak faham kena belajar basic fizik step by step, akhirnya akan menguasai ilmu fizik A.Enstin, walaupun bukan semuanya. Kalau nak tahu semuanya, kenalah belajar betul2 sampai Ph.D dan jadi Professor macam Steven Hawking. Barulah boleh jadi ulamak fizik.

Quran lagi tinggi dari buku A.Enstin. Utk memahaminya perlu rujuk org yg pakar mengenai quran. Baca dan tafsir sendiri tak mungkin boleh mrndapat ilmu sebenar yg ditulis dlm quran. Rujuklah mereka yg arif.

Masalahnya susah nak dpt mereka yg arif dgn quran. Yg ada hanya gelaran shj spt Alhafiz dan sebagainya. Dah jafi hafiz tu bagus, tapi sekadar hafiz belum tentu menguasai ilmu quran. Ramai org boleh nyanyi hindustan, tapi tak tau makna hindustan, kira hafiz juga tu. Hafiz lagu hindustan. Tapi tak da maknanya sbb tau nyanyi saje.

Oleh itu dilema kpd org melayu skrg ialh tau baca tapivtak tau makna dan tak tau tafsiran mengikut makna quran itu sendiri. Dilema ini berterusan sbb umat jahil dgn quran yg dibaca setiap hari.

Tidak cara
Tidak ada cara utk fahami quran kecuali dgn membaca dan terus byat research. Cara ini sgt pjg. Kadang2 terbaca dgn fakta yg salah. Kena tolak. Banyak kan lagi mrmbaca dan terus membaca, diskusi, dll. Jgn tolak tolak pendapat yg berbeza. Mungkn pendapat itu yg lebih tepat dgn quran. Sbb itu ayat pertama suruh nabi dan kita membaca (IQRA'). Macam tukartiub yg byk membaca. Ikut langkah beliau. Lepas ni tukartiub kenalah byk mrmbaca quran, tentu tulisan beliau akan lebih tajam. Haha

Tanpa Nama berkata...

simple je orang bahkan tuhan jelas terangkan dalam Quran.. Tuhan murka yahudi sebab mereka (majoritinya) melampau

cuba la pi israel tgk apa depa buat kepada orang palestine..

Orang mula benci BN dan UMNO pon kerana melampau-lampau.. semasa memerintah.. ini termasuk pembaziran pengunaan dana awam yang terlalu mewah dan melampau2..

semakin hari semakin orang menyampah.. suruh rakyat ubah gaya hidup ikat perut.. tetapi para pemimpin terus bermewah pada tahap yang melampau..

Busuk Punya Olang! berkata...

Mufti Internet,

Kau lupa satu perkara. Cuba kau rujuk balik kpd alQuran, iaitu di mana bangsa Bani Israil ini adalah bangsa pembunuh Nabi-nabi a.s. Ya, mereka dibebaskan dari penjajahan Firaun. Tapi mereka telah cuba membunuh Nabi Isa a.s selepas itu!

Kau kena mentelaah lagi. Apa itu Zionis? Mengapa mereka gunakan kitab Thalmud? Bukan berpegang teguh kpd Taurat? Kejahatan Zionis adalah bersekongkol dengan keturunan Firaun yang masih hidup hingga sekarang ini. Firaun (Egypt) - Empayar Rom - United Kingdom - Amerika! Siapakah yang 'distort' konon Nabi Isa a.s lahir pada 25hb Disember, oleh kerana itu mereka menyambut Krismas dan seterusnya Tahun Baru? Siapa pelobi kuasa di Amerika? Siapa yang kuasai Hollywood?

Try again bro :) Banyak yg kau kena belajar lagi

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

Bro Mufti internet cara ulasan ko bagus,tapi tak cukup bagus,ko tak boleh tafsir quran macam tafsir bible,sebab kalau ko tafsir macam tu samalah juga orang kristian cakap dalam al-quran surah Al-baqarah
(2:111):

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". sedangkan yang diambil itu hanya sekerat dan yang sebenarnya ayat itu ada sambunganya lagi "Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

begitu juga dengan ulasan kamu mengatakan bahawa tanah palestin itu adalah untuk bani israel,deyy..Allah menjanjikan tanah palestin untuk bani israel masa zaman nabi musa tapi dengan bersyarat dimana sebelum memasuki tanah itu Allah telah mensyariatkan agar mereka pergi berperang kerana tanah itu di kuasai oleh sisa2 kaum AD pada zaman nabi HUD yang berbadan besar dan tinggi dari mereka,itu adalah ujian Allah kepada bani israel untuk melihat mereka berani atau tidak,namun Allah telah mewahyukan nabi musa agar berperang kerana Allah telah menjamin kemenangan mereka,dan Allah telah mencabut rasa berani kaum AD itu biarpun tubuh mereka 2 kali ganda besar,tapi mereka adalah penakut,dan Nabi musa mengkhabarkan berita itu pada kaumnya,dan alasan bani israel,mereka ingin melihat Nabi musa dan Harun sahaja yang berperang sementara mereka menunggu di situ melihat,lalu dengan itu Allah telah mewahyukan pada nabi musa agar meninggalkan bani israel,Allah telah melaknat mereka sehingga mereka menjadi bangsa terbiar yang tidak mempunyai tanah,hiduplah mereka berkeliaran di muka bumi,x silap aku ada cerita ini dalam surah tapi x pasti maybe dalam surah AL-Hadi,sebab tu setelah yahudi di usir dan tidak mendapat tanah yang dijanjikan kerana tak mau berperang sedangkan Allah dah jamin kemenangan mereka,lalu Allah jadikan tanah palestin itu sebagai tanah yang dijanjikan untuk umat islam menjaganya,syarat dia kena berperang untuk mendapat tanah itu,kenapa perang?sebab tanah palestin itu tanah yang penuh berkah,namun ia ditadbir oleh kaum yang kufur pada nikmat Allah,sebab itu selepas pembukaan kota mekah,tanah palestin itu di ambil oleh umat islam untuk menjaganya dari kezaliman pemerintah yang tak menghargai tanah itu,dan sesudah itu umat islam dengan rasa adilnya berkongsi tanah itu dengan orang yahudi dan nasrani yang masih berpegang kuat pada kitab sebenar mereka,even paderi disana berkata jika palestin ini ingin dijaga nescaya aku lebih rela memberi hak jagaan itu kepada orang islam,kenapa?kerana pada masa itu mereka tau hanya orang islam sahaja yang boleh berlaku adil dengan agama lain dan bangsa lain kerana islam itu hak,islam itu sempurna,islam itu akhlak mulia islam itu pembela tanpa mengira agama dan bangsa..itu sejarah ketika islam hebat,tapi sekarang islam sudah tidak hebat lagi di mata orang kristian dan yahudi yang menghrapkn keadilan dan perlindungan dari muslimin,kita kena bangkit,kalau kita orang melayu tak boleh jaga islam nescaya Allah akan bagi kaum lain untuk menjaga agama ini mungkin cina,mungkin jepun..dan bangsa melayu jadi apa?jadi bangsa yang terlaknat..macam bani israel yang ingkar