Sabtu, 24 Mac 2012

JANGAN KENA TIPU LAGI




BERSAMA SOKONG PENEROKA








ADAKAH SESI PENERANGAN 1CARE HANYA DIFIKIRKAN SELEPAS KRITIKAN RAKYAT?


Kami mengambil maklum jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa rancangan system kesihatan 1Care hanya akan siap dalam masa dua tahun.

Beliau juga telah berjanji melancarkan satu sesi penerangan seluruh negara bagi menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat tentang 1Care.

Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.

Juga amat mengejutkan bahawa Menteri Kesihatan hanya bercakap tentang menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat sekarang, selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat. Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat.

Kami juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar. Kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.

Kami juga berharap Menteri Kesihatan akan member respons terhadap cadangan kami bagi langkah-langkah segera bagi menambahbaik system kesihatan Negara. Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus. WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara. Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.

Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital University, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT




DATARAN MERDEKA 28 APRIL



3 ulasan:

average joe berkata...

Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.
Juga amat mengejutkan bahawa Menteri Kesihatan hanya bercakap tentang menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat sekarang, selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat. Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat


jangan lupa jugak jawapan awal menteri sekor ni dalam kes bersih 2.0: hospital tung shin, menafikan sebelum buat siasatan! terbukti saheh memang jenis putar alam tahap ular mamakhateer sekor nih!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 5

Tanpa Nama berkata...

Dia nak buat apa pun, dia punya pasal laa. Jangan gaji gua dia potong bayar 1care sudah.

kalau gaji gua dia potong, gua akan melompat!!! Gua orang gomen dan gua serta keluarga gua tak perlu insuran kesihatan 1care.

pergi jalan sama insuran 1care!! gua tak perlu icare. jangan cuba paksa gua dan jangan potong gaji gua!

Gua tak mahu hidup gua susah sebab gaji gua kena potong bayar 1care!
Tak dapat masuk hospital pun tak apa, gua akan guna khidmat bomoh yang tak perlu bayar insuran!!

Tanpa Nama berkata...

Kat negara sebelah sana tu.....

menteri samseng!
anak menteri samseng!
keluarga iblis!