Isnin, 23 April 2012
JANGAN ACAH ACAH - JANGAN TERAGAK AGAK
KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan buat tak faham
jangan putar putar
jangan janji janji
jangan tunggu tunggu
jangan tunggu gagal
gerombolan tak akan peduli
gerombolan mahu rompak
tak kan perompak berhenti merompak
jangan acah acah nak buat demo
tapi tak buat
jangan acah acah nak turun demo
tapi tak susun
tak perlu tunggu resolusi gagal
tak perlu ambil gambar serah resolusi
yang wajib dibuat ialah susun
yang wajib dibuat ialah tetapkan tarikh
yang wajib dibuat tentu tentub tempat demo
resolusi akan gagal
mustahil berjaya!
ANAK AKAN ANJUR PERHIMPUANAN RAKSASA JIKA RESOLUSI GAGAL - mkini
SHAH ALAM, 22 April —Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda hari ini dijangka akan menghasilkan satu resolusi sebagai jalan alternatif berhubung isu penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka berlaku pada Jun hadapan.
Pengerusi Gerakan Selamatkan Felda, Mazlan Aliman hari ini berkata, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Najib Razak bagi memberikan kefahaman kepada Putrajaya keburukan cadangan penyenaraian FGVH.
"Konvensyen hari ini akan menghasilkan satu resolusi yang akan diserahkan kepada perdana menteri supaya beliau mampu mempertimbangkan keputusan tersebut.
"Kebimbangan utama kami adalah Putrajaya sedang berusaha mencari dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, bukannya ikhlas untuk membantu meningkatkan imej Felda," tegasnya.
Menurut pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) ini lagi, sekiranya Putrajaya masih lagi gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu Felda ini, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan raksasa sebagai langkah terakhir menghalang usaha cadangan penyenaraian FGVH.
MALAM INI JAM 9.00 SIARAN LANGSUNG RADIO BANGSAR UTAMA
berita bersih
berita melawan
berita dataran merdeka
hanya radio bangsar utama
memberi laporan melawan
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
dahagi,
demo n penyebaran maklumat perlu seiring. perlu cetak byk risalah ringkas yg padat dan bernas. edar di setiap rumah tanpa jemu.
nak suruh penyamun mengaku dia buat kerja menyamun. penyamun p ramlee pun ada holiday tapi depa ni 7/24. tak main dah hantaq resolusi, nanti hilang semua gigi tinggai gusi.
Catat Ulasan