Ahad, 6 Mei 2012

KEKUATAN KAUM BURUH - INI BUKTI SAHEH!




KOMENTAR TUKAR TIUB

kaum buruh selalu dihina
mereka dibayar dengan gaji yang murah
mereka dikatakan tidak ada kelulusan akademik
mereka duduk di kawansan murah yang berasak asak
mereka tinggal dalam rumah yang sempit

anak anak mereka gelandangan
isteri jual kueh untuk tambah pendapatan
hidup mereka sesak dan susah

lihat klip dibawah ini
inilah tanda kekuatan kaum buruh
ini bukti kekuatan mogok
inilah bukti bahawa yang mengerakkan negara
yang membangunkabn negara
yang membanting tulang untuk negara ialah kaum buruh

tapi mereka bekerja untuk kaum kapitalis
kaum kapitalis jadi kaya raya
kaum kapitalis bayar gaji rendah
gaji murah
towkay untung banyak
inilah cara kaum kapitalis buat duit

pemandu lori adalah buruh terkuat
pada tahun 1996 di peranchis pemandu kontena mogok
pada tahun 2010 di peranchis pemandu kontena mogok lagi
kerajaan peranchis amat takut
kerajaan peranchis terpaksa akur
dengan semua tuntutan pamandu kontena

bila pemandu kontena di peranchis mogok
seluruh eropah terhenti
semua jalan jam di eropah
inilah buktinya kekutan kaum buruh

MOGOK DI KLANG
apa yang sedang berlaku di klang hanya permulaan
pemandu kontena kita belum merasakan kuasa mereka
bila mereka sedar yang mereka berkeupayaan mereka
bila mereka sedar kekuatan mereka
maka kita lihat mat mongol akan gelabah
kita akan lihat gerombolan gelabah

bila pemandu kontena sedar kuasa mereka
sama saperti yang dirasakan oleh pemandu kontena di perancvhis
kita akan lihat:


gaji mereka naik
mereka akn mendapat keselesaan
mereka akan dihormati

salut untuk pemandu yang berani
teruskan mogok
luaskan mogok

GEROMBOLAN GELABAH
lihat gerombolan akan gelabah
lihat media akan mula buat cerita menipu
lihat utusan akan mula buat fitnah
akan muncul berita mogok ini ditunggankan oleh pakatan
mongok ini diguankan oleh pembangkang
atau jangan politikkan mogok ini

sedarlah bahawa mogok ini
sama saperti demonstrasi
sama seperti bersih
hanya pemandu ini lebih gigih
kerana yang mereka tuntut ialah upah yang lebih

jadikan mogok budaya kaum buruh
jadikan mogok senjata ampuh
bila ini bermula
makan inilah tanda gerombolan akan tumbang!

NOTA:
anak muda
anak muda mahasiswa
kaum pelajar wajib tunjukkan setiakawan
wajib datang ke klang
bersetikawan dengan kaum buruh



SALUT BURUH YANG MOGOK - KEMBANGKAN MOGOK INI!




Tiada ulasan: