Sabtu, 12 Mei 2012
MARI KITA TURUN BERDEMO LAWAN KAPITALIS
INI BUDAYA POLITIK BARU KITA
KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Merujuk kepada dua plaza tol di atas Lebuhraya Persekutuan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Malaysia supaya SEGERA melupuskan kutipan di kedua-dua plaza tol tersebut.
Ini berikutan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyedarkan umum betapa kutipan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja telah memperolehi modal pembinaan, malah telah menghasilkan keuntungan lebih 500 peratus. Angka ini sudah cukup untuk mendesak kutipan tol dihapus serta-merta.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyatnya termasuklah pembinaan lebuhraya. Setelah kos pembinaan yang dikeluarkan oleh konsesi telah selesai, sepatutnya tiada lagi kutipan wang dari rakyat. Tidak timbul soal pengurangan harga tol mahupun kenaikkan harga tol, tiada rundingan lagi harus berlangsung - lupus segera kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau!
Tinjauan SAMM mendapati, Lebuhraya Persekutuan adalah lebuhraya yang sentiasa 'jammed'. Tahap kesesakkan lalulintasnya juga melampau dan diburukkan lagi dengan barisan yang sangat panjang ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Batu Tiga. Tujuan membina lebuhraya adalah untuk memudahkan, tetapi apa yang berlaku sangat menyusahkan rakyat. Walaupun tersekat beberapa jam, bayaran tolnya tetap sama dan ini adalah kejam kerana ia berlaku setiap hari!
SAMM dengan ini menegaskan sekiranya kerajaan terus berkeras tidak peduli masalah rakyat, maka satu demonstrasi besar akan berlangsung di atas antara lebuhraya paling sibuk dalam negara iaitu Lebuhraya Persekutuan. Rakyat tidak harus bersabar lagi dengan karenah kerajaan yang terlalu menyebelahi konsesi dan korperat yang mengaut keuntungan berbilion-bilion. Ini dasar kerajaan yang berselindung disebalik slogan 'rakyat didahulukan'!
SAMM menyambut baik kerahan demonstrasi 13 Mei yang diatur sendiri oleh rakyat yang terpaksa melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, bersama sengsara kesesakkan lalulintas dan derita kutipan tol.
layari sekarang:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
aku pernah bawa kereta di Australia dan New Zealand berhari2 tp xder lah aku jumpa tol kecuali bila masuk ke Melbourne dn Sydney, tp aku msih boleh elak tol di kedua2 bandar ini, tak spt di KL.
semasa di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika, aku jarang melihat pondok tol... kalau ada pun, sgt sedikit.
di KL/Semenanjung Malaysia, tol tdk spatutnya sbyk yg ada skrg ni, kita sudah pun byar road tax, import tax, insurance yg tinggi.
aku xtahulah sama ada kutipan tol sudah menjana keuntungan atau tidak, kalau sudah dpt untung, maka sudah sampailah masanya rakyat diutamakan, bukan lagi masuk kocek poket pihak tertentu..
km lim guan eng janji akan mansuh tol plus (kalau menang la). soalan: pekerja2 (anak bini kena makan o) kena buang ka? maintenance & service nak ambik duit kat mana? kurang kadar tol boleh percaya la.
kampong lad, aku ada byk point utk kau berfikir :
1. carilah kerja yg lebih produktif, berfaedah dan kreatif. Majukan ekonomi negara, better drpd dok sembang2 kat pondok tol.
2. suami/isteri xperlu duduk kat pondok tol tgh2 mlm, rugi ja kahwin
3. xke berdosa kerja kutip duit yg xsepatutnya dikutip. nak tunggu fatwa ? pakai logiklah
utk pengetahuan kg lad..nk hapuskan tol plus bkn keja guan eng..itu krja menteri umngok la..sebab plus ni wujud sblm guan eng jd km penang lg.. appaarraa....
Yaaa Ampunnn, woi bengap, kau kaya sgt uh? ko tak suka ke benda free? itu la, org suruh pegi jln tgk negara maju, tak nk kumpul duit..asyik picnic kt putrajaya ja. aku bg contoh paling dekat, kt perth,bas free kot, tol aku pun x nmpk. tp org hidup aman ja. tak de plk bankrup..msia ni bertuah sungguh. kaya hasil bumi, balak dan minyak. tak kan tak mampu mansuhkan separuh tol, turunkan lg harga minyak, tak pun bg yuran maduk universiti free? msia boleh!!!
Rakyat teramai diutamakan drpd pekerja tol yg jumlahnya hanya beberapa ratus org shj...lg pun masalah ini blh dibawa berbincang kemudian.
Benda kna byar pn ada org suka ke?bangang btul r.rajah gopal pn tk ska byar tol.sbb tu dia lalu free!kahh kah
Catat Ulasan