Sabtu, 30 Jun 2012

BUKTI KEZALIMAN GEROMBOLAN - PENJARA TANPA BICARA




PETANG ESOK DI BUKIT AMAN






MANSUHKAN ISA SEGERA, BEBASKAN TAHANAN TANPA BICARA!

Kami di peringkat Solidariti Mahasiswa Malaysia tegas dengan pendirian bahawa kerajaan perlu membebaskan tahanan ISA yang masih berbaki seramai 45 orang.

Kami melihat suatu percanggahan berlaku di peringkat kerajaan apabila masih ada tahanan ISA yang tidak dibebaskan walaupun sudah lama jaminan pemansuhan ISA dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Kami membidas sikap kerajaan yang berdolak-dalik menggunakan isu ISA sebagai janji politik dalam masa tahanan ISA masih dipenjara secara zalim.

Akta drakonian ISA melalui tahanan tanpa bicara ini meletakkan Malaysia dalam kedudukan negara yang mundur dari sudut moral pengamalan kedaulatan undang-undang. Kerajaan Malaysia seharusnya malu dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap akta zalim ini.

Sekiranya benar mereka didapati bersalah, kami menggesa pihak kerajaan memberikan mereka peluang perbicaraan yang adil bersama bukti yang kukuh kesalahan mereka, bukannya tahanan senyap seperti ISA.

Kami di peringkat mahasiswa menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya mahasiswa dan anak muda untuk sama-sama menyokong Gerakan Mansuhkan ISA yang akan mengadakan protes esok malam di hadapan Bukit Aman. Juga pada 1 Julai di hadapan Kem Tahanan Kamunting.

Mahasiswa Tuntut Mansuhkan ISA, Bebaskan 45 Tahanan.

Safwan Anang
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM)


SATU JULAI KAMUNTING PERAK




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kekalkan ISA hanya untuk Madey dan mat monggol!kah..kah.kah