Khamis, 28 Jun 2012

DEMO JANGAN TAK DEMO - INI BUDAYA KITA







KOMENTAR TUKAR TIUB


sekarang adalah masa yang amat baik
sekarang adalah masa berdemo
ketika gerombolan tercekik
ketika gerombolan tersepit
ketika gerombolan hampir hilang kuasa

lihat bagaimana kelmarin
mat mongol telah meluluskan 70 kursus
di universiti mca
ini kerana nak bodeeek masyarakat china
entah apa kursus ini kita pun tak tahu
tapi yang saheh
ini adalah tanda gerombolan sedang sesak

kerana itu 14 julai ini
kalau warga felda dapat turun 10,000 orang
makan gerombolan akan lagi terdesak

kemudian jika warga india pula turun berdemo
maka akan sesak lagi nafas gerombolan

ingatlah:
bila musuh lemah
ialah masa terbaik untuk kita menyerang
bila musuh kuat kita relax main pakau

jika musuh jatuh
masa yang terbaik pijak mereka
jika musuh bangun adalah masa buat dek

musuh kepada musuh kita
adalah sahabat kita






200 BERDEMO BANTAH ROBIH TEMPAT BERNIAGA

Kira-kira 200 peniaga Kompleks Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) di ibu negara hari ini berdemonstrasi bagi membantah perobohan pusat membeli belah itu yang dijangka akan dilakukan awal tahun hadapan.

Perobohan kompleks itu bertujuan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek stesen Transit Pantas Massa (MRT).

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penyewa-penyewa BB Plaza Hassan Saad yang mewakili 167 peniaga berkata, pihaknya kecewa dan menuntut pembelaan serta campur tangan daripada perdana menteri berhubung perkara tersebut.





Tiada ulasan: