Khamis, 28 Jun 2012
MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA
SHAZNI MUNIR DARI SMM
TEMU BUAL BERSAMA SHAZNI MUNIR -PEMIMPIN SOLIDARITI MAHASISA MALAYSIA
Shazni Munir, semasa menjadi mahasiswa merupakan Presiden PMIUM, Timbalan Presiden GAMIS dan Pengerusi SMM. Kini merupakan Ketua Pemuda Pas Sekijang, Segamat dan Pengarah Kajian Polisi Pas Johor.
Sekarang bergerak aktif sebagai ahli jawatankuasa NGO Gerakan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH).
Radio Bangsar Utama akan mengundang beliau bagi membincangkan peranan anak muda dalam organisasi politik, dalam NGO mahupun individu yang secara persendirian dalam usaha untuk membawa perubahan politik di negara ini.
Selain itu, antara perkara yang akan turut dikupas ialah tentang permasalahan dan isu kritikal yang dihadapi golongan muda serta langkah untuk mendapatkan sokongan dari kelompok pengundi terbesar negara ini.
Apakah strategi Pakatam Rakyat dalam menangani isu dan fenomena perubahan yang secara meluas diketahui digerakkan oleh golongan muda ini?
Adakah orang muda hanya sebagai perkakas kepada organisasi politik, atau sebenarnya menjadi penentu untuk setiap dasar yang menentukan hala tuju negara?
Perkara ini akan dikupas bersama-sama bekas pimpinan mahasiswa, saudara Shazni Munir yang kini giat bergerak dalam organisasi politik dan NGO di selatan tanahair.
Jumpa jam 9 malam ini di Radio Bangsar Utama. Berani Langgar Laporan J
PERTANDINGAN MENBUAT LAGU
NOTA:
dijemput anak muda
di jemput old tai
untuk menulis lagu
untuk kita turun berdemo
kita jadikan demo budaya
kita jadikan demo darah daging
kita jadikan demo panglima politik
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan