Selasa, 10 Julai 2012

ISA LAMA DI GANTI ISA BARU - MASIH JUGA ZALIM TANHAN TANPA BICARA









KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI) AKAN MENGANJURKAN PROGRAM JELAJAH MUNAJAT PERDANA MANSUH ISA.

1. Rentetan daripada kejayaan himpunan mansuh ISA di hadapan Kem Tahanan ISA, Kamunting Perak ahad lepas, KAMI akan menganjurkan satu lagi program bagi menyatakan sokongan kepada rakyat dan mangsa tahanan ISA.

2. KAMI akan mengadakan program ‘Jelajah Munajat Perdana Mansuh ISA’ di setiap daerah bermula pada 14 Julai ini di Klang diikuti di Shah Alam, Selangor.

3. Program ini diadakan bagi mengutip dana bagi mangsa – mangsa tahanan ISA yang dizalimi.




4. Selain itu, acara solat hajat juga akan diadakan disamping ceramah isu ISA yang bakal dikendalikan oleh mahasiswa, pemimpin politik, peguam dan juga bekas tahanan ISA bagi memberikan penerangan berkenaan dengan isu ini.

5. KAMI juga ingin menyatakan pendirian bahawa undang – undang ISA ini wajar dimansuhkan secara total memandangkan pemansuhan yang dilaksanakan sebelum ini tidak lebih daripada retorik semata – mata apabila pihak kerajaan masih mengamalkan konsep ‘tahanan tanpa bicara.’

6. Ini adalah berlawanan dengan konsep ‘natural justice’ yang diamalkan dalam sistem perundangan dalam negara ini.

7. Justeru, KAMI menyeru seluruh masyarakat supaya hadir ke program ini bagi menyatakan sokongan terhadap tahanan ISA yang dizalimi serta dikekang hak asasinya.

HAZIQ ABDUL AZIZ,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)







Tiada ulasan: