Ahad, 15 Julai 2012

PECUBAAN NAJIB NAK TIPU MELAYU





KOMENTAR TUKAR TIUB

memang betul
kalau dokumen itu palsu
mengapa pegang rafizi
pegang untuk disiasat
di bawak akta rahsia?

ini mesti dokumen
pada tangan rafizi
ini dokumen betul

SOALAN
siapa yang bocorkan
khairy jamaluddin?
muhyiddin yassin?
shahrizat jalil?
siapa?




APA JADI DENGAN KESAH MAT SAMURAI?






‘LETTER OF INTENT’ TELAH DIKELUARKAN OLEH PRASARANA


Saya merujuk kepada cubaan Shahril Mokhtar untuk menimbulkan keraguan atas kesahihan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kewangan yang membuktikan bahawa George Kent telah dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Beliau membuat kenyataan kepada media yang mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen itu, atas alasan surat lantikan (“letter of award”) masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.

Kenyataan beliau itu sudah tentu bercanggah dengan pendirian dan tindakan Kementerian Kewangan yang membuat laporan polis berikutan pendedahan dokumen-dokumen tersebut, agar ia disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Malah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah pun menubuhkan pasukan siasatan di peringkat tertinggi untuk menyiasat kebocoran dokumen-dokumen rasmi tersebut.

Ekoran laporan polis oleh Kementerian Kewangan dan tindak serta-merta polis, pada petang ini saya telah diarahkan untuk memberi keterangan dalam siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Kenyataan saya akan direkodkan di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini gara-gara tindakan saya mendedahkan dokumen-dokumen tersebut.

Jika betul dokumen tersebut adalah palsu seperti yang didakwa oleh Shahril Mokhtar, adalah satu pembaziran wang rakyat dan masa saya jika siasatan ini diteruskan.

Hakikatnya, dokumen-dokumen tersebut adalah benar dan sehingga kini tidak dinafikan oleh Najib Razak atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan.

Jawatankuasa tertinggi perolehan kerajaan yang dipengerusikan oleh Najib Tun Razak telah bersetuju menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent dan telah mengarahkan Prasarana melaksanakan dokumen penganugerahan kontrak kepada George Kent.

Oleh sebab itu, saya berani menyatakan berdasarkan maklumat dalaman yang dimaklumkan kepada saya bahawa surat menyatakan hasrat untuk menganugerahkan kontrak kepada George Kent (“letter of intent” atau LOI) telah pun dikeluarkan oleh Prasarana. Maka, kenyataan Shahril Mokhtar itu adalah cubaan mengabui rakyat dengan berselindung di sebalik proses anugerah tender dengan menyebut surat lantikan (“letter of award”) belum dikeluarkan.

Saya mempunyai dokumen yang boleh membuktikan bahawa George Kent sedang ligat menyusun sub-kontraktor dan berunding dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan projek tersebut atas dasar LOI yang telah dikeluarkan Prasarana kepadanya.
Saya juga dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa Prasarana tetap mengeluarkan LOI walaupun tindakan itu melanggar syarat-syarat bidaan kontrak yang ditetapkan pada awalnya.

Semua ini adalah dakwaan yang berat terhadap Prasarana di bawah kepimpinan ’ Shahril Mokhtar. Oleh itu, saya menyeru supaya beliau menumpukan kepada usaha mentadbir projek-projek dan operasi Prasarana dengan lebih berkesan, bukannya menjadi jurucakap kepada Najib Razak yang sehingga kini masih membisu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 JULAI 2012



3 ulasan:

Matt berkata...

go rafizi go...

Tanpa Nama berkata...

Himpunan oren ap cher tt oi.. X dpt sambutan ke? Puuiiii....

Tanpa Nama berkata...

Naik sakit mata aku tengok gambar mat samurai tengkorak bertetek dan perut terlebih tu