Rabu, 15 Ogos 2012

DARI PEROGOL AMAH MENJADI WAK DOGOL




INI WAK DOGOL KITA




LOGO DAN LAGU WAK DOGOL

Telah sampai dan tepat pada masanya pada 31 Ogos ini Negara Malaysia wajib menobatkan Menteri Penerangan Rais Yatim sebagai Wak Dogol. Saheh bin Betul bahawa kelihatan semakin jelas watak Wak Dogol ini sedang dimainkan dengan penuh penghayatan lagi kyusuk oleh Datok Seri Rais Yatim.

Jika Lembaga Acadeny Awards tahu tentang watak Wak Dogol ini pasti Rais Yatim akan menerima sebuah Oscar. Jika Woody Allen tahu tentang Wak Dogol pasti telah ada watak ini dalam filem satiranya. Justeru, kerajaan Malaysia wajib mewujudkan satu derajah kebesaran yang di panggil Datuk Seri Tan Seri Wak Dogol. Sosok yang paling layak menerima derajah kebesaran ini hanyalah Rais anak lelaki Yatim.

Wak Dogol ini ialah watak yang kita temui dalam wayang kulit. Watak ini adalah watak pelawak. Kerjanya ialah membuat lawak dalam Istana. Menghiburkan Sultan dan Raja. Ketika ada jamuan makan Wak Dogol a.k.a Rais Yatim inilah yang akan menjamah makanan dahulu. Jika ada racun maka Wak Dogol inilah yang akan diracun dahulu.



Ketika Raja ingin beradu Wak Dogol akan membuat cerita dongeng agar Raja berkhayal untuk tidur. Jika Raja lengoh-lengoh badan maka Wak Dogol inilah yang akan jadi tukang urut. Dalam keramaian jika Najib..opps...Raja terkentut maka Rais Yatim...opsss Wak Dogol akan mengaku yang dia telah melepaskan angin.

Hakikatnya Wak Dogol ialah kaki bodek. Hakikatnya Rais Yatim ialah juga seorang kaki bodek. Rais sedang membodek Najib, manakala Maznah suami Rais ...opps... isteri Rais sedang membodek Rosmah. Jantan betina dua ekor ini sedang membodek untuk memastikan kerusi Rais Yatim di Jelebu selamat. Membodek untuk memastikan yang Rais akan terus menjadi calon.

Cerita Rais Yatim kaki bodek ini bukan susah hendak difahami. Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku pada awal bulan Ogos ini. Biasanya bulan Ogos ini ialah bulan dimana United Malays National Organisation akan heboh ke hulu ke hilir menjual cerita-cerita dongeng tentang peranan mereka berjuang untuk mencapai Merdeka. Sayangnya dongeng ini sudah basi. Tahun ini tidak ada sesiapa yang ambil pot tentang kesah dongeng ini.

Satu Malaysia telah tahu bahawa lagu Negara Ku – lagu kebangsaan – telah diciplak dari lagu Indonesia Terang Bulan yang berasal dari lagu Peranchis. Satu Malaysia juga telah tahu bahawa Jalur Tembelang....opps.. Jalur Gemilang diciplak dari motif bendera Amerika.

Datok Seri Wak Dogol sedar tentang perkara ini. Bendera dan lagu kebangsaan ini hanya menunggu masa untuk ditukar. Anak-anak muda dalam alam siber telah menyatakan kemualan mereka terhadap dua pekara ini. Jenerasi muda hari ini lebih kreatif, maka mereka merasa malu apabila dibuktikan ‘ikon negara’ Malaysia ini sebenarkan bukan asli tapi ciplakan. Penciplakan ini telah menjemput negara jiran memanggil Malaysia ini sebagai Malingsia. Maling ialah pencuri.



Dengan kesedaran ini , dengan niat membodek, Rais Yatim telah melancarkan logo 31 Ogos. Mengikut kesah yang dibebelkan oleh Rais Yatim logo ini bertujuan untuk menyambut Merdeka. Sayang seribu kali sayang, Datuk Seri kita ini sudah salah congak. Politik negara telah berubah. Rakyat telah tidak takut lagi dengan kuasa United Malay National Organisation. Pada tahun 2012 orang ramai terutama anak muda dalam dunia siber telah ‘menibai’ logo resmi yang dikeluarkan oleh Pak Menteri. Anak-anak muda dalam alam siber telah memperlekeh logo Merdeka buatan Rais Yatim.

Sebagai Wak Dogol Rais Yatim merasa terdesak. Logo itu dibuat untuk membodek Najib tetapi semuanya tunggang terbalik. Kemungkinan Wak Dogol ini terus bertanding di Jelebu semakin merosot. Untuk menyelamatkan keadaan si Rais Yatim ini telah mencadangkan logo baru untuk direka oleh anak-anak muda.

Penolakan orang ramai terhadap logo Wak Dogol adalah pertanda bahawa parti yang memerintah selama 55 tahun ini sedang nazak. Era kekuasan United Malays National Organisation kelihatan jelas dicabar oleh orang ramai. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh kerajaan hari ini semuanya diperlekeh. Semuanya dikritik. Semuanya menjadi bahan lawak.

Dengan ambience politik sademikian maka Pakatan Rakyat dengan cekap telah mengambil kesempatan untuk mengajukan logo mereka sendiri. Sekali pandang ada apa pada logo? Awas. Logo yang dicadangkan itu hanyalah manifestasi untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat memiliki kudrat dan iradat untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional. Justeru Wak Dogol terus mengelabah.



Minggu lalu Wak Dogol telah membuat satu lawak apabila dia berkata bahawa Pakatan Rakyat telah ketandusan idea. Lawak bodoh Rais Yatim ini menjadika bertambah seram apabila YouTube memberitahu bahawa lagu tema yang direka khusus untuk 31 Ogos rupa-rupanya telah diciplak dari lagu gereja Indonesia. Berita ini menggemparkan alam siber.

Tidak dapat tidak Wak Dogol telah bersilat lidah menafikan ciplakkan telah berlaku untuk lagu tema 31 Ogos. Untuk menyedihkan hati Rais Yatim, si pereka lagu ini telah mengaku pula bahawa lagu ini masih belum siap. Lepas satu, satu projek Rais Yatim kantoi. Nampaknya, projek-projek gagal ini semakin berjaya membotakkan kepala Datuk Seri Wak Dogol kita ini.

Wak Dogol kita ini belum mahu mengaku kalah lagi. Wak Dogol ini masih menyimpan cita-cita bahawa dia bukan saja calon yang boleh menang malah dia juga adalah calon Menteri.

Tetiba Datuk Seri Wak Dogol kita ini dalam usaha untuk mempertahankan jawatannya telah mengeluarkan satu kenyataan. Kenyataan ini jika diutarakan dimana-mana pun dalam dunia ini, pasti sosok yang mengutarakan akan dianggap sasau dan gila.

Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan Barisan Nasional telah berkata bahawa logo Hari Merdeka tahun 2012 akan bertukar setiap dua hari. Minta maaf apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini kenyataan datuk Seri Rais Yatim. Apakah Datuk Seri yang juga jantan takut kepda bini ini telah hilang akal? Atau telah nyonyo mengikut istilah Zaid Ibrahim – tidak lah dapat diketahui.


Seharusnya sesudah sahaja Datuk Seri Wak Dogol kita ini membuat kenyatan bodoh tentang logo berubah-ubah ini, dia wajib di tangkap dan dihantar ke hospital. Satu pemerekasan rapi wajib dilakukan keatas daya fikir Wak Dogol kita ini. Kepala Rais Yatim wajib dipereksa. Tidak pernah dalam dunia ini atau mana mana negara atau apa apa lembaga akan mengubah logo resmi mereka setiap dua hari.

Mustahil syarikat kasut Puma akan mengubah logonya dua hari sekali. Mustahil Bank Pertanian akan mengubah logonya dua tahun sekali. Malah NFC syarikat lembu Sharizat tidak akan mengubah logonya sampai bila-bila walau pun semua lembunya telah mati.

Pernahkah kita melihat logo sukan Olympik berubah-ubah. Malah negara yang menjadi tuan rumah sukan ini tidak akan mengubah logo ciptaan negaranya untuk merayakan Olympik sampai bila-bila kerana ianya adalah bahan sejarah. Malah RTM sendiri pun tidak akan mengubah logonya setiap dua hari. Hanya Wak Dogol Rais Yatim yang ‘mental’ berani berkata bahawa logo Merdeka tahun ini akan berubah setiap dua hari. Jelas Rais Yatim sedang mengalami gangguan fikiran yang maha sangat.

Kita boleh ketawa apabila melihatkan perangai Wak Dogol Rais Yatim yang sedang membodek Najib ke tahap gaban. Tetapi apa sebenarnya yang sedang berlaku pada bulan Ogos tahun 2012 ini?

Apa yang terjadi sekarang ialah Projek Malaysia yang direka mengikut acuan United Malays National Organisation telah gagal dan sedang dibakul sampahkan. Penolakan lagu, penolakan logo, penolakan bendera, penolakan tema untuk menyambut 31 Ogos yang dikatakan sebagai Hari Merdeka membuktikan bahawa Projek Malaysia telah gagal.


Penolakan-penolakan ini adalah menifestasi kebencian rakyat terhadap United Malays National Organisation. Kebencian rakyat telah juga sampai ke tahap gaban. Anak semua bangsa dalam negara ini telah semakin tidak sabar untuk menendang keluar kerjaan Barisan Nasional. Anak semua bangsa sedang menunggu masa dan ketika untuk melupuskan kuasa dari tangan United Malays National Organisation.

Sebelum saya mengundur dan mengucapkan selamat hari raya pasti ramai pembaca akan bertanya apakah dianya tahap gaban itu. Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu apakah dianya tahap gaban itu. Untuk saya tahap gaban ini akan kebencian yang maha sangat dikalikan dengan sejuta loya dan didarafkan dengan sejuta mual. Kemudian dicampurkan dengan perangai membodek Datuk Seri Wak Dogol Rais Yatim. Untuk saya inilah dia gaban. Selamat Hari Raya. (TT)



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45







20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rais Yatim alias Wak Dogol kena tibai dek TT begitu dasyat sekali. Apakah reaksi Wak Dogol ini dengan selaran tajam ini? Oleh kerana otak bodeknya mengatasi otak rasa malu, dia tetap dengan sikap bangan, baghal, bahalolnya kecualilah Najis menolaknya jadi wakil rakyat Jelebu nanti. Kesian Wak Dogol ke hulu ke hilir dan petah bercakap di tv, radio kerajaan tapi tiada kekuatan maruah.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kah janji ditepati.. amah janji nak datang balik sampai sekarang tak datang keje balik... knape???? kah kah kah kah amah mungkir janji... kah kah kah kah... jani mesti di tepati..>( amah dah serik !!!! :(

Tanpa Nama berkata...

Oncik TT dijomput bghayo ke Gagu...

Kahkahkahkah....

Inilah namo eh tranfomas.....

Betukar...Bertukar...Bertukar....

Kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Gaban berasal dari drama siri kanak-kanak Polis Angkasa Gaban yang ditayangkan di tv pada tahun 1980an-1990an. Tak tahu kenapa digunapakai dalam bahasa melayu secara tak rasmi, boleh diertikan sebagai tahap ultimate sesuatu perkara yang tidak disukai contoh ayat aku dah bosan tahap gaban menunggu mamat ni datang

Stupid University berkata...

Lawak seram Wak Dogol tak menjadi,
Terbayang-bayang wajah Robengah di hati! Kah! Kah! Kah! Pantun 2 kerat untuk Wak Dogol aka Rais a/k Yatim! Kah! Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

diubah setiap minggu la bro

https://www.youtube.com/watch?v=n-A8wmhC9j0&feature=player_embedded

Silap la dia kata logo.. kalau logo tetap 1Malaysia tu takpe la.. then motif akan diubah setiap minggu ok la.. hahaha..

Gila ka logo 1Malaysia tetap tapi logo merdeka berubah setiap minggu hahaha macam-macam.. :)

Rekod Geuiness hari kemerdekaan yang paling banyak logo.. :) Logo masa puasa lain masa raya lain logo masa berdangdut lain kah kah kah setiap orang boleh buat logo kemerdekaan ke-55 mereka sendiri.. :D

Tanpa Nama berkata...

TERBAEK!! Tang tukar logo setiap 2 hari yang seronok dibaca tu...kah..kah..memang gilo!

Tanpa Nama berkata...

hanya orang yang tengok SPACE COP GABAN tau apa itu tahap gaban...hihihi

Watikah Sinar berkata...

Asal usul perkataan gaban adalah kerana siri ini...

http://ditelanzaman.blogspot.com/2010/12/polis-angkasa-gaban.html

Tanpa Nama berkata...


ADO SESAPO NAMPAK SHAMSUL PENDEK?
PENDEK KE PUNDEK?
CAKAP MELOTUP2 KOJO TAK BUEK!!
LOPEH TU MENGATO ORG!!
TIU NA SEEEEEEEEEENNNGGGG...!!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin semalam beliau mendakwa PR hanya akan menang di 4 kerusi tambahan iaitu Klebang, Machap, Paya Rumput dan Duyong. Maknanya hanya PKR dan DAP yang akan menang pada PRU 13 akan datang.

Kenyataan beliau itu sebenarnya menyinggung perasaan kami penyokong PAS yang bekerja siang malam memastikan kemaraaan PR di Melaka. Kami bekerja untuk semua bukan hanya untuk PAS tetapi untuk PR.

Jangan lemahkan semangat kami. Sebagai seorang pemimpin besar yang berjiwa besar dan hebat kita mesti sentiasa peka dengan segala usaha ahli-ahli bawahan.

Kami tetap yakin dengan segala gerakerja kami dan berserah kepada Allah untuk menentukan segalanya.

Nukilan : Insan terhina - Bukit Katil.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah beb, kerajaan flip-flop, sebab tu dua hari sekali berubah.....dah tenat nak mampus dah

wak sontot berkata...

rencana terbaekk bro. bestt kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kehebatan space cop gaban adalah menukar pakaian spacenya daripada org biasa, dengan menjerit"Jouchaku". pakaiannya dihantar dalam bentuk Granium partikel, yang membentuk pakaian tempur Gaban. kehebatannya kesemua perkara itu dilakukan dalam masa 0.5saat.

Tanpa Nama berkata...

polis angkasa gaban transform
http://www.youtube.com/watch?v=umqxJpuretU&feature=related

Tanpa Nama berkata...

Menteri flip flop..

Tanpa Nama berkata...

Lirik lagu Merdeka ciptaan Wak Wedus ni:
Macam............ (taik)
Macam............ (silit)

**tanya orang Jawa kalau nak tahu apa itu Wedus / silit

Tanpa Nama berkata...

tt punya cerita ttg wak dogol tu salah.. tt bukan peminat atau pengamal wayang kulit.. wak dogol bkn pelawak.. pelawak adalah samad, said dan wok yoh.. wak dogol ni org tua yg d hormati oleh maharaja serama dan rakyat jelata.. wok dogol ni seorang yg taat kepada raja.. tulis la rais yatim mcm samad... baru ok :) p/s: tt sepatutnya turun klate n pi cari pengamal wayang kulit sana agar dpt buat penulisan yg betul berhubung hikayat wayang kulit..

jusoh che long berkata...

space cop gaban
http://www.diyanazman.com/blogs/wp-content/uploads/2007/11/gabanangkasawan2.jpg

Tanpa Nama berkata...

tahap gaban? maksudnya tahap sudah melampau.. ianya bahasa orang malaysia borneo.. gua tak perasan sabah atau sarawak.. bukan gaban yang spacecop tu..

boring tahap gaban.. susah tahap gaban.. itu jer.. haibat tahap gaban..

sama mcm melepas batuk di tangga, batuk ni adalah pencedok air untuk basuh kaki.. lepas basuh kaki, memang orang lempar saja pencedok air ini..

gua cadangkan, rais yatim ini, kita rebus saja sampai mati dalam periuk besar depan RTM jika PR menang nanti.. tak payah hantar dia ke penjara lagi.. perkenalkan akta2 baru seperti "mencium tangan" orang yang tidak ada kene mengena dengan si pencium itu (terutama sang penguasa), wajib dibunuh dengan cara disembelih di khalayak ramai. memang pantang orang arab cium tangan orang lain.. beratus2 syair arab mengutuk mencium tangan pemimpin terutama pemimpin2 korup mcm UMNO dan BN.. orang melayu langsung tak ada lagu pasal cium tangan si penjenayah rakyat..

kalau nak beraya, beraya saja di penang... raya cina, raya hindu, raya puasa.. memang happening.. orang ramai memang chemistry kat penang memang best.. raya kat tempat lain, gua rasa mcm impotent saja..

Tanpa Nama berkata...

Tu la..TT tu tak tahu pasal wak dogol.Samad adalah gelaran yg sesuai utk rais..