Rabu, 26 September 2012

MALAYSIA SATU PROJEK MENUJU KEGAGALAN





BATU BERSURAT KENINGAU SABAH

APA ITU PROJEK MALAYSIA

Sempadan Bangladesh  wujud  semasa pemecahan British Bengal dan India pada tahun 1947. Wilayah ini menjadi Pakistan Timur. Pakistan Tumur  dipisahkan  dari Pakistan Barat  - jarak  1,600 km atau 994 batu – oleh benua  India yang ujud ditengah-tengah negara ini. Gerakan nasionalisma Bangla dan  Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971 telah mewujudkan Bangladesh pada 26 March 1971 – wikipedia tentang Bangladesh

Paderi Sabah ingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September -  dari Malaysian Insider
Bangsa yang tidak tahu dari mana mereka datang mustahil akan tahu arah mana yang mereka tuju.  Tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri bermakna tidak tahu asal usul diri, salasilah keluarga  dan teromba bangsa. Justeru memahami sejarah bangsa adalah sepenting menyedut oxygen.

Selama lebih dari 50 tahun kita rakyat Malaysia telah dibohongi oleh United Malays National Organisation. Masuk sahaja bulan Ogos maka dongeng dan lebong tentang Merdeka akan diputar.  Kita diberitahu bahawa Merdeka dicapai tanpa pertumpahan darah. Kita diberi tahu  bahawa hanya United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dari MCA dan MIC yang berjuang untuk Merdeka. Semua ini bohong.

Selama lebih dari 50 tahun pembohongan ini telah berjaya disebar kerana United Malays National Organsiation gagah dan mendapat sokongan orang Melayu. Kini semuanya  berubah. Parti United Malays National Organisation  - kuasa hegemon –  terbarai lemah dan sedang nazak. Orang  Melayu tidak lagi menyokong buta parti ini. Ketika kuasa hegemoni  lemah adalah masa terbaik untuk rakyat bangun menyerang.
 
Justeru , kita melihat  pembohoangan demi pembohongan telah diketahui  umum.  Rakyat Malaysia kini sedar bahawa bendera Malaysia yang dipanggil Jalur Gemilang itu telah ditiru dari bendera East India Company dan bendera Amerika.  Rakyat  kini sedar bahawa lagu Negara-ku – lagu Kebangsaan Malaysia – adalah lagu ciplakan dari lagu Terang Bukan  - lagu Indonesia.  Lagu Terang Bulan berasal dari  Memula Moon sebuah lagu Peranchis.   Amat rendah dan hina  sekali nilai  lagu kebangsaan Malaysia kerana asasnya adalah ialah  ciplakan atas ciplakan.

Selama 49 tahun kita diberitahu bahawa Sabah dan Sarawak ‘masuk Malaysia’. Fakta  bohong ‘masuk  Malaysia’ ini dijaja ke hulu kehilir. Lebong ‘masuk Malaysia’ ini  diperkukuhkan pula dengan sambutan 31 Ogos sebagai Hari Malaysia. Ini pembohongan kerana 31 Ogos tidak ada sangkut paut dengan Malaysia.   Persekutuan Malaysia ditubuh pada 16 September 1963.

Sabah  dan Sarawak TIDAK pernah ‘masuk Malaysia’. Dua negara ini bukan ‘masuk Malaysia’ tetapi menubuhkan Malaysia. Sabah dan Sarawak bukan sama taraf  saperti negeri Melaka atau Pahang atau Kedah. Sabah dan Sarawak adalah  negara. 

Dari segi ingatan bersama/collective memory , dari sejarah oral, dari sejarah kuno bangsa Melayu – Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam ingatan manusia Melayu. Dalam Salalatul salatin, dalam Hikayat Abdullah, dalam Hikayat Hang Tuah – tidak ada tersebut nama Sabah atau Sarawak.   Dalam kesusateraan klasik Melayu tidak ada disebut Sabah atau Sarawak.  Ertinya dua negara ini tidak termasuk wujud dalam ingatan bersama manusia Melayu. Tidak saperti Majapahit, Mataram, Pasai, Acheh, Singapura,  Kelantan, Riau, Jambi, Terangganu, Johor, Palembang – nama-nama ini telah berkait rapat dengan sejarah tamadun dan ingatan bersama manusia  Melayu.
 
Tidak dinafikan ada tersebut kerajaan Kesultan Berunai adan Kerajaan Sulu. Dalam sejarah tamadun Melayu wujud watak dan protoganis saperti Prameswara, Mansur  Shah, Tun Teja, Hang Jebat, Tun Tuah, Bendahara Seri Maharaja, Taming Sari , Demang Lebar Daun. Tetapi, Saya sendiri – anak  mahasiswa sejarah Asia Tenggran -  tidak mengetahui siapakah  watak atau protoganis yang mewakili Sabah dan Sarawak  sehingga datangnya Temenggog Jugah Anak Bariang. Ini pun kerana potongan rambutnya  dilihat  cool pada tahun 60’an.

Saya amat yakin ramai  jenerasi anak muda hari ini tidak faham apakah latar dan apa sebenarnya  PROJEK MALAYSIA ini.  Sejarah dan jalur sejarah  negara bangsa ini sengaja dipadamkan dari ingatan umum.  Inilah kerja jahat  pembohongan demi pembohongan  yang telah dijalankan oleh United  Malays National Organisation.

Projek Malaysia ini berlatar belakang Perang Dingin. Projek ini juga berlatarkan gerakan nasionalisma yang sedang mengampoh Asia, Afrika dan Latin Amerika sesudah Perang Dunia Kedua. Projek Malaysia ini juga adalah strateji  pemodal Anglo-Amerika dalam usaha mereka untuk terus memiliki dan memunggah   harta kekayaan di wilayah Nusantara.

Bagini sejarahnya:
Sesudah Perang Dunia kedua - kuasa kolonial Inggeris telah mendapat dua pukulan yang hebat dari tanah jajahan. Di Kenya  Inggeris telah diserang oleh gerakan pembebasan Mau Mau. Pada tahun 1952 darurat diistiharkan.  Di Tanah Melayu Darurat bermula pada 20 Jun 1948 apabila Perang Kolonial Anti Britsih dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya. Kuasa kolonial British akhir mengundur dari Kenya pada tahun pada 12 Disember 1963 dan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

 Sesudah Perang Dunia Kedua Tanah Melayu adalah nadi dan oxygen untuk  kolonial British. Hampir  60% ekonomi British pada ketika  itu beragantung pada getah dan bijih yang dipunggah dari Tanah Melayu.  Perang Kolonia Anti British yang dilancar di Tanah Melayu menggugat kuasa kolonial. Kerana kepentingan ekonomi  British telah meninggalkan pentabiran Tanah Melayu kepada anak didiknya dari United Malays National Organisation.
 
Dalam masa yang sama British masih memiliki Singapura, Sabah, Sarawak dan Berunai.  Tanah jajahan ini kini menjadi talian hayat untuk British. Tetapi ombak nasionalisma sedang membuak dan mengampoh. Di Nusantara  ini ombak Bung Karno dari Indonesia dengan  Perjanjian Bandung 1955 dan semangat Afro-Asia sedang membakar kepulauan Melayu. Gerakan nasionalisma kiri juga sedang mengampoh.

Ingin saya menghitam putehkan disini bahawa ketika Projek Malaysia dirancang  pada awal tahun 60’an oleh kolonial British telah wujud Parti Komunis Kalimantan Utara dengan PARAKU –  Pasukan Rakyat Kalimantan Utara - sebagai sayap gerilanya. Gerila Paraku ini bangun melawan soldadu kolonial British.   Parti Komunis Kalimantan Utara ini berjuang untuk menyatukan  Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang dipanggil Kalimantan Utara.

Perlu juga dihitam putehkan disini bahawa gerakan nasionalisma juga sedang mengampoh di Berunai dan Limbang.  Pada tahu 1962 Parti Rakyat Berunai telah memenangi  54 dari 55 kerusi yang dipertandingkan dalam MMD - Majlis Mesyuarat Daerah. Ini bermakna Parti Rakyat Berunai berjaya mengambil  16 kerusi dalam MMN  -  Majlis Mesyuarat Negeri  (Parlimen Berunai). Ini tidak berlaku. Kemenangan pilihanraya ini tidak diiktiraf oleh British.  Akhirnya Parti Rakyat diharamkan dan pemimpinya ditangkap.  Berunai yang pada awalnya ingin bersama menubuhkan Malaysia kini menarik diri.

Dari Indonesia  -  Bung Karno pemimpin Revolusi Indonesia amat sedar bahawa Projek Malaysia ini adalah projek Britsish. Ini projek untuk memastikan ladang getah, lombong bijeh, bank, syarikat British yang ada di Tanah Melayu dan Singapura akan terselamat dari dimilik negarakan. Projek ini juga adalah usaha kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mengepong Indonesia yang bebas merdeka.
 
Dari segi sejarah ketika  Projek Malaysia ini diwar warkan  ramai rakyat Sabah  dan Sarawak TIDAK bersetuju. Dokumen-dokumen yang dapat  kita baca hari ini membuktikan bahawa ‘pengutan suara’ yang dijalankan Cobbold Comission itu hanyalah gula-gula untuk menipu.

Ahhirnya 49 tahun kemudian saperti Jalur Temberang, saperti Memula Moon, saperti 31 Ogos  - semuanya projek  yang  berasaskan penipuan dan pembohongan katoi.   Minggu ini untuk pertama kalinya 16 September telah diistihar sebagai cuti umum.   Selama 48 tahun  16 September tidak dipedulikan. 

 Dari awal lagi Projek Malaysia ini telah gagal. Berunai tak mahu masuk campur. Singapura tarik diri pada tahun 1965.  Hanya dengan bantuan CIA barulah Sukarno dijatuhkan pada tahun 1965. Ini dengan pembataian hampir 1 juta warga Indonesia.  Dengan jatuhnya Bung Karno barulah United Malays National Organisation dapat meneruskan ajenda 'bossnya'.  Sentimen bebas Merdeka Kalimantan Utara berjaya dibantutkan.

Tetiba minggu ini untuk pertama kalinya warga Malaysia diberitahu tentang wujudnya Batu Bersurat Keningau. Batu Bersurat Keningau ini samalah tarafnya saperti Batu Bersurat Terangganu. Dalam Batu Bersurat  Keningau ditulis jelas 3 persetujaun  warga Sabah untuk bersama mendirikan Malayasia. Pertama – mereka bebas beragama. Kedua - tanah di sabah di kendalikan oleh  kerajan Sabah. Ketiga – adat istiadat Sabah  dihormati.

Kegagalan Projek Malaysia ini saheh terserlah apabila Pakatan Rakyat terpaksa  pula membuat  Deklarasi Kuching.  Deklarasi ini membuktikan bahawa  nasionalisma  Dayak dan Kadazan sedang melonjak naik. Bukan Batu Bersurat Keningau tidak dipedulikan malah balak dan minyak mereka dirembat kering.
 
Untuk saya, Projek Malaysia ini masih dapat  diselamatkan.  Kalau 48  tahun dahulu warga Sabah dan Sarawak telah mengadakan pungutan suara sama ada mereka hendak bersama Malaysia atau tidak. Maka, hari ini secara demokratik rakayat Sabah dan Sarawak wajib dibenarkan hak  membuat pungutan suara sama ada mereka ingin terus  bersama Semenanjung atau tidak.

Saya berkata demikian bukan kerana saya tidak suka Sabah dan Sarawak bersama  tetapi saya mengetahui realpolitik. Saya tahu apa yang terjadi kepada Pakistan Timur.  Saya juga tahu   didalam Perlembagaan Filipina,  Sabah itu adalah sebahagian dari wilayah Filipina. Fakta ini  wajib diberitahu kepada seluruh warga Semenanjung agar ‘orang Semenanjung  tidak lagi berkata – Sabah dan Sarawak masuk Malaysia. (TT)

  
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-22-72-40-45

 



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabah & Sarawak memang negara yang bersetujuk menubuhkan Malaysia bukan negeri atau masuk Malaysia..

Memang untuk membendung komunis yang berada di kalimantan..

Ini memang fakta sejarah yang cuba dipadam oleh gerombolangan warisan british..

Cuba selidik sejarah bagaimana kita boleh ada tanah di london? Bagaimana boleh golongan bangsawan kita pi london macam balik kampung saja.. sedangkan rakyat jerih nak pi sana..

average joe berkata...

Fakta ini wajib diberitahu kepada seluruh warga Semenanjung agar ‘orang Semenanjung tidak lagi berkata – Sabah dan Sarawak masuk Malaysia.(TT)

tambah secawan:

Fakta ini wajib diberitahu kepada seluruh warga Malaysia agar orang Malaysia khasnya Melayu tidak lagi berkata – mahathir dan eee masuk Melayu.

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

BEN berkata...

tambahan...:
sabah dan sarawak masih tidak di iktiraf dalam MALAYSIA...sbg contoh-bila sebut/tulis berkenaan NEGARA UMNO ni mesti adanya ayat ini ; TERMASUK SABAH dan SARAWAK...
....kalau TAK di tipu masuk MALAYSIA pun SABAH n SARAWAK ni cukup kaya untuk HIDUP SENDIRI...

didi kota belud berkata...

barulah kena pada tempat duduk berdiri nya.40 tahun aku hidup,heran ayah ku selalu mencarut pasal umno dari sabah,pasal bn.kini baru lihat realiti itu.giliran ku pulak mengajar anak cucu ku.apa itu real politik.tak ku halal kerja umno ni sampai kiamat.

Tanpa Nama berkata...

tiada agama rasmi di sabah itukahyang korng mahukan
palui,,,

Tanpa Nama berkata...

An eye-opener.
Setuju Sabah&Sarawak diberi kebebasan buat keputusan sendiri. Alang Brunei negara kecik antara mereka berdua boleh hidup sendiri, kaya lagi. Inikan pula mereka yang lebih besar.

Tanpa Nama berkata...

Fakta ini wajib disebarkan untuk anak muda sabah/sarawak yg masih lena bermimpi dan percayakan janji manis BN

Tanpa Nama berkata...

baik sikit ya. duit minyak memang ada pusat ambil.

duit balak tak ada ya.

Tanpa Nama berkata...

Lu mesti anak pendatang ni