Isnin, 8 Oktober 2012

TERKINI - TER NOW! - RAKYAT MEMILIH DASAR ANTI IMPERIALIS DAN ANTI KAPITALIS



RAKYAT VENEZUELA  MEMBUAT PILIHAN TEPAT
DASAR ANTI IMPERIALIS
DASAR  ANTI KAPITALIS
SEMAKIN BERKEMBANG DI AMERIKA LATIN



   CHAVEZ MENANG PILIHANRAYA VENEZUELA - ajensi

CARACAS: Hugo Chavez dipilih semula sebagai Presiden Venezuela selepas menguasai 54.42 peratus undi sekali gus mengetepikan saingan pencabar parti pembangkang, kata Majlis Pilihan Raya Kebangsaan, hari ini.

Bunga api memenuhi ruang udara Caracas sebaik Presiden majlis itu, Tibisay Lucena mengumumkan bahawa Chavez mencapai kemenangan majoriti manakala Capriles meraih 44.97 peratus undi.

"Terima kasih wahai orang ramai!!! Viva Venezuela!!!," kata Chavez yang berjaya melanjutkan penggal enam tahun lagi selepas hampir 14 berkuasa menerusi Twitter.
"Terima kasih Tuhan! Terima kasih kepada anda semua!" - AFP




CHAVEZ:
- banyakkan lagi harta dimiliki oleh rakyat biasa
- negara memiliki lebih banyak kilang dan pabrik
- tambahkan lagi perbelanjawan awam
- banyakkan lagi program kebajikan
- ramaikan rakyat membuat keputusan dalam kerajaan tempatan
- buat dasar luar yang bebas merdeka
- naikkan cukai untuk yang kaya
- pertahankan perubatan percuma
- pertahankan minyak sebagai milik negara
- pertahan pembelajaran percuma

RADONSKI:
- banyakkan penswastaan
- lawan program kebajikan yang menghabiskan duit
- lawan perubatan percuma
- lawan permbelajaran percuma
- kenalkan dasar neo liberal
- kenalkan dasar ekonomi terbuka
- buka pasaran untuk amerika
- kurangkan belanjawan sosial
- kurangkan cukai


RADIO BANGSAR UTAMA
RADIO RESMI HIMPUNAN  BERSIH ROCKS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

For all your raving of the socialist and left and blah, blah, blah, Chavez is the same as any leader in power for so long...that is the Dear Great Leader.

Tanpa Nama berkata...

ekonomi malaysia bukanlah ekonomi kapitalis

kapitalis dan sosialis adalah dilahirkan dari rahim industrilisas yang sama.diciptakan sosialis adalah dari kesan kapitalis.sosialis bagi kemakmuran buruh dan kekayaan tuan tanah bagi kapitalis. macam tepung dan air,jadilah roti,jadilah croissant.bagaimana rasanya; cara adun,sukat air,ramuan apa tambahannya.

tapi malaysia bukan pengamal kapitalis,jauh sekali sosialis.tepatnya ia pengamal feudalis.pemikiran tuan-hamba nampaknya begitu susah dinyahkan walaupun dunia menyaksikan runtuh dan bangkitnya tamadun2 baru.

golongan tuan-tuan ini berasa mereka memiliki apa sahaja yang dilihat,diketahui dan dieja.tanah,air,mungkin juga matahari dan udara jika lambat laun.ini ermasuk juga agama dan sesuatu kaum yang tuan-tuan ini berasal.mata kail kapitalis yang menggoda nafsu serakah kepada wang dan kekayaan tanpa had memburukkan sifat tuan-tuan ini.

kitab2,makalah2,usrah2,taklimat2.apa jua yang boleh dijual akan dijual.sebenarnya,kitab ayat2 suci alquran itu tidak boleh dijual.hukum feqah menyatakan haram dijual-beli.amaran keras tuhan bagi mendagangkan kalamnya yang suci.mandatori.yang boleh diterima sebagai bayaran adalah upah cetak kepada penjual buku2 agama.kerana itu,ada akad yang istimewa bagi membeli kitab suci ini.

apabila tuan-tuan tamak ini masih lagi tidak berpuas hati dgn jumlah jualan yg tidak seberapa,ia akan jerut lagi cara wang yang boleh masuk.apa gunanya kursus kahwin itu?kursus dan latihan ini bukanlah seperti kursus latihan memandu.

pasangan2 muda yang mentah asam garam hidup terjerut.jiwa merunta-runta mahu bersama.masuklah dalam lukah.maka bayarlah kepada tuan-tuan ini.

tidak hairan bahagian halal jakim sudahpun dipisahkan dari jabatan itu sendiri(baca:diswastakan)