Ahad, 25 November 2012

HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE DATARAN MERDEKA - JAM 4:00 BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA






 HIMPUNAN HIJAU BERJALAN
DARI KUANTAN KE DATARAN MERDEKA
SEMUA DI JEMPUT BERHIMPUN 
PETANG INI JAM 4:00 
DI DATARAN MERDEKA



PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
esok sesiapa yang ingin berjalan sama
sila  datang ke markas trabih jam 10:00 pagi
himpunan hijau akan memulalan perjalanan
dari markas tarbiah menuju ke sentul dimana
mereka akan disambut oleh yb tian chua

jam 2:30 petang mereka akan bergerak menuju
ke kuil kampong railway berhampiran sentuk pasar
sesiapa yang ingin berjalan sama sila tunngu mereka

dari kampong railway mereka akan menuju ke maju junction
jam 3:30 himpuanan hijau akan berada di maju junction
sesiapa yang mahu berjalan sama sila tunggu di maju junction

jam 3:30 mereka akan bergerak dari maju junction  
menuju ke DATARAN MERDEKA

4:00 petang mereka sampai ke DATARAN MEREKA
sila berhimpun di DATARAN MERDEKA

 

ANTI LYNAS : AHLI PAS DISERU KE DATARAN ESOK – harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.  Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.

"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas.  Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kumpulan pejalan kaki yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack tiba di Tol Gombak, jam 3 petang tadi sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Selain PAS, turut bersama mereka berarak ke Taman Melewar ialah Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut bersama menyambut ketibaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas, di Taman Melewar.

Malam ini, kumpulan tersebut akan bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka hari ini.




llllllllllll

Tiada ulasan: