Sabtu, 10 November 2012

HINDRAF PART TWO










HIMPUANAN SEJUTA RAKYAT
MENUNTUT 8 TUNTUTAN
DEMO LEBIH BESAR DARI BESAR
LEBIH MEGA DARI MEGA

KOMENTAR TUKAR TIUB
bagus 
terbaik
ini adalah hindraf part two

sebelum pilihan raya wajib banyakan dulu ke jalan raya
ke jalan raya dahulu sebelum ke piliohan raya

belajar dari sejarah
pru12 menang kerana ada demo peguam
kerana ada demo rang asal
kerana ada demo hindraf

jangan lupa sejarah!


300 TIADA IC MAHU DEMO DEPAN JPN 5 

DISEMBER – keadilan daily

PETALING JAYA 9 November: Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.

“Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.

“Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’ ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.

“Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini,” tegasnya.

Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haaa ..takda i.c? betulkah ini? pelik2 m'sia nie sekarang.. nie mcm, macamana nak jadi negara maju? rakyat pun ada yg tarak i.c.. kena buat evolusi total m'sia nie gamaknya..

didi kota belud berkata...

BANTAH BANTAH JUGA...TAPI JANGAN SAMPAI LAGI BANYAK PENGUNDI HANTU YANG MENYUSUP.....JANGAN JADI MACAM SABAH..DEKAT DEKAT PILIHANRAYA SAJA...KAMPUNG TERBAKAR...DEKAT DEKAT PILIHANRAYA SAJA KAMPUNG TERBAKAR...SEMUA DOKUMEN HANGGUS...KENA REPROSES BALIK...TRIK NAK MASUK LINE JPN...ASTRO SAMPAI TAK SEDAR YANG KUMPULAN ZERO RAJALAWAK TU ANAK PENDATANG TANPA IZIN...SAMPAI INTERVIEW BAPA EH PAKAI BAHASA ISYARAT...DAH TU DAPAT NO 2 PULA TU...HAK RAKYAT JATI MALAYSIA DIDAHULUKAN,PENDATANG TANPA IZIN DIKEMBALIIN.....CATU MALAY SIA....