Isnin, 5 November 2012

KUCHING DAN PASAR SATOK





KUCHING OH KUCHING
sekali dalam hidup kita wajib sampai ke kota ini
kota cantik dan hampir dirosakan oleh taib mahmud
tepi sungai yang indah permai kini mula diselirati dengan bangunan tinggi

bulan dua dulu aku disini
aku terperanjat bila melihat ditebing sungai hadapan kota kuching
satu jambatan sednag dibina mengikut lereng tepi sungai untuk
ke bangunan dewan negeri 
satu lagi projek merosakkan alam

RUMAH TAIB
sempat melintas rumah taib
sebelahnya surat diman isteri pertama taib telah ditanamkan
yang kelihatan hanya tembok batu 
rupa bentuk rumah tak nampak
tapi jelas  jurang yang kaya dengan yang papa kedana
cukup menjolok mata

MAKAN 
malam kelmarin makan di restoran tanggung dan bayar sendiri
ada seorang lelaki iban datang dari satu meja ke satu meja
cuba menjual papan alas memotong ikan dan daging
hanya satu sahaja yang cuba dijula
dia membuka harga 15 ringgit
dan turun ke 12 11 hinnga ke 10 ringgit
kayu yang baik tapi aku masih lagi
berjalan - tak mungkin aku membawa 4 kilo kayu ini
ke hulu ke hilir

MEE KOLOK
ini agak spesail
sesiapa datang ke sarawak - miri dan kuching 
wajib merasakan mee kolok
cara pembuatan macam wan tan mee
cuma mee nya agak berlainan

UMAI UMAI
tak aku temui umai di kuching
ada kedai lebanojn tepi sungai
yang jual umai tapi hari ini kedai tutup

MAKAN MALAM
tadi aku masuk makan malam restoran melayu sarawak
betul betul  menghadap sungai
restoran agak chic
bukan ala card tapi nasi campur
ertinya masakan tengah hari
lau aku ambil labu air masak asam
dan terong goreng kicap
HAHAHAH
aku ada membawa petai sendiri
dalam beg aku sentiasa ada petai dan kopi
petai ini aku bawa dari  sibu

ESOOOOOOK PAGI
jam 10.30 aku akan pulang ke sibu
kali ini anik bas
lebih lama
kalau naik kapal ikut jalan sungai dan laut
hanya lima jam
ikut jalan datar jadi 8 jam

aku wajib mengambil jalan ini
sekali dalam hidup
untuk menjadikan aku warga malaysia
kalau danube telah aku lalui
kalau thames telah akum litasi
kalau dajlah telah aku renangi
kalau indua telah aku kencingi
maka rejang wajib aku kasehi
NAIK BAS
aku pernah naik bas
dari pergununag himalaya turun ke rawal pindi
18 jam duduk membakar  punggung diatas  kerusi kayu
aku pernah naik bas dari brusels melintasi peranchis
 ke san sabastian utara sepanyol
12 jam dalam bas yang kerusinya agak empok dan lumayan
aku pernah naik bas dari amritsar ke new delhi
8 jam atas bas

esok aku naik bas sekali lagi
kuching ke sibu

SEKALI DALAM HIDUP 
RASAKAN NIKMATNYA

DI PASAR SATOK
pasar besar hujung minggu
menarik kerana akus empat
membeli ulat mulung 
masih ada beberapa ekor dalam bilik
akan cuba mencari minayk zaiton untuk disimpan lama

6 ulasan:

fatamorgana berkata...

pakcik TT kalu g sibu jgn lupe rasakan roti Kom-pua (roti masyarakat Foochow)yang ada sejarahnya sendiri.paling sedap jual kat SugarBun, tak jauh dari Market.

fatamorgana berkata...

Pakcik TT kalu g sibu jgn lupe rasakan roti KOM-Pua (Roti masyarakat Foochow) yang ada sejarah tersendiri. Paling sedap jual kat SugarBun tidak jauh dari Market

Tanpa Nama berkata...

memang memberahikan sekali gua denagn tulisan TT kali ini.. gua akan sedaya upaya ke Kuching cuti sekolah nanti bawa anak beranak ke Sibu, ke Kuching, ke Miri dan ke Sabah juga...

memang gua stim abes walaupun dah lebih 15x dah gi Borneo, naik Kinabalu 4x dan meletihkan diri dengan kegelapan di gua Niah, Miri... ini yang sungguh stim nak pergi lagi walaupun tahu ianya memenatkan ..

banyak lagi rupanya rahsia alam yang gua tertinggal dan tak tercapai..minyak zaiton tetap kene bawa 1 liter la kalau nak jalan jauh2 gini.. sehari musti 3-4 camcha kene minum.. [ilmu meminum minyak zaitun ni, jangan sesekali kau hajor orang melayu minum minyak ni TT.. dia orang akan boleh ketawa terbahak2 jer dan akhirnya ko juga yang akan diejek2 sbb ilmu melayu tak sampai lagi pasal minum minyak zaitun ni.. blom lagi cerita flaxseed oil dan canola oil lagi.. jangan..jangan... mereka lebih suka ilmu perubatan zionis walaupun tahu meraka sangat2 anti zionis..]

Unknown berkata...

orang kaya, jenjalan je la kejenya...hahha...

Tanpa Nama berkata...

makan ulat umang
otak boleh jadi bangang

Tanpa Nama berkata...

TT tak beli ke gambir sarawak yg dijual di pesisiran air sg sarawak, depan hotel hilton?

sri hartamas