Jumaat, 23 November 2012

TANGKAP DAN DAKWA NAZRI AZIZ - MASANYA TELAH TIBA







DELEGASI PKR SERAH BUKTI BARU KEPADA ICAC UNTUK BUKA SEMULA KES RM40 JUTA MEMBABITKAN DATO’ SERI MUSA AMAN

Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).

Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman.

James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:
1.      Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2.      Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3.      Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman.

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.
  
RAFIZI RAMLI


PENGARAH STRATEGI KEADILAN
22 NOVEMBER 2012


MALAM SABTU INI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow! berasap...

Tanpa Nama berkata...

hahaha..ayuh kita berbongkar!!!! hahaha

didi kota belud berkata...

dari zaman MAHATHIR,ABDULLAH SAMPAI KE NAJIB....lantang bersuara dan nampak ok....rupa rupanya sama...BIAWAK HIDUP JUGA...dah tur boleh kata..."AKU BUKAN LIABALITI, AKU ASET..."...hahahahahaha......seluar dah koyak,tempurung dah pecah.telur tembelang tak tahan,pecah sendiri...baunya sampai ke yong kong...ko jawap lerr....?

Tanpa Nama berkata...

llnanti rumah dan ofis kena pecah sbb ada org nak musnahkan bukti...