SILA DENGAR LAGU
dari
KLIP VIDEO INI
dan
SELAMAT SEJAHTERA
untuk semua
untuk semua
KOMENTAR TUKAR TIUB
mauludul rasul nabi isa ini
adalah hari yang tepat
dimana semua umat manusia
mengucap selamat kesejahteraan untuk semua
tetapi
united malays national organisation
melarang nama tuhan digunakan
hanya united malays national organisation
sahaja yang boleh menggunakan nama tuhan
sedar lah wahai bani melayu
kebenaran bukan milik satu satu bani
kebenaran bukan milik satu satu agama
kebenaran bukan hanya milik yang beragama
melakukan kebaikan bukan hanya ajaran satu agama
tidak ada satu agama yang memonopoli kebenaran
yang tidak beragama pun memiliki kebenaran
yang tidak beragama pun menabur kebaikkan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.
Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
----------
Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
7 ulasan:
sekadar ucapan selamat hari krismas.
Untukku tuhanku, untukmu tuhanmu.
bergumbiralah kamu.
TT..
Hati hati bila menyusun ayat kerana akal manusia amat terhad untuk mentafsir kebenaran yang hakiki..
Beriktikadlah dengan kebenaran agama yang di anuti dengan sebenar benar ilmu..
Kalau orang kata TT pengamal pluralisme nanti lu naik hangin..
Kalau TT celebrate Eid dan Xmas, berat juga nanti kariah nak kebumikan lu kat mana..
Semoga TT ber merry dengan christmas nya!
hanya islam agama yang diterima di cc Allah... Bagiku agamaku dan bagimu agamamu.
Takde masalah kalau kalimah Allah digunakan dalam Alkitab org Kristian. Biarpun diorg pakai nama Allah dalam alkitab, tapi kita masih boleh bezakan cara sembahyang org Islam dan org Kristian. Hanya org jahil agama je yg tak reti beza aqidah dan ibadah Islam dengan Kristian. Itu pasal org2 Islam kena rajin2 pergi masjid tuntut ilmu, byk dgr kuliah agama kat masjid, jgn tercongok je kat TV tgk program realiti TV. Bila dah jahil agama, tu ada org Islam yg takleh bezakan akidah Islam dgn akidah pagan, sampai ada yg pakai ilmu pelaris, ilmu sedut duit, ilmu santau, mintak bantuan 'ulama bunian' nak lariskan bisnes. Kes Mona Fendi sebagai contoh, bagaimana jahilnya agama sesetengah org kenamaan dalam mengejar pangkat. Itu belum lagi yang solat hajat lepas Asar, sah sah menampakkan kejahilan dalam mengamalkan agama sendiri. Kalau kita ada akidah dan ilmu agama Islam yg kukuh, kita akan boileh bezakan antara akidah Islam dan bukan Islam biarpun org kristian pakai kalimah Allah dalam Alkitab.
Ini adalah artikel terbaik oleh TT buat tahun 2012 kerana apa yang ditulis oleh TT didalam artikel ini adalah benar belaka.
Kebenaran bukan milik satu satu bani. Jika ianya milik satu bani sudah tentu bani Melayu memang berada jauh dari kebenaran kerana bani Melayu jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan kaum-kaum lain dalam bab mencari kebenaran.
Kebenaran bukan milik satu satu agama sahaja. Jika kebenaran ialah milik satu agama sahaja, kenapakah umat Islam jauh ketinggalan dibelakang didalam bab mencari kebenaran? Penjual agama dan ularmak macam Harussani dan Hasan Ali mahu copyright kebenaran seolah-olah kebenaran hanya milik mereka sahaja. Jika kebenaran adalah milik hakcipta pengikut penjual agama, mengapakah Internet direka oleh bani bukan Melayu dan bukan Islam? Mengapakah roket, komputer, kereta dan pelbagai alat yang boleh membantu umat manusia dicipta oleh orang-orang dari pelbagai agama atau tidak beragama? Mengapakah ubat-ubatan yang dapat merawati pelbagai penyakit dijumpai oleh orang-orang bukan Islam?
Penjual agama di Malaysia melarang pengikut-pengikut mereka berbuat baik kepada pengikut-pengikut agama lain kerana mereka takut pengikut-pengikut mereka terjumpa dengan kebenaran yang ada dengan bangsa lain dan agama lain. Bila ada diantara pengikut mereka mengucapkan "Selamat Mauludul Rasul Nabi Isa" kepada orang Kristian maka mereka akan mengeluarkan fatwa-fatwi melarang pengikut mereka daripada berbuat demikian dengan ugutan hukuman dineraka seolah-olah siapa masuk syurga/neraka adalah hak mereka untuk membuat keputusan.
Saya dilahirkan didalam keluarga yang tidak beragama. Jadi saya tidak takut untuk membaca berbagai kitab agama kerana saya tidak takutkan kebenaran. Bagi saya, perkara yang paling munafik ialah bila kawan-kawan saya yang beragama Islam mahu saya belajar Al Quran kerana mengikut mereka Al Quran adalah satu-satunya kitab yang benar. Saya sudah membaca Al Quran bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi didalam bahasa Arab juga. Jadi saya tanya kawan saya samada mereka pernah membaca kitab-kitab agama lain? Jawab mereka tidak. Jadi saya tanya mereka jika kamu tidak pernah membaca kitab-kitab agama lain, bagaimanakah kamu boleh tahu Al Quran itu benar? Mereka jawab ustaz mereka melarang membaca kitab-kitab lain kerana takut dipengaruhi oleh agama lain. Sebelum adanya Internet, apa yang umat Islam tahu tentang agama lain semuanya ditulis oleh ulamak Islam. Perkara buruk tentang agama lain semuanya datang daripada apa yang ditulis oleh ulamak Islam. Bukannya datang dari hati yang ikhlas untuk mencari kebenaran.
Bagi saya, mereka ini yang takut untuk mengkaji kebenaran yang ada didalam agama-agama lain adalah bagaikan makcik dan pakcik FELDA yang hanya membaca UTUSAN MALAYSIA sahaja dan takut nak membaca MALAYSIAKINI, THEMALAYSIANINSIDER, FREEMALAYSIATODAY dan TUKARTIUB. Penjual Agama yang melarang pengikut mereka mengkaji kitab-kitab lain boleh disamakan dengan ahli UMNO yang memaksa orang ramai membaca Utusan Malaysia sahaja dan melarang orang ramai membaca media lain.
pembaca TT yg budiman nak tanya sikit ... sbb ada kemuskilan nih:
1. antara nabi isa ngan nabi muhammad ketika mereka dimuka bumi ini ada tak mereka membunuh manusia lain?
TT, masa saya kecik2 dulu, saya mati2 ingat Tariq Aziz, mantan Timbalan Perdana menteri Iraq masa zaman Saddam Hussein (1979-2003) ialah seorang Islam kerana dia pakai nama macam org Islam, bukan pakai nama Kristian spt Michael, Antonius, George, dsb. Lama2, baru saya tahu yg Tariq Aziz ni ialah seorang penganut Kristian dan merupakan satu2nya menteri Saddam yang beragama Kristian. Saya terkeliru dgn agama anutannya sebab dia pakai nama macam org Islam, tapi tekdelah sampai saya tukar agama ke Kristian. Berdasarkan logik ni, kalau org Kristian pakai nama Alah dalam Alkitab sekalipun, org Islam mungkin mula2 akan rasa sedikit keliru kerana mereka guna nama Tuhan yg sama spt org Islam, tapi ia takkan sampai menjadikan seorg Islam tu murtad sebab banyak perbezaan antara Islam dan kristian yg mereka boleh perhatikan. Oleh itu, saya rasa takde sebab untuk kerajaan nak larang guna nama Allah dalam Alkitab.
Catat Ulasan