SEMOGA KITA SEMUA
DAPAT BERHIMPUN
DAPAT BERHIMPUN
PADA
12 JANUARI DI KUALA LUMPUR
PERUTUSAN HARI NATAL DARI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat Kristian di Malaysia! Moga musim perayaan ini membawa keharmonian, kebahagiaan dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Natal adalah masa untuk bersama keluarga dan masa bersama dengan orang yang tersayang. Marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.
Masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara kita. Hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi. Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.
Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua.
Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
Kuala Lumpur
------
5 ulasan:
tt..gua bru plg sbahyang dri greja. smasa dlm greja padri tengok gua buka lu punya blog dri gua punya samsung...dia tanya sapa punya blog? gua jwb tukar tiub dia terus sebut lu punya nama. brutal la lu tt...padri pun follow lu punya bloggg...
1.ginilah bhaiii!!ko pun dah senja!!bila-bila masa pun ko boleh mati!!ko pi lah belajar agama kat nik azizka!hadi awangka!harun dinka dll!siaan kat ko!!
2.ko ni dah lah susah masa dok atas dunia!!merempat sana-sini!berkelana sorang diri!!kawan-kawan ko yang sama-sama kat UM dulu naik merc!!ko jalan kaki jee!!takut diakhirat nanti ko dapat susah pulak kat neraka bhaii!!
3.puak-puak kapiaq tu tak palah bhaii!!dunia ni macam syurga depa!!sebab depa akan masuk neraka nanti!!yang ko ni gayanya hidup susah memanjang bhaii!!
4.siannn kat ko bhaii!!orang islam belajaq agama kat tok guru!!ko belajaq agama dari guan eng!!siannnn kat ko!!
p/s nasihat ni tak berkaitan dengan pegangan politik bhaii tapi atas dasar kesiaann kat ko bhaii!!
Woi hisham! Gua nk masukkn lu dlm senarai poyo tahun ni. Sebab ape? Sebabnye dulu lu kate dlm blog ni takde, tan sri, puan sri, datuk sri, datin sri, tiang sri n ape2 kejadah lg tu. Lu nk letak nama terus je. Tapi skrg dh ade plak! Baik lu check n betulkn. Klau tak lu lah gua letak senarai paling poyo tahun ni.
Anti poyo
Ikut dia r nak belajar agama dgn sape.. Tinggi ke ilmu mu nk hukum tt... Jgn babit hal sosial dia... Mu tau ke psl hukum. Duk hina keji tt... Mu ni mulia sangat ke... Ilmu Iman di dada dpt berapa A ... Insaflah.. Tanpa nama. Kita bukan Maksum... Allah Penentu.....
bhai!! bhai!! nk jual karpet kt tmpt laen buleh. . . .kiteorang xnk la. . .yg meyalak xtentu pasal nape.. . . ko jeles blog ko xlaku. . keh. . keh. . klu tt susah ko tolong la dia. . klu da senja kp tgharikanla dia. . .klu die jln kaki ko tumpangkan la dia. . .yg jd masalahnye bile ade org mcm ko. . .nk pakse!!pakse!! org idup senang. ..idup kt dunia ader pilihan so ko respakla la ngan pilihan org. . .jgn asek nk suruh owg bli karpet ko. .bhai!!bhai!!
Catat Ulasan