Rabu, 7 November 2012

HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - 12 JANUARI DEPAN


10 RIBU KALI  
RAMAI DARI DEMO INI





PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

bersedia untuk turun ke kuala lumpur
sila ambil cuti
sila tempah hotel
sila tempah tiket bas
tiket keretapi
tiket kapal terbang

sejuta kita berhimpun di kuala lumpur
menuntut hak kita
bersih dengan lapan tuntutan
gmi - mansuh kan isa
himpunan hijau - batalkan lyans /pengerang/bukit koman
smm - belajar percuma
dan dan dan....

semua turun dengan kemarahan
semua turun dengan tuntutan
semua bangkit melawan

kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya

satu juta adalah kita membuat sejarah 


NOTA:
ini himpuan lebih besar dari besar
ini himpunan lebih mega dari mega
ini himpunan ayah babak dan ibu datuk nenek kepada demo

sejuta kita membuat sejarah


SEJUTA KEMUNCAK HIMPUNAN 

KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI – keadilan daaily

KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan.

Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah.

“(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun.

“Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium,” katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu.




Tiada ulasan: