Selamat Hari
Deepavali!
Bagi pihak Parti
KEADILAN dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali
kepada rakyat Malaysia yang merayakan hari ini, baik yang beragama Hindu, Sikh
dan Jain. Deepavali, atau singkatannya Diwali, bermaksud ‘sebarisan pelita’ –
suatu simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan.
Selari dengan
semangat perayaan ini, ingin saya seru rakyat Malaysia untuk mengingati mereka
yang sedang menghadapi ‘kegelapan’ dalam hidup masing-masing.
Apabila anda
menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda
mengingati Puan Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang
telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan. Tatkala anda menjamu
laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Puan Suppama yang dinafikan bantuan
kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih.
Dikala kita
menyambut hari perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, masih terdapat ribuan
penduduk berketurunan India yang masih tidak diiktiraf status kewarganegaraan
mereka; antara ribuan ini, seramai 1,758 dari mereka telah membesar di
rumah-rumah kebajikan yang dibiayai kerajaan, dan mereka kini tiada kerakyatan
dan tiada dokumen pengenalan untuk membuktikan bahawa mereka rakyat asal Malaysia.
Deepavali dari
segi spiritualnya meraikan cahaya – meraikan kebaikan yang wujud dalam hati
setiap insan. Diwali merupakan suatu kemenangan atas segala kegelapan – baik
yang lahir dari kejahilan dan prejudis, mahupun penganiayaan yang membabitkan
seluruh masyarakat.
Bersempena hari ini, ingin saya mengingatkan
diri saya serta rakyat Malaysia bahawa perjalanan kita masih jauh, dan
perjuangan kita terlalu hampir untuk kita pandang leka. Biarlah cahaya
kemenangan itu bangkit semula, dan biarlah ia terus menerangi perjuangan kita
rakyat Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
KITA ULANGI LAGI PADA 12 JANUARI
LEBIH BESAR DARI BESAR
LEBIH MEGA DARI MEGA
5 ulasan:
bagiku agamaku
bagimu agamamu
Tak ada kojo lain ke hisham...ekau dapat duit..orang biaso dapek apo?
Lobih baik den niago tolong bangso den kojo
agama itu agama dan berniago itu berniago...kalau tak pernah di kejar internal security act...baik diam....!!!!!! kerana komen anda unrelevan...!!!
Didi, orang perlukan agama untuk bekerja supaya kerja dengan amanah. :)
YAAAAA BETULLLL.....ITULAH YANG BETUL.....? KALAU CAKAP MACAM TU DARI TADI KAN SENANG SETTLE.....AMANAH.....CEKAP DAN BERSIH....SATU SAJA YANG MAHATHIR TERRER PRAKTIKAN....CEKAP.....CEKAP BENOR MAMAT NI MEREMBAT,,,JANGAN MEMAIN ...DIA GURU DALAM BIDANG CEKAP NI.....TAK CAYA TANYA ROSMAH....DIA BATCH PERTAMA KELAS MADEY...KETUA KELAS PULAK TURRRR.....???
Catat Ulasan