HAMPIR setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan sama ada saya bertanding dalam PRU ke-13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.


Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai  yang ingin mengetahui arah tuju kerjaya politik saya.

Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat.

Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kaca mata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanah air.