Sabtu, 9 Mac 2013

LAGI HARTA RAKYAT KENA REMBAT





HENTIKAN PENSWASTAAN PINTU BELAKANG GLC KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Saya sertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada YBhg Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).

Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya oleh whistleblowers dan berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.

Saya khuatir ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Saya mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan menghentikan penjualan ini serta-merta. Saya juga melontarkan cabaran kepada Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yang rata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.  

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI 
8 MAC 2013 

MUKA LANUN SELANGOR
----------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hoi! hoi ya hoi!
hoi! hoi ya hoi!
Hoi! hoi ya hoi ya hoi ya hoi!

Kita semua gembira
hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uwang berjuta
intan permata

Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera

Hoi! hoi ya hoi!
hoi! hoi ya hoi!
Hoi! hoi ya hoi ya hoi ya hoi!

Tanpa Nama berkata...

Kena ingat TT,ini bukan Syed Mokhtar yang rembat.Syed Mokhtar tu cuma barua saja.Yang sebenarnya yang merembat harta negara ni adalah Madey keling pariah anak haramjadah babi tu....

Tanpa Nama berkata...

Nak jaga pekerja ctrm?
Korang kena buang tahi-tahi besar dalam ctrm dr ceo sampai ke ketua seksyen.
Juga kena lihat lakonan antara ctrm dan 1 entiti kerajaan.
Belakang depa buat projek mengkaya diri sendiri.
Tanya pekerja2 ctrm yg jujur dlm menjayakan ctrm.
Bila yg telus reject keputusan, kena anti kow2.
Entiti kerajaan tu wakilnya baru dapat datuk cam shah rukh khan tp guna kapasiti ctrm a.k.a kowtim ceo.
Bekas2 tentera lah katakan.

Tanpa Nama berkata...

syed mokhtar ni bila lu nak iktiraf sebagai lanun bro? gua nampak syed mokhtar ni pun tetiba jugak jadi melayu bangla mana entah..

geng2 director memang la suka syed mokhtar ambil alih.. duduk dalam gomen, tak dapat gaji tinggi2 sangat dan bonus rembat pun tak banyak.. masuk swasta kalu.. hoho... jadi kayaraya mcm wahid maybank lol.. jadi ceo makan keliling.. masa TM dulu pun rembat kow2.. skrg dalam maybak pulak, kumpul kow2 lagi.. inilah contoh melayu koporat-keparat ni... masa untung, dia mengaku dia pandai, masa rugi gomen bailout.. gua pun pandai jadi ceo kalo camni..

Tanpa Nama berkata...

nasib baik bini tak bole nak swastakan. kalu boleh swastakan, dah lama dah lama dah dia swastakan

Tanpa Nama berkata...

Nanti mcm biasa la keluar kat peper ctrm lugi...itu sebab mau kasi penswastaan....beli pun boleh dgn harga murah

Tanpa Nama berkata...

Tak baik kata gitu kat tokey air tu! Nti dia kencing kat dalam tangki baru kita semua tau betapa hebatnya dia!!!

Tanpa Nama berkata...

Democracy is impossible in a capitalist system. Capitalism is the realm of injustice and a tyranny of the richest against the poorest. Rousseau said, 'Between the powerful and the weak all freedom is oppressed. Only the rule of law sets you free.' That's why the only way to save the world is through socialism, a democratic socialism... [Democracy is not just turning up to vote every five or four years], it's much more than that, it's a way of life, it's giving power to the people... it is not the government of the rich over the people, which is what's happening in almost all the so-called democratic Western capitalist countries.

Tanpa Nama berkata...

that true tanpa nama 9 mac 2013 11:24ptg. back in zaman nak memerdekakan tanah melayu pun ramainya org2 yg berfikiran socialis. mereka berjuang atas idea socialis. tapi people kat malaysia nie bebal. tak mahu membaca. so senang kena tipu. berpuluh tahun kena tipu. nasib la sekarang tersedar.