Sabtu, 9 Mac 2013

NAJIB BAWA SUWEY KEPADA RAKYAT SABAH




SANDIWARA 
UNTUK LUPAKAN
KES NAJIB
TINDAKAN DAN KEPUTUSAN PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB MENJEJASKAN

OPERASI & KEDAULATAN NEGARA

Saya merujuk kepada dua laporan dan kenyataan berasingan yang

dilaporkan di Malaysia dan Filipina semalam yang memberi kesan besar
kepada kedaulatan negara, disamping memberi gambaran beberapa tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah memburukkan keadaan.



Kenyataan Dato’ Seri Najib yang mengakui bahawa pentadbiran beliau
hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan orang
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh mengesahkan keraguan dibanyak pihak sebelum ini bahawa beliau mengambil masa yang terlalu
lama untuk berunding dengan penceroboh Sulu.



Kenyataan beliau itu disiarkan semalam (7 Mac 2013) di dalam Buletin
Utama di saluran TV3. Beliau secara jelas mengakui bahawa tindakan
ketenteraan hanya diambil setelah anggota keselamatan kita terkorban.



Sebab itu, KEADILAN berpendapat adalah wajar sekiranya seluruh operasi keselamatan di Sabah kini diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan dari pimpinan politik. Ini untuk mengelakkan berulangnya salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila tindakan ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban setelah rundingan yang berpanjangan tidak membuahkan hasil.



Untuk menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada kepimpinan ATM dan PDRM yang lebih arif, supaya mereka dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat tanpa terlalu terikat dengan keputusan politik.



Saya juga benar-benar khuatir dengan kenyataan yang dibuat oleh Rene Almendras, Setiausaha Kabinet Filipina yang dipetik oleh Philippine Daily Enquirer (yang kemudiannya turut dilaporkan oleh laman The Malaysian Insider bertarikh 7 Mac 2013 bertajuk “Putrajaya, Manila Offered Sulu Gunmen Exit Passes”).


JENERAL INI KATA
SEMUA INI
ANGKARA MADEY

Laporan itu memetik pengakuan Setiausaha Almendras bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.



Lebih membimbangkan, laporan itu turut menyebut persetujuan
pentadbiran Dato’ Seri Najib untuk membuka kembali soal tuntutan
terhadap Sabah yang dibawa oleh penceroboh Sulu.



Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara.



Bukanlah hak Dato’ Seri Najib untuk membuat keputusan
sewenang-wenangnya untuk merundingkan kembali kedudukan Sabah di dalam Malaysia dan tuntutan yang dibuat oleh penceroboh. Hak itu adalah hak rakyat dan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara sekeras-kerasnya, apatah lagi dalam kes yang melibatkan pencerobohan terang-terangan seperti yang berlaku.



Malah, tawaran untuk penceroboh Sulu meninggalkan atau menyembunyikan senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan pencerobohan sedemikian rupa. Ini akan menjemput lebih banyak pencerobohan di masa hadapan, apabila penceroboh boleh menyusup masuk dan mengambil semula senjata-senjata yang disembunyikan.



Perkembangan-perkembangan ini memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusan yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib dalam menangani peristiwa pencerobohan ini. Masa yang terlalu lama diambil untuk berunding, ditambah pula dengan terma rundingan yang menjejaskan kedaulatan negara, sedikit sebanyak menjejaskan keberkesanan operasi menggempur penceroboh apabila pihak keselamatan diarahkan mengambil tindakan setelah rundingan gagal.



Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab
persoalan ini di dalam satu siding khas Parlimen mengenai pencerobohan di Sabah. Jika beliau terus mengelak, maka keraguan di pihak rakyat yang tertanya-tanya kenapakah krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas dan cepat akan terus berlegar.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
8 MAC 2013



----

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar anggota polis telah terkorban dan ada yang cedera di Lahad Datu dan Semporna. Kematian dan kecederaan mereka adalah fakta dan bukan sandiwara!

Tapi mengapa pengganas Sulu itu datang ke Sabah? Inilah persoalannya.

Penduduk tempatan sebenarnya tahu peristiwa serangan pengganas Sulu ini ada hubungan dengan Mat Bom yang menjadi Ketua Umno Kampong Sungai Nyamuk. Orang inilah yang menjemput pengganas Sulu itu datang ke Lahad Datu. Mat Bom ini mendapat kad pengenalan Malaysia melalu projek I/C Mahathir!

Sebabnya? Beliau telah kalah kepada Felda dalam perbicaraan di mahkamah berkaitan tuntutan tanah. Berdasarkan laporan Harian Metro 8.3.2013, Mat Bom telah pun ditangkap semasa menyamar sebagai penduduk kampung pada 7.3.2013 lalu. Tapi anehnya berita ini seperti digelapkan!

Jadi bagaimana dengan anggota polis kita yang terbunuh dan cedera angkara pengganas Sulu ini? Apakah mereka menjadi korban pihak berkenaan yang tidak bertanggungjawab? Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya!

Orang Sabah

WanMalaysia berkata...

Soon as the crisis at Lahad Datu in Sabah is in hand. Najib must immediatelly resume the hearing, exposing wrong doings & further empowering the RCI on "Project IC" in order for him to declare success and glory for BN. The rakyat & international communities are watching. The rakyat are not fools.
Any further political game from BN to delay the RCI and continue enforcing 'emergency' to certain areas will certainly erase the efforts of our galant arm forces and the 8 lives taken away from us will be in vain.
Dear PM Najib the ball is still in your court. The victory will be a hollow one.

Tanpa Nama berkata...

"tawaran untuk penceroboh Sulu meninggalkan atau menyembunyikan senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan pencerobohan sedemikian rupa"

The 8 galant lives of our fallen arm forces willjust be in vain. All in the name of the game played by Mahathir, Najib and UBN.

Tanpa Nama berkata...

Many Sulu already have MyKAD and they may heve brought in an arms to Sabah decades ago.. Maybe some of them already have high ranks as government servant..

So we may have civil wars in Sabah.. and government may fighting with their own "citizen"..

War in Sabah is just first steps.. many will follows..

Tanpa Nama berkata...

menunjukan kelemahan negara pada dunia.. welldone! sandiwara-mu, sandiwara-ku jua.. ini kali laaaaa!!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Amender perana menti ni....jadi ketua askar..curi duit kapala selam..jadi perana menti..jadi menti keluangan...curi lagi...amender...keturunan pencuri ke erk dio ni...aku hilang stim...amender lerr...lain kali ...mana menteri yanv besa masuk taman taman pasung kat melisia nilah kita angkat julang jadi menti...ini anaka emas punya pm. Niiiiii....celik celik je terus jadi pm...tak kuat jiwa ler lu majid......lu tak faham jiwa ler luuuu ukkk...lu jiwa kacau le mijad....mai stim ngan aku lagi syok...jo kita hisap candu taik lembu...setim. gua cekap lu...amenderlah....takut bini dah tu rajin pulak mencuri duit tresury...gua tak tiduh...gua tukang petik je...amender lu mobij