MANIFESTO UNTUK SEMUA RAKYAT, DEBAT MANIFESTO DEMI RAKYAT
Manifesto Rakyat yang diluncurkan minggu lepas zahir kepada iltizam Pakatan Rakyat demi melaksanakan agenda perubahan di negara ini. Peluncuran manifesto tersebut adalah tuntas dengan ikhtiar Pakatan Rakyat selama ini yang senantiasa mengemukakan saranan serta kebijakan segar dan cergas.
Alhamdulilah maklum balas yang kita terima sangat memberansangkan. Saya menerima secara terbuka cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk memperkemaskan lagi manifesto itu, selagi ia tidak mengubah prinsip dasar Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman dan mengangkat tata kelola, amanah dan keadilan untuk rakyat.
Alhamdulilah maklum balas yang kita terima sangat memberansangkan. Saya menerima secara terbuka cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk memperkemaskan lagi manifesto itu, selagi ia tidak mengubah prinsip dasar Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman dan mengangkat tata kelola, amanah dan keadilan untuk rakyat.
Saya mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri pelbagai pandangan yang diutarakan, disamping menjelaskan beberapa perkara. Misalnya, pertemuan dengan wakil-wakil badan yang mewakili orang berbeza upaya menguatkan persefahaman bersama mengenai program-program khusus untuk mengangkat martabat dan menjaga kebajikan mereka.
Saya juga banyak berbincang dengan pimpinan masyarakat India sejak seminggu lalu untuk mengambil kira pandangan mereka. Saya telah mengulangi pendirian mengenai perkara-perkara besar yang melibatkan masyarakat India seperti berikut:
1. Masalah kerakyatan yang kebanyakannya melibatkan rakyat Malaysia dari kaum India di samping kaum-kaum lain di seluruh Malaysia akan diselesaikan dalam tempoh 100 pertama pentadbiran Pakatan Rakyat di Putrajaya;
2. Program khusus untuk menyediakan latihan teknikal yang digabungkan dengan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda lepasan sekolah dengan sasaran utama kepada anak-anak miskin. Masyarakat India akan mendapat manfaat utama dari program ini untuk membasmi kemiskinan dan menaiktaraf kedudukan sosio-ekonomi;
3. Pakatan Rakyat akan memastikan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjadi sekolah bantuan penuh agar kemudahan infrastrukturnya setanding dengan piawai pendidikan nasional. Pengiktirafan ini dimuatkan secara jelas di dalam Manifesto Rakyat;
4. Reformasi institusi Polis diRaja Malaysia (PDRM) yang disebut di dalam Manifesto Rakyat turut melibatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengurusan dan Perlakuan Polis (IPCMC); dan
5. Peranan Perbadanan Perumahan Negara yang bakal ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat untuk membina rumah-rumah rakyat akan mengambil kira keperluan mendesak rumah-rumah mampu milik bagi bekas-bekas pekerja estet di seluruh negara.
Kesemua perkara ini sudah pun terkandung di dalam Manifesto Rakyat yang dibina di atas semua dasar-dasar dan pengumuman yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat. Pun begitu, untuk menguatkan lagi komitmen Pakatan Rakyat, perkara-perkara ini akan disebut secara jelas di dalam Manifesto Rakyat edaran umum, seperti mana juga beberapa perkara melibatkan kumpulan lain yang mengutarakan pandangan kepada Pakatan Rakyat.
Saya mempertahankan pendekatan berdasarkan keperluan (needs based approach) kerana setiap program perlulah dilaksanakan kelak secara berkesan. Demi menjamin keberkesanan dan kejayaan program-program rekayasa nasional yang digariskan di dalam Manifesto Rakyat, kita memerlukan sokongan setiap kumpulan masyarakat.
Contohnya, pelaksanaan Skim Perantis Rakyat akan melibatkan puluhan ribu majikan di seluruh Malaysia yang dijemput kerajaan menyertai skim penempatan anak muda lepasan sekolah bagi tujuan latihan teknikal di premis milik mereka. Majikan ini akan bekerjasama dengan kerajaan melatih anak-anak muda mengikut piawaian kemahiran teknikal kebangsaan.
Perkongsian pintar ini membolehkan majikan mendapat khidmat tenaga kerja tempatan pada kadar yang lebih murah kerana kerajaan menyumbang sebahagian besar dari kos penggajian sepanjang tempoh latihan. Kerajaan pula mempunyai platform untuk melatih puluhan ribu anak muda sebagai program teras memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah, disamping meningkatkan guna tenaga anak muda di dalam ekonomi.
Program sebegini memerlukan majikan dari pelbagai sektor dan pelbagai kaum menyertai skim secara terbuka dan berlapang hati menyumbang atas semangat khidmat nasional. Jika program-program seperti ini dirangka mengikut perspektif perkauman, ia akan serta-merta mengenepikan penyertaan kumpulan-kumpulan tertentu kerana ia dilihat khusus untuk kaum tertentu sahaja.
Kegagalan banyak program yang dijalankan oleh Barisan Nasional ialah kerana ia tidak mendapat sambutan dan kerjasama yang meluas apabila setiap program dikhususkan mengikut kaum.
Sebab itu, saya pertahankan pendekatan berdasarkan keperluan kerana hanya program-program seperti itu yang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Serangan dari Barisan Nasional masih berkisar kepada propaganda lapok yang menghamburkan angka-angka tidak tepat untuk mengelirukan rakyat. Misalnya, Barisan Nasional mempersoalkan kewajaran mengambil alih lebuhraya untuk membatalkan tol, sedangkan peruntukan yang mereka telah gunakan setakat ini untuk BR1M1 dan BR1M2 telah melepasi jumlah RM6 bilion setahun yang diperlukan.
Saya mengingatkan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat telah membentangkan secara telus analisa kira-kira kewangan yang diperlukan sebanyak RM45.75 bilion untuk membiayai kesemua program Manifesto Rakyat. Makanya, wajarlah Barisan Nasional juga memperincikan analisa kira-kira yang mereka gunapakai untuk menyokong tuduhan mereka, supaya rakyat dapat membandingkan kedua-duanya.
Saya sedia maklum bahawa Najib Tun Razak sendiri akan memberikan bidasan-bidasan beliau terhadap Manifesto Rakyat. Saya percaya rakyat lebih gemar jika bidasan-bidasan ini diberikan secara langsung di dalam satu perdebatan dasar, bukannya bidasan bersembunyi seperti yang selalu dibuat oleh beliau sebelum ini.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA
POSTO UNTUK
FIKRAH MELAWAN
UNTUK LATIAHN BERFIKIR
UNTUK ANAK MUDA
COUNTER CULTURE
COUNTER CULTURE
4 ulasan:
Mungkin idea saya ink ketingalan atau tidwk rasional.apa kata saya cadangan sebuah siistem dibuat untuk orang kurang upaya...dimana pengangkutan mereka dibiayai dengan subsidi oleh kerajaan tak kiralah 50 % ke 60% ke dan selebihnya ditanggung oleh pemain industri pengangkutan.saya bagi contoh.katakan satu teksi menghantar OKU dari brickfield ke cheras dan tambang nya adalah rm.8.00.mereka hanya perlu bayar rm.3.00 saja kepada pemandu teksi dan pemandu teksi bolehlah mengambil baki bayaran di kaunter kewangan yang diberikuasa dimana OKU tadi berdaftar tetapi haruslah disertakan bukti gambar.resit dan apa yang difikir sesuai.idea ini sudah lama saya fikirkan...semoga ianya dapat membantu para OKU.sekian.
SYABAS KAWAN.. IDEA YG BOLEH DIGUNA PAKAI.. RAKYAT KEPADA RAKYAT..
Kenapa dalam POSTO edisi yang aku beli,perkataan "Merah" dalam judul "Imigran,Rumah Merah dan Brickfields tu ditiadakan?,jd nya sekarang tajuk dia hanya "Imigran,Rumah dan Brickfields" je?,tak kan perkataan "Merah" tu kena sensor kot?..
BN prnah kata manifesto PR akan membankrapkan negara right? Tapi skrg mereka keluarkan manifesto2 yg byk kesamaan dgn PR, even ada yg better. Tapi apakah logik dibuat manifesto yg di dlm kefahaman mereka ianya boleh membankrapkan negara? Tdkkah ia menunjukkan bhw secara kasarnya mereka bersikap "ah! bankrap pun bankraplah asalkan menang". Disini PR is different sbb mereka buat manifesto tu dgn kefahaman ianya tdk akan membankrapkan/memudaratkan.
Manifesto BN pun actually baik juga...No denying at all. Tapi ianya ibarat apabila org dah tender dari sesuatu syarikat utk bekerja di syarikat lainlah ni...org dah nak pindah baru nak bagi better offer. Tapi biasanya org akan move jugak kepada majikan baru sebab majikan sedia ada ambil kesempatan diatas loyalty kita dan tak appreciate, even earlier they actually know that we deserve to get better. Dgn kata lain rakyat sebenarnya dah lama berhak mendapat manifesto2 tu Simple analogy.
Catat Ulasan