Rabu, 10 April 2013

MALIKUL SEMBAB TAK SABAR NAK TENDANG NAJIB



JAM 4:00 PETANG
TV BANGSAR UTAMA


MUHYIDDIN YASSIN TIDAK FAHAM 
STRUKTUR CUKAI KERETA

Kenyataan Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.
 
Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.

Sebab itu, apabila Muhyiddin Yassin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.

Makanya, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:
1.      Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau
2.      Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta

Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan  Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS



------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya bukan Wak Sembab tak paham. Tapi dia tahu yang BN tak kan turunkan harga kereta kalau menang.

Tanpa Nama berkata...

org mcm ni pun ada ati nk jadi piem...gi kuruskan sket la muka yg sembab tu, baru otak jadi cargas!

Tanpa Nama berkata...

Interest finance pun kena review gak.....betul2 cekik darah bhai.....

Tanpa Nama berkata...

suruh ank TPM yg jadi artis nyanyi lagu barang naik..pastu pakai seksi2 agar x sesat...huhuuuhuhuhuh

Tanpa Nama berkata...

bro, jgan pakai font san-serif la. sakit mata nak baca. Font ni khas utk media cetakan. ;)

DIDI KOTQ BELUD berkata...

Macamana buli jadi menteri pelajaran...bukan ada pelajaran dia ni...kalau di papuanew guene ni...harga dia ni satu ikur babi saja ni.....menyumpit pun indak pandai...macammana mahu hidup...kelaparanlah qnak anak.....