Rabu, 19 Jun 2013

KALI INI DEMO JANGAN PULANG :PULANG



NOTA
anak anak muda bising
demo dah jadi ceramah
demo dalam stadium

kali ini demo kembali ori

mana mamat yang selalu heboh
mana  mamat yang selalu bising
mana mamat kaki komplain

sila turun
bukan turun seorang diri
turun dengan 100 orang kawan kawan

bukan bawa seorang diri
bawa khemah

berdemolah puas puas
hinngga hari raya7

PAK SAMAD: BERSIH KE JALAN RAYA

Pengerusi bersama Bersih 2.0 itu juga turut menyarankan kepada penyokong-penyokong mereka agar beramai-ramai menghadiri perhimpunan #Black505 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun.
“Kita menyarankan, ataupun merayu supaya ahli-ahli lebih banyak untuk menyertainyalah.
“Kalau Ambiga sendiri sudah kata turun ke jalan raya, jadi kita turun ke jalan rayalah,” kata beliau merujuk kepada seorang lagi pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.


----------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

demo sampai raya ke 7?? siut je...tu perli gua ngan ramai lagi sahabat pembaca hardcore TT yang juga pendemo veteran..sebiji tepat tang dahi! kahkahkah

eh, lu nanti pilih starting point mana, Sham? Brickfield ke? nanti gua jumpa lu sana la.lu tolong sain gua nye buku TPTJ, nanti esok2 gua nak try jual kat ebay! kahkahkah....

Tanpa Nama berkata...

tt.. turun demo bersama ilmu.. jgn demo sembrono.. jika dpt kumpul 100 org bermakna grup ni sudah ada 10 org dijadualkan bertahan seminggu.. next week kene datang grup kedua pulak.. next of the next week, datang pulak grup ketiga.. grup yg tak datang tu, kene ready supply barang makan dan tukar pakaian dan wang saku dan apa2 keperluan utk yg sedang dlm duty berdemo.. tapi nak kumpul 100 org sekapla sama gua.. yg sporting nak turun ikut turn, tu yg payah tu..

Unknown berkata...

ade makan sekali ke tukar tiub..hehe..x kerja nie

bumi-non-malay berkata...

yah...bawa makanan, air untuk sehari...bawa 2 litre air....snak cabahydrate tinggi dan protein tinggi...Jangan bimbang bawa selimut payun...BINA rumah ATAP.....OCCUPY sampai Kekejaman UMNO-PDRM di siarkan KE DUNIA....

When Injustice becomes Law, RESISTANCE is duty...

Turun untuk kutuk KEZALIMAN Zahid Hamidi, Polis......SPR...semua Celaka UMNO-BN

Tanpa Nama berkata...

"..kali ni demo jangan pulang pulang.."haiei!!macam dah tahu nak kena rembat kat pak polisi aja!!janganlah camtu!!kita orang dengan degilnya nak hak kita orang balik,tak akan nak melutut lawan tetap lawan.kenapa pulak kita orang yang menuntut hak kena "jangan pulang pulang"pulak,yang kena jangan pulang pulang tu orang yang merampas hak kami.merekalah yang lebih afdal jangan pulang pulang terus masuk jail.

Tanpa Nama berkata...

betul tu, nanti BN tumbang, penyokong BN pulak demo tak balik rumah sampai kerajaan PR tumbang, lepats tu, penyokong PR pulak berdemo, sampai BN tumbang, lepas tu penyokong PR pulak demo sampai PR tumbang, ntah sampai bila nak habis..
Yang rugi rakyat, yang untung pemimpin2 parti semakin kaya tak kira pihak PR atau BN

Wan berkata...

demo lah korang puas2.. jangan pulang2..tinggal kn anak bini.. tinggalkn kerja.. tinggalkn serba serbi semata-mata demo.. pemimpin korang yang atas2 tu sedap2 duk rumah, baring2 atas tilam yang empuk, main dengan anak & cucu, makan minum sedap2 kat rumah, etc..

demo lah..
demo lah..
demo lah..

Azlee berkata...

Takdak makan minum elaun mintak maaf lah.. tak dapat turun.. ada tanggungjawab pada keluarga, amanah majikan, bayar hutang bank, dan sebagai lagi..

Tanpa Nama berkata...

Harap kali ni biar la teratur sikit.. jgn penting diri. bantu kwn2 sama. ni dok seronok2 tapi warga emas takda sapa nak tolong.. kesian plak tengok.

Tanpa Nama berkata...

TT tolong suruh anak muda jagn datang bawak telor je...Bawa sekali papan dam,batu seremban,konda kondi,main teng teng,gelang getah,racket bedminton,congkak,main guli,pistol air,kereta control,helicopter control,gitar,dll...