Jumaat, 28 Jun 2013

KENYATAAN ANAK MAHASISWA


SMM Tetap Mahu SPR Letak Jawatan

Dua hari lalu, pada tarikh 24 Jun 2013, Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama-sama kumpulan NGO anak muda yang lain secara nekad telah menunjukkan jalan terakhir bagi membantah isu penipuan pilihanraya dengan mengadakan himpunan aman tepat di hadapan parlimen.

Ya, memang mahasiswa yang nekad dan mula berbaring di hadapan parlimen dalam protes tersebut. Tujuan kami jelas, kami ingin mengajak semua ahli parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat supaya bersolidariti bersama kami menunjukkan protes terhadap isu pilihanraya. Jalan yang kami pilih adalah dengan meminta supaya mereka memboikot majlis angkat sumpah yang hanyalah berlaku di hadapan Speaker Dewan, dan bukan di hadapan YDPA, bahkan jauh sekali bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

Sudah dijelaskan sebelum ini isu boikot majlis angkat sumpah bukanlah sekali gus menafikan tanggungjawab dan amanah mereka yang dipilih oleh rakyat ini secara total. Namun ialah adalah simbolik kepada solidariti mereka terhadap hasrat anak muda dan mahasiswa seperti kami yang memprotes penipuan pilihanraya.

Namun, apa yang berlaku adalah amat mendukacitakan kami selaku mahasiswa dan anak muda apabila hasrat kami tidak disambut dengan baik walaupun akhirnya memorandum bantahan kami diterima oleh YB Khalid Samad di penghujung himpunan. Pun begitu, kami merasakan bahawa isu penipuan pilihanraya yang telah diheret sekian lama telah berjaya ditutup dan dilenyapkan terus dari mulut-mulut rakyat kebanyakan hasil daripada tindakan semua ahli-ahli parlimen yang telah selamat mengangkat sumpah, tidak terkecuali walaupun seorang. UMNO BN terus bertepuk tangan.

Melihat kepada perkembangan terkini, semalam kenyataan daripada salah seorang menteri UMNO semakin memperlihatkan bukti yang jelas bahawa memang berlaku penipuan dan penyelewengan dalam PRU ke-13 lalu. Kenyataan terbaru ini cukup bercanggah dengan kenyataan SPR dan menteri kesihatan mengenai kandungan dalam dakwat kekal yang digunakan dalam proses pengundian tempoh hari. Kami melihat perkara ini adalah kenyataan yang telah mempermain-mainkan dan terus memperbodohkan rakyat kebanyakan yang sememangnya sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap SPR.

Bahkan kenyataan terkini daripada menteri wilayah bahawa sebenarnya tidak perlu penggunaan dakwat kekal menunjukkan bahawa kerajaan hanya memperolok-olokkan dalam melaksanakan reformasi terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pilihanraya di Malaysia masih belum telus, bersih dan adil. Bahkan SPR penuh dengan taktik kotor bagi memenangkan regim yang takut kepada kuasa rakyat.

Pendirian SMM adalah cukup jelas dan tegas bahawa SPR perlu berundur segera. Letak jawatan segera kerana SPR telah mencemarkan sebuah badan yang seharusnua bebas dari mana-mana kepentingan. SMM sedang membawa perkara ini kepada sebuah badan pemantau di peringkat antarabangsa bagi memberikan gambaran jelas kepada mereka mengenai wajah demokrasi sebenar di Malaysia dan siapa yang sedang bersekongkol di sebalik kepincangan yang telah berlaku. Perkara ini bakal memalukan negara kerana tangan-tangan kotor mereka. Mahasiswa dan anak muda tetap akan terus bangkit melawan!

Disediakan oleh:

Safwan Anang
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di kalangan pemimpin PR sendiri pun ramai yg x istiqamah...kemana pergi 3 tuntutan terhadap spr? Wooiii...sudah goyang kaaa? Takut soruuu hilang kaaa...kalau spr masih mcm skrg...pru 14 nanti aku x akan turun bkempen dan x akan turun mengundi lg lah mcm ni...buat penat jea...

Tanpa Nama berkata...

jangan bergantung harap pada ahli politik, mereka juga manusia, punya nafsu. bergantung la kamu pada Dia, ALLAH azzawajala, nescaya kamu akan beroleh kebahgiaan di dunia dan diakhirat.

More power to the people!

Tanpa Nama berkata...

Anak muda terus lawan sampai menang..jangan tunggu ahli politik..
Depa banyak ding dong ding dong....

Tanpa Nama berkata...

simple answer: pemimpin pembangkang takde telor dan rakyat malaysia tak berani mati. setakat kumpul-kumpul, jerit-jerit, teriak-teriak, duduk-duduk, baring-baring, kena kejar lari etc takkan mengobah keadaan umno hari ni. sampai kucing bertanduk pun umno tetap perintah ini negara.

hendak seribu daya, taknak seribu dalih. mandi darah bukan setakat sehari dua; long-term revolusi and istiqamah adalah jawapannya. ada berani?

Tanpa Nama berkata...

a politician will always be a politician!

satu-satu negara itu hanya akan berobah kalau rakyat bangkit!! tiada pilihan, tiada ding dong, bangkit and terus bangkit - hanya itu yg mampu mengobah!

Tanpa Nama berkata...

Macamna nak bangkit bro...berhimpun pukul 2 ptg, pukul 5 lebih semua dah blahhh...apa daaaa..

Target 1 juta, yg dtg hampir 50 ribu jea...hampehh...

Apa pun gua salute sama Che gu bard & the gang...

Jika spr tidak berubah dan diubah, maka cerita sama akan berulang lagi pada pru 14 hinggalah ke pru ke 1400000000000.....kahkahkahkahhh..