KABANG
HATI KAU YANG SUCI
SETIA KAU
TAK BERBELAH BAGI
pada hari itu
sebelum
sambutan maulud nabi isa 2011
kau telah melemparkan badan
untuk menyelamatkan dua anak gadis
kau parah
kau berdarah
kau berkorban
dua anak gadis kau selamatkan
satu dunia mendengar kesah kamu
lalu dana dikumpul
sedekah diterima
wakaf diuruskan
lalu kau dihantar ke amerika
lalu kau diubati
lalu kau diselamatkan
minggu ini kau pulang ke manila
aku hanya membaca berita
tentang kau yang telah selamat
tidak ada apa yang dapat aku lakukan
hanya merakamkan sebuah kesah
tentang kau saekor anjing
yang setia
yang jujur
setia kau
sesetia gunung pada lurah
setia kau
sesetia guruh pada hujan
setia kau
saperti bara membakar unggun
pada malam dipenuhi salju
BERGUMBIRA
DENGAN TUAN KAU
Media surround Kabang, a two-year-old injured mixed breed, upon arrival at the Ninoy Aquino International Airport in Pasay city, south of Manila, Philippines, early Saturday June 8, 2013 from San Francisco, Calif. Kabang lost her snout and upper jaw saving two girls' lives in the Philippines was headed back to its owner following treatment at the University of California, Davis veterinary hospital. (AP Photo/Bullit Marquez)
--------
7 ulasan:
Bro TT,
U r best. terjawablah persoalan aku ttg Maliki...
betapa ramai manusia yg masuk ke syurga krn seekor anjing..
cite pasal menatang anjin kepala butoh ape? nampak sangat takde idea
Sbb itulah dlm gerombolan.. berbondong2 mat melayu, aseng dan padaiyappa yg hanya berbekalkan mentaliti "janji lulus cukup2 makan" sanggup menjadi anjing setia kpd gerombolan kerana mereka bodoh tolol pun, masih dpt habuan untuk terus hidup supermewah walaupun masa belajar dulu lulus cukup2 makan jer..
aku pernah dimarahi oleh seorang rakan ketika cuba menyelamatkan seekor anak anjing yg cedera dirempuh motorsikal,alasannya ustaz kata haram sentuh anjing ,kalo sentuh anjing itu haram ertinya berdosa sampai begitu sekali pemahaman orang melayu terhadap anjing disebabkan ajaran melampau segelintir ahli agama yg bergelar ustaz...
Lagi mulia si anjing dari sang munafik...lagi tinggi pekertinya banding perompak harta ramai...hanya Allah tahu mana tempatmu...moga kau selamat...anjing pun bernyawa....kalaulah hina sangat....ingatlah siapa yang menggerakkan anjing tersebut....bapak kau kah?
Pak mie shellter.....itu yang aku ingat kalau tengok kabang....pity...kalaulah perangai puak umno mcm ni kan bagus........tapi...................jangan haraplah.....penyedap pun di bom...inikan anjing........
Catat Ulasan