TAMAROD - TAMARROD
mesir ketika ini sedang bergolak
tentera telah membuat rampasan kuasa
revolusi pertama anak muda telah dibajak
apakah kalai gerakan tamarod
gerakan anak muda
akan juga dibajak?
DARI ARKIB
melihat kembali
gerakan revolusi anak muda mesir
yang telah dibajak
tulisan ini disiapkan
pada 21febuarari 2011
dan telah disiarkan dalam suara keadilan
dan terkumpul dalam buku: tipu pilihanraya turun jalan raya
IRHAL IRHAL YA MUBARAK -
BERAMBUS BERAMBUS YA MUBARAK !!
Mahmoud Muhim bingkas bangun dan mengambil megapone ketika
ribuan penunjuk perasaan sedang bergerak menuju ke Dataran Mutiara. Dia melaung … “Tidak ada
sesiapa yang akan memberi ganti rugi. Setiap orang hanya mengucapkan tahniah
kerana anak aku telah gugur shahid. Anak aku gugur untuk Bahrian.”
(petikan akhbar Guardian London)
Kau kutuk aku dalam buku
sejarah kau
Dengan segala tohmah dan
bohongan
Kau pijak aku bersama sampah
Tetapi, seperti debu, aku
akan naik…aku akan naik…aku akan naik
( bait puisi Maya Angelou – penyaer wanita
kulit hitam dari Amerika)
Kawan-kawan yang aku hormati,
Apakah kamu terperanjat
apabila mula melihat anak anak muda
gugur shahid di Tunisia, di Benghazi, di Al-Kaherah, di Suez, di Tehran, di Iskandariah,
di Aljazail, di Saana atau di Manama. Kau selalu bertanya-bertanya kepada aku kenapa semua ini
terjadi.
Kawanku yang baik hati
biarkan aku kesahkan : sejarah
perjuangan kita untuk menegak keadilan
bukan hanya bermula dengan 20 September 1998. Sejarah perjuangan manusia untuk
menghampus kezaliman dan menentang kebatilan bukan bermula bulan lalu. Sejarah
perjuangan manusia bukan bermula dengan Revolusi Bolshevik atau Revolusi
Tiongkok.
Hidup manusia ini adalah
perjuangan. Hidup manusia ini adaklah
perjuangan kelas. Perjuangan - kelas yang di tindas melawan kelas yang menindas. Perjuangan menentang
kezaliman dan kebatilan. Pejuangan untuk menegak keadilan dan menumpas
penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.
Apakah kaum masih ingat lagi
, awal dahulu kesah Leila Si First Lady lari dengan satu tan lebih jongkong
emas. Kemudian diikuti oleh Suzzane Si
First Lady yang lari berhelikopter meninggalkan Istana Presiden.
Ini Istana kesayangan yang telah ditiduri
selama 30 tahun. Kawan ku,
bayangkan betapa lamanya Si First Lady ini tinggal di Istana itu. Kalau kau telah
menanam biji durian 30 tahun
dahulu pasti telah berbuah 20 musim.
Gamal anak Suzzane Si First
Lady telah lari terlebih dahulu ke
London. Gamal, seorang bilionaire ingin
memastikan yang dia tidak akan tersadai
di Riyadh seperti nasib Ben Ali dan
Leila. Bayangkan Leila Si First Lady
dengan harta bertimbun-timbun tidak ada apa satu yang boleh dilakukan di
padang pasir yang kering kontang. Hendak berjangak susah sekali. Hendak memandu tidak mungkin
lagi. Siapa pulakah gerangan yang akan mendadan rambutnya untuk menjulang
tinggi.
Kawan-kawan, ketika aku menulis ini dunia Arab sedang
terbakar. Telah aku baca tentang anak anak muda telah mula turun ke jalan raya
di Rabat dan Tangier. Telah aku baca berita sedih tentang 200 penunjuk perasaan
telah di tembak mati oleh askariah upahan Kolonel Gadaffy.
Juga telah aku dengar di
Tehran anak anak muda sedang berkabung sebagai tanda setiakawan kepada Saane Zhaleh dan Mohammad Mokhtari.
Kau bayangkan dua shuhada ini adalah
anak mahasiwa yang masih muda – Saane baru berumur 26 dan Mokhtari hanya 22 tahun.
Apa kau masih kurang faham
kenapa ini berlaku?
Kawan-kawan ku, biarlah aku
menjadi sang perawi disini. Aku akan
membawa kesah-kesah perjuangan anak anak muda dari Timur Tengah. Biarlah kesah-kesah ini
kita dengari bersama agar kita akan menjadi
lebih dewasa. Agar kesah-kesah ini juga akan menjadikan kita manusia-manusia yang bertakwa untuk sama
bangun berjuang menumpas penipuan dan kezaliman.
Lalu kau bertanya-tanya tanpa
sato noktah : apakah benar dan saheh
bahawa anak anak muda yang berkumpul di Dataran Tahrir itu semuanya kerana
Facebook. Adakah mereka turun ke jalan raya kerana menyahut panggilan tweeter. Atau apakah
mereka penagih blog?
Biar akau katakan disini –
ada betul dan ada salah tentang babak
ini. Memang betul anak anak muda ini berfacebook. Memang betul mereka ini dipanggil
tweeter. Memang betul mereka amat gian membaca pelbagi blog. Lihat buktinya :
pada tahun 2005 dahulu hanya muncul beberapa blog yang dilayari. Tetapi hari
ini telah ada beribu. Hari ini 3 juta warga Mesir dililit oleh rangkaian Facebook tetapi ini agak
kecil berbanding dengan penduduk yang berjumlah 80 juta.
Jadi tidak benarlah jika kita
katakan bahawa semua yang berlaku kerana mereak befacebook dan bertweeter. Kaum
pemodal mahu kamu melupakan tentang satu pekara yang amat penting dalam babak
sejarah ini. Pekara yang ingin
dipadamlam ini ialah babak-babak
pejuangan kaum buruh dan kaum tani
Kawan ku, sebenarnya ada
babak-babak sejarah yang lebih besar dari kesampaian teknoloji terbaru ini. Ada
babak babak sejarah yang lebih mendalam
dalam ingatan bersama warga Mesir.
Ingatan bersama – collective memories -
inilah yang mengikat mereka untuk
turun berkumpul di Dataran Tahrir.
Kawan-ku yang baik hati,
Apakah kau lupa tarikh
pertama anak anak muda di jemput
berkumpul di Dataran Tahrir ialah pada 26 haribulan Januari. Apakah kau tidak
teringat, atau tidak terbaca akan
tarikh keramat ini. Biar aku
ingatkan disini tentang apakah dia
tarikh yang bersejarah ini.
Pada tarikh yang sama dalam
tahun 1952 dahulu kota Kaherah telah terbakar. Warga kota Kaherah telah turun berduyun-duyun
ke jalan raya menunjuk perasaan. Mereka bangun marah kerana sehari sebelum ini
soldadu penjajah British telah membunuh 40 orang polis Mesir di Suez. Ini permulaan gerakan nasionalisma
moden Mesir. Enam bulan kemudian Nasser dan Free Officer Movement telah merampas kuasa. Raja Farouk telah
dihanyutkan ke Rom.
Revolusi Naseer sebenarnya
masih segar dalam dalam ingatan anak anak muda ini. Kerana itu tarikh ini telah dipilih untuk
menjadi satu tanda pemisah antara rejim revolusi Naseer dengan rejim Sadat dan Mubarak.
Jangan kau lupa wahai kawan
ku tentang bagaimana a kaum falahin – kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota telah keluar
menunjuk perasaan pada 18-19 Januari 1977 dahulu. Mereka menjadi mangsa Bank
Dunia dan International Monetary Fund.
Kaum kapitalis ini telah memaksa
Presiden Sadat memansuhkan harga gandum sehinggakan warga miskin tidak ada keupayaan untuk
membeli makanan asas ini. Tujuh puluh sembilan telah shahid ditembak mati dan 800 cedera kerana menunjuk perasaan
apabila harga roti dinaikkan.
Tidak cukup dengan kezaliman
ini – setahun kemudian Anwar Sadat telah
membuat perjanjian damai dengan zionis Israel.
Babak ini dianggap sebagai satu
penghinaan dan pembelotan terhadap pejuangan warga Arab khususnya warga
Palestin.
Kawan ku, kau wajib
mengetahui dan memahami tentang musibat
yang dibawa oleh dasar ‘ infitah –
penswastaan’ yang diperkenalkan oleh Sadat. Berpuluh-puluh syarikat milik
negara telah di swastakan kepada para kroni, anak bini dan saudara mara.
Tuan-tuan empunya pabrik dan kilang yang telah
diswastakan ini tanpa segan dan
malu telah membuang dan mengurangakn tenaga kerja. Langkah ini untuk memastikan keuntungan berlipat ganda.
Tanpa bantuan kerajaan dan
daulah ribuan kaum tani, kaum buruh dan penduduk mikin kota terus hidup
merempat. Mereka yang ada pekerjaan terus dibayar degan uah yang murah.
Tuntutan gaji minima telah ditolak. Pada tahun 2006 seramai 24,000 kaum buruh dari berbelas
belas kilang kain telah melancarkan mogok. Ada kilang kain kerajaan dan ada dari kilang kain
swasta. Mereka telah bersatu menuntuty upah yang lebih. Pada tahun 2007 sekali lagi mogok yang sama berlaku.
Pada 6 April 2008 – satu lagi
mogok telah dirancang. Tuntutan kauam buruh kaian ini adalah sama seperti tahun
2006/7 – meminta gaji minima dan mendapt
khidmat kesihatan. Presiden Mubarak telah meghantar polis untuk menganasi kaum buruh. Ada yang di
tangkap. Kilang ditutup dan ramai pemimpin buruh berakhir dalam penjara.
Kawan ku, aku rasa kau pernah terbaca 6 April Youth
Movement. yang aku surahkan disini
hanyalah teromba dan salasilah bagaimana bermulanya Gerakan Anak Muda 6 April ini . Kumpulan anak muda ini
telah menyahut laungan kaum buruh dan
meneruskan perjuangan dilaman blog dan alam maya.
Anak-anak muda ini telah meneruskan perjuangan kaum buruh, kaum tani dan penduduk
miskin kota. Mereka telah membuat tuntutan ini :
1 – Tamatkan pemerintahan
rejim Mubarak
2 - Tolak usha untuk menjadikan Gamal Mubarak ,
anak Mubarak sebagai ganti Presiden
3 - Bukakan ruang kebebasan dan wujudkan lembaga
untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bebas
4 – Hentikan keganasan polis
dan mukahabarat/SB dan dakwa penjenayah
ini
Tuntutan ini terpampang luas
di Dataran Tahrir. Tuntutan inilah yang menjadi pemidai dan kain rentang yang menyatukan
kaum buruh, kaum tani, anak muda, kaum nasionalis, wanita, kaum agamawan dan kaum kiri. Islam
dan Kristian telah bahu membahu mendobarak kebatilan. Mereka telah berjaya
mengalang satu barisan rakyat untuk membebaskan Mesir dari cengkaman elit politik yang telah merompak kekayaan negara.
Kawan-kawan ku, ketika aku
menulis ini sejarah perjuangan ini belum selesai. Dunia Arab masih bergolak.
Aku tidak berani menjadi nujum untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi
aku sedar dan yakin bahawa kaum pemodal,
kaum zionis dan imperialis Amerika
sedang merancang untuk memandulkan Revolusi Sungai Nil ini. (TT)
8 ulasan:
1. berbeza dgn p/raya terdahulu, p/raya 2011 telah berjalan tanpa byk pertikaian akan kesahihannya. Maka, 'by default' Morsi adalah the legitimate democratically elected president of Egypt.
2. demokrasi dimana2pun "secara default" juga akan memberi advantage kpd pihak yg menguasai dewan utk melaksanakan cita2 mereka (kalau front sosialis demokrat yg majoriti pun, sudah pasti mereka akan cuba mencapai cita2nya melalui peruntukan2 baru parlimen dsbnya)
3. Pihak oponen (jika mereka juga demokrat) yg tidak bersetuju dgn pihak yg mempunyai advantage itu, boleh sahaja membangkang, berdemo dan selanjutnya menjatuhkan pihak YG MEMILIKI KUASA DEMOKRATIK, PADA PILIHANRAYA YG SETERUSNYA.
4. Memang jelas, pihak tenteranya tidak demokratik..tetapi yg lebih tragis & ironi lagi tindakan front liberalis/sosialis/nasionalis merayakan & menyanjung tingi tindakan 'coup' tentera itu sangat memalukan demokrasi yg mereka sendiri sertai & junjung tinggi.
tt - ekau ghoti tak apo core bussiness CIA tu bhai...??
Lu syok la mursi tumbang.. Anak muda punya kerja konon.. Gaza kebulur.. Lanchoww la
Bapak lu dulu ajar lu buat revolusi ke?
Lu g revolusi sama adik bradik mak bapak keluarga lu dulu la.
kah kah kah
butoh pak hang la. apsal la bapak lu romen mak lu dapat lu. suweh dol
Revolusi yang tidak dipandu dengan Alquran dan Sunnah jadi sia2 ja.kita xnak anak muda semata2,tapi nk yg berjiwa ulamak memandu masa dpn. Oh dr mursi,sabarlah.. Oh gaza sabarlah
apa yang aku faham
1)mohsi bukan objektif tamarod.tamarod sangat menyanjung insan ini
2)mohsi keseorangan dalam kabinet.penggulingannya adalah penyelamat dari dipancung.dia akan kuatkan diri.anwar dulu umno ke pas?
3)aristokrat bersarban,berikhwan,berzikir dan bertasbih masih mengulit kesedapan bila mubarak dikeronyok.bila mandur dah mati kuli2 bersorak sorai.sekurangnya mubarak masih beri subsidi tepung.muammar bagi rumah free.mahatir bgi intenet.bila semua da out rupanya banyak lagi dibelakangnya.
4)ini perang paling besar antara dua kelas dalam sejarah mesir.tak ada kaitan agama
soladiriti kepada tamarod.perang bulan puasa.kiamat da dekat sangat.
Gua bercadang.. jika naik ketua baru.. elok kasi penggal memerintah negara 2 tahun saja dlm satu penggal, 4 thn.. bagi peluang org lain mentekendarah sama..
gua dulu pun hebattt mcm lanchoww.. dpt jadi ketua pengawas.. max 2 tahun jer dpt jadi ketua.. itupun sbb penolong yg sedia ada bertukar sekolah.. masuk tahun kedua, gua letak jawatan sbb tak tahan ramai kaki ampu nak jadi ketua pengawas jugak.. mcm la best sgt jadi ketua pengawas ni..pemikiran budak2 skolah..
Pado bab ni cuba paham kek den utk menyetujui pondapat tuan...
Sobab pado den mursyi jatuh bukan sbb anak muda...tp soban amerikiyaa....
Catat Ulasan