Ahad, 28 Julai 2013

SATU SANDIWARA DARI JOHOR



 KES  BERLAKU DI JOHOR
SATU DUNIA TAHU
YANG BUAT BUAT TAK TAHU
HANYA POLIS JOHOR

KOMENTAR TUKAR TIUB
tahukan apa maknanya berita ini?
betulkah berita ini?

jawabnya: berita ini betul

memang ada ura ura untuk tutup
sarang perjudian
sarang kongsi gelap

tapi?

tapi apa?

sebenarnya ini hanyalah teater
semua ini hanyalah sandiwara

sandiwara macam mana?

ini satu sandiwara

sandiwara ini dipentaskan
kerana johor baru ada mb baru
jadi perlu dihuru harakan
geng kongsi gelap lama
untuk beri tahu kongsi gelap ini bahawa
ada oranhg baru yang akan pungut  tol

ini adalah cara 
united malays national organisation bergerak
inilah caranya pihak berkuasa makan tol

ini lah juga cara polis bergerak
bila ocpd baru datang
bila ada ketua polis baru
maka akan ada operasi

tujuan operasi ini untuk beri tahu
bahawa 'boss baru' telah sampai
tol dan duit upti
kena bayar kepada  tim baru

tak caya tunggu dan lihat

johor ialah pusat
dan kilang dadah terbesar
di malaysia ini

Tindakan berani Johor perlu dicontohi


Kuala Lumpur: Langkah memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di Johor dianggap sebagai satu tindakan berani yang seharusnya dicontohi negeri lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata pusat hiburan seumpama itu sememangnya bercanggah dengan kehendak Islam, selain mengundang banyak masalah sosial khususnya dalam kalangan generasi muda. 
Beliau berkata, aktiviti kekeluargaan seharusnya bermula dari rumah dengan pengisian kerohanian bagi membentuk peribadi murni. 


“Benda ini (pusat hiburan) sebenarnya bercanggah dengan agama, bukan budaya orang Malaysia dan bercanggah dengan budaya orang Melayu. Bukan saja ia melekakan, tetapi turut membazirkan wang dan menggalakkan pergaulan bebas.


---------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro berita ni semua nak membodohkan org ramai.. terutama nak membodohkan org melayu.. yg mmg dr azali dh bodoh.. kalau ko di jB ko bole tgok pusat2 judi merata tempat dn paling best pusat judi tak jauh dr balai polis..aku igt kita buat satu program dr anak2 muda tgkap gbar2 pusat judi masukan dlm internet.. tapi kesian pulak kt polis kalau semua pusat judi tutp polis takde side income.... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Semakin lama semakin hancur negara tercinta kita ini akibat perbuatan UMNO dan puak2 munafik mereka!!!

Tanpa Nama berkata...

Noh gadut ni??? Kahkahkah... air mata buaya jer mamat ni.. mmg betul2 membuang masa gua baca apa2 berita kalo ada sangkut paut mamat ni..

Tanpa Nama berkata...

Eh eh.. pulau rawa ada mau kasi tutup tak?

Tanpa Nama berkata...

bulan puasa ini semakin banyak road blok jpj dan polis trafik bro, kiri kanan depa blok, hairan pulak bila sebelum ini tak ada blok blok nie, hairan juga masa penat berpuasa rajin pulak puak puak ini bekerja, kemudian dapat tau dari member dari jpj bagi tau... biasalah beb bulan sebelum raya cari duit raya sikit, cari duit minyak sikit, cari duit tol sikit, cari duit balik kampung sikit.. akhirnya kita tau kenapa bulan puasa nie semakin banyak road blok blok blok nie kah kah kah
untuk perkongsian kah kah kah jadi mintalah kita sama sama menderma kepada petugas yang penat lelah bekerja di tepi jalan tu...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

selama ni anak badut eh anak gadut buat/kata apa? kenapa baru sekarang anak badut eh anak gadut berkata
“Benda ini (pusat hiburan) sebenarnya bercanggah dengan agama, bukan budaya orang Malaysia dan bercanggah dengan budaya orang Melayu. Bukan saja ia melekakan, tetapi turut membazirkan wang dan menggalakkan pergaulan bebas"???
kenapa sebelum2 ni anak badut eh anak gadut bukan penasihat ke???
ohhhhhh... bukannnnn... sebelum ni anak badut eh anak gadut bukan penasihat la, dia cuma mufti johor je, macam mahathir dulu bukan ketua polis, cuma menteri dalam negeri dan menteri perdana je, jadi depa ni takde kuasa atau pengaruh untuk memberi kesan atau tekanan, jadi maafkanlah depa no