BANTAH TPPA
23 August 2013
MEMORANDUM
KEKALKAN KEMERDEKAAN, TOLAK TPPA
Pertubuhan-pertubuhan yang menganggotai BANTAH TPPA dengan ini menyeru kepada 12 Negara yang menyertai Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) untuk menolak sebarang usaha ke arah Penjajahan Korporat terhadap warga Asia Pasifik dan berusaha untuk melindungi, mengekalkan dan mempromosi sistem perdagangan yang benar-benar bebas, adil dan selamat di antara negara-negara yang terlibat.
Kami menggunakan istilah Penjajahan Korporat untuk merujuk Regim TPPA, kandungannya dan proses perlaksanaannya kerana kepentingan gergasi-gergasi korporat sangat jelas telah mempengaruhi peruntukan-peruntukan kontroversi di dalam perjanjian ini dan kerajaan-kerajaan pula telah ditekan dan dipaksa untuk menerimanya.
Sekali lagi, gabungan Bantah TPPA menyeru kerajaan – kerajaan yang menyertai TPPA untuk menolak sebarang usaha menundukkan rakyat dan negara ini dengan perangkap ekonomi yang tersembunyi di balik tabir oleh syarikat-syarikat transnational Amerika.
Ia adalah satu perjanjian mudarat yang akan memberi kesan kepada kedaulatan negara, memperjudikan kesejahteraan ekonomi, dan akan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada rakyat negara ini.
Ia mengkhianati niat tulen kerajaan-kerajaan dan rakyat negara-negara berkenaan untuk meneruskanperdagangan antarabangsa yang adil dan kerjasama ekonomi yang bermanfaat ke arah pertumbuhanekonomi yang kukuh, kestabilan dan kesejahteraan bersama.
Kami, rakyat Malaysia mewakili semua kaum, budaya, kepercayaan, kepentingan, pekerjaan, kerjaya dan dagangan dengan ini mengumumkan bahawa kami tidak akan menerima dan dengan tegas menolak sebarang keputusan perundingan TPPA jika pandangan, kebimbangan dan tuntutan kami tidak dilibatkan dengan cara yang sepatutnya.
KEKALKAN KEMERDEKAAN, TOLAK TPPA
-------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan