PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sesiapa ingin membeli bendera
sang saka rakyat
sila hubungi :
sangsaka.benderarakyat@gmail.com
hanya 25 ringgit untuk sahelai
dapatkan sekarang untuk
dikibar pada malam 30 ogos nanti
di dataran merdeka
dari arkib tukartiub 6 ogos 2012
TERIMA
KASEH RONALD REAGAN
Politik
Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan yang
paling rancak untuk menilai sejarah. Selama satengah abad parti United Malays
National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur
naratif sejarah perjuangan bangsa.
Selama
lebih dari 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah
berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir satengah kurun
gerombolan ini bersama kuncu-kuncunya telah berkesah bahawa merekalah yang
berhak keatas bumi Tanah Melayu ini.
Dengan
menjual taik kering nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini telah ke hulu
ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan.
Dengan slogan Hidup Melayu parti siasah ini, telah mereka-reka kesah-kesah
dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.
Sayang
seribu kali sayang. Kemunculan internet telah mengubah semua ini. United Malays
National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemon yang berupaya memonopoli
maklumat. Jalur naratif pejuangan bangsa tidak lagi dimonopoli oleh gerombolan
ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National
Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kaseh Ronald Reagan kerana
menghadiahkan internet kepada dunia.
Mitos
dan kesah dongeng pertama yang telah diterbaraikan oleh internet ialah tentang
naratif pejuangan bersenjata. Selama lebih dari satengah abad warga Tanah
Melayu telah dikelentong dengan kesah bahawa perjuangan menuntut merdeka telah
dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui
perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation telah berunding
di London dengan British. Ini memang kesah hampeh. Ini cerita karut lagi marut
yang ditaburkam setiap bulan Ogos semenjak tahun 1958.
Selama
lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya di taburkan kerana warga tidak memiliki
maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British telah disongsangkan.
Tetapi melalui intenet, hari ini anak anak muda telah mula mengenal Chin Peng,
Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah
Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Hilmy, dan Ustaz Abukabar al- Bakir dan
dan dan.
Anak-anak
muda semua bangsa kini telah mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di
Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malay (1930). Malah turut sama berjuang
melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf
(1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hisbul Musmlimin (1948) Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A
sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti-parti ini telah bersama
PKM mengangkat senjata melawan British.
Kini
anak semua bangsa telah mula mengenal Mat Indra yang mati digantung oleh
British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Satelah mangkat 59 tahun
dahulu , hari ini Mat Indra telah menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che
Geuvera. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.
Semakin
ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah
memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini :
United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sebelum
United Malays National Organisation muncul telah banyak parti-partyi dan
kumpulan siasah yang telah lama berjuang menentang British. Gerombolan United
Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti
politik apabila Britsh mengharamkan PKM, API, KMM dan Hisbul Muslimin.
Malah,
hingga ke hari ini nama organisasi ini - UMNO - masih lagi menggunakan nama
Inggeris. Dari fakta sejarah umum mengetahui bahawa United Malays National
Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang
namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila HIDUP MELAYU dan
seharusnya HIDUP INGGERIS menjadi slogan perjuangan.
Pembohongan
yang paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de
Berenger ( 1780-1857) pembuat lagu Memula Moon. Kini telah diketahui umum
bagaimana Memula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia.
Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negara-ku di
Malaysia. Sekarang ini fakta-fakta sejarah ciplakan yang selama ini telah cuba
disorokkan telah bocor. Warga Malaysia telah mula bangun dan melaugkan yang
mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan
lagu Negara-ku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Regan.
Tidak
cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak kini telah timbul
perbincangan dikalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera
Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini telah dilihat sebagai
ciplakan dari bendera Amerika Syarikat.
Melalui
maklumat dari internet , oleh orang ramai telah tahu bahawa selama ini telah
wujud bendera Sang Saka merah puteh yang membawa motif Nusantara. Jalur
Temberang opppss...Gemilang.. nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu
tidak bermotifkan roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur
Gemilang bermotifkan ciplakan dari The Star Spangled Banner.
Pembohongan
demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak
hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 March 2008. Sesudah tarikh
ini sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak telah berubah untuk
selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai
sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang
menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat
dinafikan lagi. Orang ramai sedang menunggu masa untuk menghumbankan parti ini
ke dalam tong sampah sejarah.
Disaat
saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan - United Malays National
Organisation telah cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang kini sedang
berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk
sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan telah
datang bertalu-talu dari laman , dari blog, dari Face Book, dan tweeter
anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.
Penglekehan
logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos telah
juga diciplak dari Taiwan. Tetapi pada ketika itu serangan anak muda agak
terhad. Tetapi kali ini serangan telah datang bergantang-gantang sehinggakan
pungutan suara melalui media baru di Malay Mail - akhbar pro United Malays
National Organisation - terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan
ditolak.
Penolakan
dan penglekehkan oleh anak-anak muda ini telah menakutkan United Malays
National Organisation. Ini kerana mereka sedar bahawa undi anak mudalah yang
akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU13 nanti. Dalam keadan
kelam kabut ini Menteri yang berwajib telah cuba mencari jalan keluar. Menteri
Kelam Kabut ini telah cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai
sebagai jalan penyelesain.
Ha!
Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian
ini pula telah memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo
31 Ogos telah berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini telah
dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi
hati orang ramai pada PRU13 nanti. Tetiba laman media baru meledak dengan
berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja
Indonesia. Kah kah kah sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhimpab pula ke
tahi lembu. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.
Disebalik
semua ini apa yang sebenarnya terjadi. Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betul
ke lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indononesia?
Dua
soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan . Bukan
logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku
sekarang ialah manifesati tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays
National Organisation. Penolakan dan penglekehan terhadap logo dan lagu ini
adalah manifestasi betapa bencinya anak anak muda dan orang ramai terhadap
United Malays National Organisation.
Sama
ada lagu Janji Ditepati ada persamaan dengan lagu Tuhanku Maha Besar memang
tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama
bukan persoalan. Mungkin ada yang akan menuduh lagu gerombolan ini juga di
ciplak dari Imagine lagu arwah John Lennon. Tetapi semua ini tidak penting.
Malah
bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang musik. Malah mungkin ramai
yang mengutuk lagu ini di Face Book tidak pun mendengar untuk membuat bandingan
kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami
ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United
Malay National Organisation.
Penolakan
dan penglekehan ini muncul karana umum mengetahui bahawa parti siasah United
Malays Natioanak Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak.
Kalau kayu tepi sungai sudah condong bukan sahaja kura-kura akan memanjat malah
ianya akan dijadi pangkin untuk terberak.
Hari
ini kebencian telah sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangakan, apa
sahaja yang diajurkan – semuanya akan ditolak. Semuannya akan diperlekeh. Malah
sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib - presiden United
Malays National Organisation - perkataan itu telah tidak dipercayai. Belum pun
sempat Najib bercakap anak semua bangsa sudah tidak percaya. Terima kaseh
Ronald Reagan.(TT)
BENDERA DI CIPLAK
DARI BENDERA AMERIKA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----
4 ulasan:
hang bersyukur kepada ronald reagan? rosak akhlak dah ni.. bertaubat lah.. Sembah Allah yang maha esa..
Kami kibarkan Al-Liwa’ dan Ar-Rayah.
Sang Saka ke Sang Selaka Lepeh?
Tarbaek!
Tarbaek TT. Terbaek.
Catat Ulasan