Khamis, 22 Ogos 2013

SIAPA UPAH PEMBUNUH UPAHAN INI




SIAPA UPAH MEREKA?


KOMENTAR TUKAR TIUB
banyak persoalan timbul
kalau 5 orang ini terlibat dalam 10 kes bunuh
kalau mereka pembunuh upahan
maka timbul soalan hakiki
siapa upah mereka

selagi tukang upah tidak ditangkap
pembunuhan akan terus berlalu

DARI FACE BOOK HJ JOE

Selesaikah masalah Pembunuhan Upahan ini di Pulau Pinang bila Polis di beritakan berjaya menembak mati 5 org dari mereka! 
Soalan ambe di sini untuk kita bingcangkan.! Kenapa Pihak Polis tidak ambush dan menangkap sahaja mereka! 
Bukan kah Kerjaya Pembunuh Upahan ini satu kerjaya jenayah yg Profesional dan diberi upah untuk kerja kerja Jenayah Mereka.
 Siapa sebenarnya dalang dalam kewujudan Pembunuh Upahan ini? 
maka di sini ambe sukalah menyatakan bahawa Polis bukan sahaja berjaya membunuh 5 org pembunuh Upahan (laporan polis) Tetapi di masa yg sama Pihak Polis juga berjaya menutup kes sambil terus membebaskan si dalang atau pengarah kepada pembunuh upahan ini. 
 Apakah Pihak polis akan mengklifikasikan Pembunuh Upahan ini merbahaya Tetapi tidak kepada mereka yg mengupah si Pembunuh ini! 
Jadi setelah Pembunuh upahan ini di Bunuh.. bagaimana pula dengan pengupahnya untuk di Kesan dan di dakwa? apakah polis kita yg terbaik atau yg Terbodoh sekali.
Polis: Pembunuh upahan tewas
GEORGETOWN - Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar berkata polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.

Beliau berkata berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.

"Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu apartmen berkenaan.

Berlaku tembak menembak antara polis dan lima lelaki yang berusia 23 hingga 27 tahun itu mengakibatkan semua penjenayah terbabit mati.

Polis menemui tiga pucuk pistol yang digunakan penjenayah terbabit iaitu Norinco berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.

Khalid berkata pihaknya sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan kongsi gelap itu yang dipercayai turut terlibat kes bunuh serta tembak.

"Kumpulan itu bergerak mengikut arahan ketua dan sasaran yang mereka nak cari (bunuh atau tembak) serta tidak tinggal di satu tempat sahaja bagi mengelak dikesan polis," katanya.

Katanya pihaknya telah lama memantau kumpulan itu sejak beberapa bulan lepas dan tidak hanya berdiam diri apabila berlaku sesuatu kes melibatkan pembunuhan atau tembakan.

"Kita tidak pernah berdiam diri apabila berlaku sesuatu kes melibatkan pembunuhan atau tembakan, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat semua kes berkenaan (bunuh atau tembakan). Mereka jalankan siasatan dan kumpul risikan, ini merupakan hasil kejayaannya," katanya.

Kepada soalan motif mereka menjalankan kegiatan pembunuhan itu, Khalid berkata berdasarkan siasatan kumpulan itu menerima upah untuk membunuh atau menembak mangsa mereka.

"Tetapi ada juga beberapa kes bunuh atau tembak yang bermotifkan balas dendam dan pelbagai lagi (motif). Ia bergantung kepada sasaran mereka," katanya.

Beliau berkata empat daripada lima yang ditembak mati itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. - Tienama
PERLU JAWAB
SOALAN INI
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

deyyy....konsi gelap macha je kee kat penang nak cantas??sebenarnya byk lagi konsi gelap kena cantas...kongsi gelap melayu...kongsi ciner..konsi gelap Sulu..indog..myanmar..di Penang..di Johor..di Butterwoth..yg x ada kongsi gelapadalah bangla...nie gelap tak boleh dikongsi lagi..nie konsi gelap curi bawang ada laa...suka makan bawang dan kacau mak orang...nie ancaman negara..habis bini orang kena skodeng..byk jenayah di merata2..hanya di Mekah dan Madinah..jenayah paling berat curi selipar...curi hati..curi perasaan

adios TSS berkata...

Yang makan upah dan buat kerja dah mampus...tukang upah selamat leee.
Tetapi tukang upah sebenarnya duduk dekat bukit aman....tak percaya ???. Tanya pada yang kena tembak dekat bahau tu...dia ada nama-nama panas duduk dekat bukit aman siap pakai uniform lagi....JANGAN BODOHKAN RAKYAT LEEEE. Pandangan rakyat lagi jauh dari akal najib bo...

" C4 BUNUH ALTANTUYA "
" SIAPA ARAH ???"
" RAMAI TAU...ASKAR DAN POLIS PUN TAU...TAK SAMPAI HATI NAK CAKAP "

Tanpa Nama berkata...

Ada perkara yang pihak polis tak bole hebahkan pada orang ramai.... penulis artikel Hj Joe tu yg bodoh bangang.

Tanpa Nama berkata...

Ada perkara yang pihak polis tak bole hebahkan pada orang ramai.... penulis artikel Hj Joe tu yg bodoh bangang.

Tanpa Nama berkata...

Hj Joe yg bodoh dan bangang. Ko tu sape...Polis tahu ape yg dilakukannya utk mendpt maklumat. Cilako cilako puak puak pembangkang ni.

Tanpa Nama berkata...

cilako cilako ..admin tukar tiub. Bodoh nak mampus.