TURUN DEMO
ANTI AMERIKA
JUMAAT 11 OKTOBER
KENAPA
OBAMA DATANG KESINI
Tanah
Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British. Semenjak zaman Raffles, Lord Minto hingga ke zaman Haji Mubin Sheppard rujukkan politik , ekonomi dan
budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika
membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Canada, New
Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka diberi biasiswa Colombo
Plan. Kemudian menjadi pegawai MCS (Malayan civil Service) , manakala guru-guru
di Tanah Melayu dilatih di Kirby England.
Sebelum
Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu
dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada
satu ketika yang lama dahulu hampir 60% ekonomi Britain datang dari Tanah
Melayu. Justeru, tidak sakah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu
dibuat hasil rompakan harta kekayan Tanah Melayu.
Sejarah
Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis
kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen diburukkan lagi dengan serangan pukul mati
dari Parti Komunis Malaya yang melancarkan gerakan bersenjata menentang
penjajah British.
Akhirnya
kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui
bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis dunia yang mutlak. Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud
dua kuasa besar – kuasa imperialis Amerika
dan blok sosialis Soviet Union.
Mengakui
realpolitik ini, maka Britain telah mengeluarkan dasar ‘ mengundur dari Timur Suez’.
Ertinya Britain akan menutup semua pengkalan
tentera disebelah Timur. Kem Terendak di Melaka pengkalan tentera terbesar
Britain di Tanah Melayu akhirnya ditutup.
Pengkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia – negara budak
suruhan Baginda Queen juga menutup ‘kedai kapal terbang ’ di Butterworth.
Untuk
anak-anak muda – jangan tidak tahu bahawa Universiti Sain yang wujud hari ini didirikan diatas bekas
tapak pengkalan tentera British. Justeru letaknya diatas bukit yang stratejik. Dari bukit ini
tentera British boleh menjaga dan mengawal kapal dagangan British yang
keluar masuk dipelabuhan Tanjung.
Pengunduran
tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan British di Asia Tenggra gelabah dan takut. Apabila
British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation –
parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa tanpa
bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga
kepentingan ekonomi penjajah British –
Tanah Melayu yang dikatakan ‘merdeka’ telah
menjadi anggota Commonwealth hingga ke hari ini.
Dalam
masa yang sama nasionalisma Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia
dibawah nasionalis Bung Karno – yang anti-imperialis – telah menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu
malah dinegara-negara tanah jajahan. Angkat senjata melawan penjajah menajdi trend
politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Diserata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.
Saperti
Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU – Pasukan Rakyat
Kalimantan Utara – mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak
dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan
ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dinetaskan pada tahun 1963.
Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentinagn ekonomi Britain
terjaga.
Kuasa
imperialis dengan licik telah menipu dan
memaksa warga Sabah dan Sarawak mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia.
Hakikatnya – dalam realpolitik Sabah dan Sarawak menjadi ‘tanah jajahan Semenanjung’.
Perang
gerila PARAKU di Sarawak dan serangan
gerila dari Tentera Pembebasan Rakyat Malaya
memperlihatkan bahawa barua
dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka
tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam dibawah pimpinan Ho
Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Peranchis. Gerila-gerila dari
Parti Komunis Pilipina, Burma dan Thailand sedang melancar perang pembebasan.
Tahun-tahun
70’an memperlihat kuasa imperialisma British cuba memperkukuh kedududkan dari menjunam
terus. Dalam suasana Perang Dingin ini inilah
Perjanjian Ketenteraan Lima Negara
dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia
Tenggara. Pejanjaian antara Britain,
Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga
kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan
budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari
Parti Komunis.
Perjanjian
Pertahanan Lima Negara ini menunjukkan
bahawa Malaysia termasuk Berunai masih tertaklok kedalam bakul kepentingan ekjonomi Britain. Berunai yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh
terbaik dimana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha
yang dibawa oleh Britain.
Kuasa
imperialis Amerika sedar akan pengaruh danh kepentingan ekonomi British keatas
negara bekas tanah jalahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh
Britain. Amerika hanya memasukan jarum CIA untuk melakukan
rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965. Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad
Suharto untuk menjadi boneka Amerika.
Saperti
Geng 24 dan Geng 30 – Amerika dan Britain juga ada perjanjian samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa
imperial ini tidak akan ‘menceroboh’ kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama
untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.
Kali
pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini
ketika Perang Dingin dan Perang Vietnam
sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara resmi melawat
Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghatar tentera
dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.
Presiden
Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang terdesak oleh Perang Vietnam. Politik dalaman Amerika sedang berkecamok.
Anak-anak muda dikampus-kampus telah bangun berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam
menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan
Weatherman – gerakan gerilka bawah tanah – menentanmg kaum kapitalis tempatan.
Anak-anak
muda Amerikan secara terbuka telah membakar
Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di
Vietnam. Ramai yang melarikan diri ke
Canada dan keserata pelusuk dunia. Gerakan anti-perang mengampoh ke seluruh dunia
– dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo. Di Vietnam
sendiri jumlah soldadu Amerika yang gugur terus bertambah. Teknoloji termoden dan tercanggih dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.
Dalam
suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat
kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo
besar-besaran untuk ‘menyambut Johnson’. Kemana sahaja Presiden Johanson melawat
kaum nasionalis , kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Benterokan
berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk
melawsat Felda Sendayan.
Melihat
suasana kebangkitan rakyat ini menjadikan
Tunku menjadi kecut. Tunku terpaksa
menolak permintaan Johnson. Langkah ini untuk mengelakkan dari belaku pemberontakan
dalam negeri dan kemungkian tentangan hebat dalam parti United Malays National
Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca
susana dalaman parti kerana 3 tahun sesudah lawatan Johnson ‘rampasan kuasa’ berlalu. Tunku ditendang keluar.
Presien
Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya berjaya mendapat sokongan junta tentera di Thailand
dan Pilipina. Juntya tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar anak-anak muda mereka mati di Vietnam.
Kuasa
imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus merundum di Malaysia.
Berkemungkinan saeorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis
akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad
yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last , ini menjadikan
kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.
Dengan
licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir yang berretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga
yang anti-Barat sebenarkan hanya hanya
sebutir kelapa – hitam diluar tapi puteh didalam. Ini terbukti apabila desas
desus mula muncul tentang bagaimana secara
rahsia satu Perjanjian antara Malaysia dengan Amerika telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa
yang dijanjikan antara Mahathir dngan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger wallahu alam bisawab.
Secara
senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan
Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara
APEC ini mengikat FTA – Free Trade Aggrement – Perjanjian Dagangan Bebas.
Tidak
cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas – kuasa imperialis Amerika juga sedang
merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda
tangani apa yang dipanggil Perjanjian Trans Pasifik – TPPA.
Justeru
pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari
Amerika yang datang melawat secara resmi
ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke
Felda LBJ atau melawat Jenga saperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan
telah berubah. Apa sebenarnya rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama
apabila Rumah Puteh merancang untuk datang ke Kuala Lumpur.
Pasti
bukan datang untuk makan nasi impit atau menjamah ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga
bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa
imperial ini? (TT)
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-92-21-1045
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------------
7 ulasan:
tuan tt
satu pencerahan yang maha baik tapi sayang melayu umno masih bodoh dan bongok.betul kata tt, orang melayu suka mendengar bukan membaca.tengoklah dalm ucapan ds najib banyak istilah yg direka sampai makcik felda ternganga -nganga,pemrkasaan,mendaya,inclusiveness dll,semua untuk menambahbodohkan melayu
zmy
Penyembah syaitan (UMNO(B)/Bn)akan menyambut kedatangan Bapak Syaitan....!!!
'Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Canada, New Zealand'. Rupanya engkau pun barua inggeris dahulu ye.
Pak Isham,
Malaysia sebenarnya pernah menghantar 1 pasukan khas komando '69' 'Senoi Praaq' ke Vietnam untuk melatih khusus komando US dalam perang gerila hutan.
Pasukan 'Senoi Praaq' ini majoritinya adalah dianggotai oleh orang asli dan pasukan inilah yg majoritinya berjaya melawan dan menewaskan tentera komunis ketika zaman darurat dahulu.
kerana kehebatan dan 'lejen' pasukan ini, komando Amerika sendiri tanpa segan silu meminta pertolongan mereka mempelajari teknik peperangan hutan untuk menentang Vietcong.
Antara ahli yg paling terkenal adalah sorang asli yg digelar 'big nose', sebab lubang hidung 'serombong kapal' yg dianugerah tuhan padanya. :) ikut cerita lejen, beliau dikatakan boleh menghidu musuh dari jarak 1km atau lebih dalam hutan. pangkat terakhir beliau dalam tentera adalah Pegawai Waran.
sekian.
Betul cakap bro ni. Sabah Dan Sarawak dan Brunel Mahu Bentuk BORNEO Federation d ketuai olih Azahari. Saya akan publish article TT Dalam fb Malaysia Agreement, Sabah New Hope, Star PENAMPANG dan Sarawak Sovereignty Movement.
jangan lupa
sila melawat felda kampung layden ben johnson di sepang ye
fyi layden b. johnson adalah presiden usa yang pertama melawat malaysia..opps..tanah melayu..opss..semenanjung..apa apa je lah
Pasti bukan datang untuk makan nasi impit atau menjamah ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini? (TT)
-kah..kah..kah..
Dan pastinya si budak hitam legam ni datang bukan datang nak mengetot, macam jantan Nigeria cuma nak cari projek tipu melayu...kah...kah...kah..
Catat Ulasan