Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 3 September 2013

TUKAR TIUB DI TANGKAP





Adam Adli, Hishammudin Rais ditangkap
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menulis maklumat sama di laman Twitter mereka.

Adik kepada Adam Adli -- Amir Amin -- ketika dihubungi Malaysiakinimengesahkan tangkapan itu. 

Bagaimanapun, menurutnya, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu setakat ini.

Dilaporkan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap Hishamuddin dan Adam Adli serta Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.
Perbuatan itu didakwa menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka Jumaat lalu.
Sementara Menteri Dalam Negeri  Zahid Hamid pula dilapor berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.

------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kih kih kih...

kalau benar-benar Tukar Tiub sudah kena tangkap...

siapa pulak yang upload ini berita?

ke blog ni dah kena bajak???

macam tamarut kena bajak...

hari-hari tamarut kena bajak!

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 9.32pg: tukar tiub tak kena bajak....walau ditangkap masih boleh upload sebab tukar tiub mewakili 52% rakyat yang undi PR....bukan BN...Bodoh Nasional

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 9.32pg: tukar tiub tak kena bajak....walau ditangkap masih boleh upload sebab tukar tiub mewakili 52% rakyat yang undi PR....bukan BN...Bodoh Nasional