APA
LAGI OBAMA MAU?
Berita
Rosmah Mansor meraung sambil hentak-hentak kaki kerana tak dapat bergambar dengan
Michelle Obama adalah tidak benar. Berita tentang seorang pereka feshen
Malaysia ‘melesapkan diri’ kerana tak sanggup membuat baju berenda-renda untuk Rosmah adalah berita
benar. Berita Rosmah mula kuruskan
badan untuk dilihat cun ketika menyambut
Presiden Barack Hussein Obama adalah berita benar. Tapi semua ini hanya berita gosip. Kehidupan ummah akan menjadi lebih
afdal jika tidak mengetahui berita-berita
gosip ini.
Yang
ditulis ini bukan berita gosip. Tetiba semuanya berubah. Barack Hussein Obama
budak itam yang jadi budak suruhan kaum pemodal multinational
membatalkan lawatan ke Kuala Lumpur. Kenapa lawatan ini dibatal, adalah satu kesah yang lain. Apa yang penting untuk warga Malaysia ketahui ialah Apa Lagi Obama Mau?
Biar
saya terangkan fakta sebenarnya disini.
Antara Najib dan Obama – yang lebih gian hendak bertemu ialah Najib. Najib Razak lebih memerlukan Obama. Obama tak ambil pot sama ada Air Force
One mendarat di Kuala Lumpur atau di Kuala
Kerai. Saya yakin - apa yang pembaca ingin tahu ialah apa disebalik rancangan lawatan yang telah gagal ini.
Justeru
untuk pemahaman awal - adalah salah untuk bertanya Apa Lagi Obama Mau. Soalan
yang tepat – persoalan hakiki untuk kurun ini ialah Apa Najib Mau Dari Obama?.
Orang
ramai telah difahamkan para pelobi Malaysia di Washington DC telah
mengeluarkan berkepok-kepok dana melobi Rumah Puteh agar Obama singgah ke
KL. Datuk Seri Raba Raba Bontot dari Rompin telah lama
merancang untuk membawa Presiden Amerika ke Malaysia. Datuk Rompin ini telah
berpeluh-peluh memakai tanjak dan kain sampin ketika bertemu dengan Obama
dengan harapan Obama tidak akan melupakan mukanya.
Apa
yang saya tulis ini bukan fitnah. Saya tidak bertujuan menabur fitnah. Apa yang saya tulis ini adalah fakta. Semua ini adalah fakta
yang berasaskan data sejarah.
Para
pembaca jangan lupa bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty pada sidang
akhbar 17 Jun 2005 dahulu telah
mengakui bagaimana Malaysia telah membayar Jack Abramoff 1.5 juta dolar Amerika. Jack Abramoff ini seorang
pelobi profesional di Washington DC. Si Jack ini telah dibayar
4 juta ringgit Malaysia agar Mahathir Muhamad dapat bergambar dengan George Bush
pada tahun 2002.
Atas
kejayaan pelobi Abramoff , Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berbasa basi dengan
George W Bush selama 15 minit. Yang menjadi lawak ialah si George ini bukan
cerdik sangat. George Bush tidak pun tahu siapa sebenarnya yang duduk disebelahnya. Ini kerana
dalam satu hari ada berbelas-belas Presiden,
Perdana Menteri, pemimpin dunia - Yang Hitam dan Yang Legam telah datang ke
Rumah Puteh. Semua datang untuk menyembah salam. Justeru Mahathir Muhamad Perdana Mednteri Malaysia atau Jeo Muhamad
peninju dari New York untuk George Bush semuanya
adalah sama.
Sesudah 15 minit berbasa basi lalu gambar diambil.
Inilah gambar termahal - lebih mahal dari
potrait Mona Lisa – 4 juta ringgit untuk
bergambar dengan George Bush. Waspada! Gambar inilah yang diburu oleh Anak
Lelaki Iskandar Kutty. Gambar inilah
yang dimimpi-mimpikan oleh Najib dan Rosmah?Kenapa bergambar dengan Presiden
Amerika ini menjadi bagitu penting?
Mari
kita kembali membuka sejarah. Anwar
telah ditendang dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Gerakan Reformasi dan
demonstrasi jalan raya mengampoh sebaik
saja Anwar ditahan. Politik Malaysia
mula berubah. Demonstrasi berterusan
menuntut Mahathir Muhamad
berundur. Dengan sakelip mata – Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan
kucing kurap.
Apa
yang berlaku di Kuala Lumpur di zaman itu di lihat rapi oleh Empire Amerika. Mahathir
yang menendang Anwar dilihat oleh kuasa
dunia ini sebagai orang jahat. Kongress
Amerika telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan Mahathir Muhamad.
Kawan-kawan Anwar di Washington DC – termasuk
Paul Wolfowitz - telah berjaya
meminggirkan Anak Lelaki Iskandar Kutty
dimedan politik dunia.
Ketika
inilah Mahathir Muhamad mula sesak nafas. Maka tidak dapat tidak imej buruk ini
wajib dibetulkan. Mahathir Muhamad walau
pun beretorik anti-Amerika tetapi dia
sedar jika Amerika tidak memberikan sokongan
maka parti United Malays National Organisation dan dirinya sendiri akan masuk ke dalam tong sampah sejarah. Justeru, bergambar
dengan George Bush adalah jalan terbaik.
Inilah yang berlaku. Berlabon kosong
walau pun 15 minit pasti akan menaikkan ekor Mahathir yang semakin kuncup.
Najib
Razak juga dalam situasi yang sama. Malah kes Najib ini lebih berat lagi
berbanding dengan kes Mahathir. Najib
terlibat dalam kes bunuh. Pemimpin-pemimpian
politik sedunia tahu akan kes bunuh Altantuya dimana Najib terlibat sama. Malah
berita Najib Razak akan disapina oleh Hakim Mahkamah Paris telah menjadi berita
dunia. Hanya menunggu masa bila sapina ini akan dihantarkan kepada Najib. Ini
bukan fitnah. Ini fakta.
Najib
kini sesak nafas. Bukan kerana dihimpap
oleh Rosmah. Najib sesak nafas kerana sokongan dalam parti United Malays
National Organisation kepada dirinya semakin kureeng. Ahli-ahali parti United
Malays National Organisation telah jelak melihat Najib dan Rosmah memusnahkan sokongan
rakyat. Suara-suara lantang menentang Najib semakin selalu didengar. Malah
ada ahli-ahli parti United Malays National Organisation telah mula berani mengutuk Najib - presiden parti - secara terbuka.
Gulungan
ektrimis kanan saperti Perkasa dengan senang hati telah telah membocorkan
pandangan Mahathir terhadap Najib. Anak
Lelaki Iskandar Kutty ini secara senyap-senyap dan secara terang-terang telah
mempertikaikan banyak dasar Najib Razak. Malah Najib telah dijadikan bahan
lawak oleh Mahathir Muhamad. Jelas, tekanan
terhadap pentabiran Najib datang dari pelbagai sudut. Datang betalu-talu.
Dengan
latar belakang ini maka lawatan budak itam Barack Hussein Obama ke KL menjadi
penting sekali. Lihat bagaimana cekainya parti United Malays National
Organisation. Sebuah parti politik yang berfalsafahkan Ketuanan Melayu tetiba
sanggup menangguhkan mesyuarat mereka
kerana hendak menyambut Obama. Jelas -
Najib Razak sedang sesak nafas sanggup menghina parti dan dirinya sendiri.
Tidak terlintaskah dalam akal Najib yang pendek itu
– apakah Obama akan membatalkan jamun ‘makan malam hari jadi Michelle’ di Washinton DC ketika Najib melawat
Washington. Jika mengikut lojik parti
United Malays National Organisation -
Rumah Puteh akan tutup kedai kerana tiap minggu ada sahaja PM, Presiden atau Ketua Negara
yang datang melawat Washington DC.
Inilah contoh dan sifat ‘ anjing
belari – running dogs’ pemimpin dari
negara Dunia Ketiga.
Najib
telah lama merancang dan berangan-angan.
Rosmah juga telah berjogging untuk membuangkan berat badan. Najib berkhayal dengan hadirnya Obama di KL maka sahamnya akan melonjak naik di Dewan PWTC. Di Perhimpunan Agung nanti Najib berharap akan
mendapat tepukan gemuruh sesudah ahli-ahli parti melihat Najib dan Rosmah
bergambar dengan Obama.
Sebenarnya apa yang sedang dirancang dan dilakukan
oleh Najib ini telah pernah dilakukan oleh
Harun Idris pada tahun 1975. Harun Idris – yang digelar Hero Melayu 13 Mei –
dengan licik telah merancang untuk membawa Muhamad Ali Clay bertumbuk dengan Joe Bugner di
Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tarikh yang dipileh untuk bertumbuk ialah pada
minggu dimana United Malays National Organisation sedang bersidang di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun
Idris yang juga Menteri Besar Selangor memiliki
nafsu besar untuk menjadi Perdana Menteri justeru dia wajib memenangi kerusi Naib Presiden parti.
Maka ketika ahli-ahli parti sedang bersidang , Harun Idris telah masuk ke dewan persidangan
dengan Muhamad Ali Clay. Semua dilakukan dengan harapan saham akan melonjak naik.
Kempen
Harun Idris itu gagal meleset. Malah akhirnya MB Selangor yang kaki rasuah ini
telah ditangkap oleh Hussein Onn kerana terlibat dalam satu kes penipuan duit
bank. Kalau Harun Idris berakhir dalam Penjara Pudu – besar kemungkinan Najib
Razak juga akan berakhir di La Sante Prison a Paris!
Bagaimana
Najib mengotek-otek Obama hingga makan umpan? Jawabnya cukup senang. Selain
dari Datuk Seri Raba Rab Bontot melobi
di Washington DC – Najib yang secara terbuka telah bersetuju untuk membuka Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa.
Najib bersedia untuk menanda tangani TPPA. Memang betul hari ini Najib berkata
Malaysia TIDAK akan menanda tangani perjanjian ini. Ini cakap Najib yang tidak
ada siapa pun percaya.
Betulkah
fakta ini? Ini menjadi fakta apabila kita fahami ucapan Najib di hadapan
ahli-ahli Council For Foreign Relations.
Najib bersedia untuk ‘mengangkang ’ oops... untuk membuka pasaran
Malaysia kepada kaum permodal antarabangsa. Hanya Utusan yang melaporkan
tentang ucapan Wak Tak Siah Najib di PBB
sebagai mantra Najib untuk dunia. Hakiktnya CFR tidak ambil
pot tentang Wak Tak Siah Najib. Kehadiran Najib itu ialah untuk dinilaikan
apakah Mamat yang terlibat dalam kes bunuh ini layak disokong atau patut
dihumbankan.
Najib
juga sedar bahawa kerajaan Barsian Nasional hari ini TIDAK mendapat sokongan
rakyat. Undi popular terbukti ada dalam tangan Pakatan Rakyat. Dengan undi
awal, undi tipu, undi hantu dan penipuan sistem pilihanraya – kerajaan United Malays National
Organisation hanya berjaya mendapat 47% undi popular. Justeru Najib Razak sedar
tanpa penipuan dia telah pasti akan didakwa
dalam kes pembunuhan Altantuya.
Kes
Antantuya ini jugalah yang sedang digunakan oleh Amerika – sama saperti yang
sedang digunakan oleh Lee Kuan Yew - untuk memeras ugut Najib. Najib akan sedia
tunduk kepada kepentingan Amerika. Najib
ingin menjadi budak suruhan Amerika yang setia bukan macam Anak Lelaki Iskandar
Kutty yang agak degil. Justeru Apa Lagi Najib
Mahu Dari Obama? Najib sedang minta nyawa. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah keluar dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingun ini
sila pukul talipon: 03-92-21-10-45
7 ulasan:
Politik Malaysia mula berubah. Demonstrasi berterusan menuntut Mahathir Muhamad berundur. Dengan sakelip mata – Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan kucing kurap.
Kah..kah..kah..Memang anak iskandar kutty ni kucing kurap tapi yang celakanya Madey ni berpolitik cara pandy kutty...kah..kah...kah..
Sekarang, lawatan presiden amerika pun boleh out-source punya. U faham?
Obamau tipu perjanjian...ini..tak..adil..demokrasi terpimpin oleh kapitalis..daun ketum ubat mujarab byk penyakit..leh masuk dlm rundingan.. Madey tak setuju sbb nak kempen anak mng kerusi..awas kewangan kilang roti makin parah...selama ni modal duit free je..sikalang kuli sudah mau lari india..wang tarak cukup..
CARA UMNO PERLEKEH NEGERI PR
Penjelasan RM6000 ..
http://www.ekeleh.com/patutlah-restoran-di-kb-cas-rm6000-ini-penjelasannya/
Eeee..... ercian Nyer....ie ung tak acung ee..ppi teculung culung.......aa arknyer iee umah ajib ie...esti ena ampar anyak ali ni oli si usmah ambil ulutut ulutut acam ompuan ong kong uuuuuuuu....eeeee....ak malu.....akut ini....akcik ajib ayus.....akcik aji ayussss...akcik ajib ayusssss......-YA permisah....itulah luahan seorang anak kecil dari kesuma lake semenyih.sekian.....kikimikimiki
Ini hanya ulasan barangkali barangkali yang murahan sahaja.ideanya dikumpul dari gabungan cerita cerita lama yang anda sendiri pun x pasti.penulis bijak mencari titik sama cerita lepas supaya andaian sesat dicipta.pembaca akan cakap 'eh..betul la ' atau 'a'ah kan'.padahal ntah mana datangnya fakta.
najib memang amatsangat terdesak,
dan mengikut panel jururunding dia yg salahsorangnya termasuklah laki dia tu, ini kalilah cuma 1susuk je dalam dunia ni yg dapat membantu najib lepas dari kemelut yg kian menghimpit tulangrusuk dia hingga amatsukar nak bernafas, iaitu himpit yg datang dari dalam UMNgOk sendiri - sedangkan himpit dari mca (tiong lai), mic (anak sami), taib berbinimuda jordan, katak perkosa, geng mamak malah anwar dan pr, yg semuanya terlalu berani bukak mulut terang2 memperkotakkatik najib, itu semuanya kurang membimbangkan najib.
yg buat celaka bagi najib dan laki dia sekarang ni cumalah UMNgOk sendiri, dan mereka cuma tunggu masa nak serahkan bukti2 yg sesama mereka sebenarnya amat maklum, tentang kekurangan dan ketidakelokan najib dan laki.
maka 1susuk yg maha penting sekarang ini tidakboleh setakat perdanamenteri ostolia mahupun britain, malah tidak cukup canselor jerman mahupun presiden china.
obama dan amerika saja satu2nya yg boleh memberi kekebalan untuk najib bertahan lagi.
najib pun mengulangi prinsip dia pada obama, you help me i help you.
jadi bila obama gagal menunai janji untuk turun mengadap dan berpeluk2 dgn tubuh najib sambil bersalam2 bersenyum2 di kuala lumpur sendiri, maka haji najib teramat murka (dan teramat kecewa juga, tetapi perasaan haji najib yg lebih hebat ialah teramat risau!) lalu haji najib pun mengacah obama,
malaysia bukan pakturut dalam tppa.
takde isu outsourcing dalam hal ini, susuk obama dan bini dia tu sendiri yg mesti secara fizikal dilihat seluruh geng UMNgOk, berdakap2 mesra ala2 bff dgn haji najib dan laki,
barulah haji najib akan tunaikan janji dia pulak, i help you.
soalnya: bila? dan sempatkah?
-average joe-
klakka-la.blogspot
Catat Ulasan