Khamis, 3 Oktober 2013

DEMO ANTI AMERIKA DITERUSKAN



Kenyataan Media
2 Oktober 2013

Demonstrasi KLCC 11 Oktober Akan Berlangsung Seperti Dirancang

Perhimpunan membantah Perjanjian TPPA akan tetap diteruskan pada 11 Oktober ini di KLCC walaupun tanpa kehadiran Presiden Barrack Obama. Segala gerakan mobilisasi yang telah disusun berjalan seperti biasa termasuklah Jelajah #BantahObama #TolakTPPA. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap menggesa agar wakil Obama iaitu Setiausaha negara John Kerry perlu 'disambut' oleh rakyat Malaysia dengan simbol-simbol penolakkan. Tidak kira siapa pun wakil Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia, negara yang berpaksikan fahaman zionisma dengan sikap imperialis, kapitalis yang menindas ini adalah pembuli masyarakat dunia khususnya mewujudkan kecelaruan Islamiphobia, juga merupakan perancang utama Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi.

Ketidak-hadiran Obama bukan bermakna Malaysia terkeluar dari rundingan menyertai Perjanjian TPPA, maka rakyat harus bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghalang perjanjian 'rahsia' ini dimetrai.

Impian menjadikan ekonomi malaysia lebih baik dengan mengikat janji bersama Amerika umpama meletakkan lembu sihat ke dalam kandang harimau yang luka. US sedang mengalami kejatuhan ekonomi teruk, Obama dan pentadbirannya sedang bergelut untuk menaikkan kadar hutang negaranya. Maka apakah wajar kita membenarkan negara ini diheret bergelumang dengan masalah ekonomi Amerika?

SAMM bersama sekutu BantahTPPA juga akan menganjurkan pentas perdana sebagai kemuncak jelajah yang kini sedang berlangsung pada 10 Oktober iaitu sehari sebelum Demonstrasi di KLCC. Pentas tersebut menjemput ramai tokoh negarawan termasuklah DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir untuk berada sepentas menjelaskan betapa TPPA ini harus ditolak rakyat. Surat jemputan telah disahkan terima oleh kedua pihak.

Esok, satu perjumpaan penting melibatkan banyak pihak terdiri dari perbagai NGO dan parti politik sebagai persediaan akhir menggandakan mobilisasi demonstrasi 11 Oktober. Nantikan pengumuman penting dalam satu sidang media yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)




-------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Obama tangguh datang Malaysia, Najib beritahu hari ni.

Tanpa Nama berkata...

Obama tangguh datang Malaysia, Najib beritahu hari ni.

DDKB berkata...

Dengan manusia sewel dan suwey..........pasti senang dilasi lasi kan oleh BOMBA.....KENA BERAK OBAMA LAH SEMUA NI...eeee takutnya ada ketua dari pulau sewelasi ni......takuttttt....kan elok kalau dari maluku ketua ku ni....malu malu selalu.......hehehehehehhe....malubmalu kuching macam hassan maliki puki....malu malu kuching macam hisshamudin ikan masin yang PAU nanti banyak orang nak tendang.....kalau dari bentan lagi baik....benar benar jantan gituuuukkkkkk......